Seperti yang dijanjikan dalam page TUKAR Kelantan , kali ini penulis sendiri membuat tinjauan ke atas 'SUMBANGAN' yang boleh dikatakan tidak kelihatan oleh mata kasar manusia yang Husam Musa buat kepada rakyat Kelantan yang di tulis di dalam husammusa.com semalam.
Untuk mendapat kepastian dan kepuasan, penulis sendiri bergerak ke tempat 'Projek Mega' Husam ini. Antaranya ialah Pembinaan Stadium Bukit Merbau dan Pembinaan Bandar Baru Tunjong. Projek Lebuhraya Rakyat penulis tidak pergi kerana telah didedahkan oleh sahabat penulis di Tukar-Kelate sebelum ini.
Bermula di tapak 'Projek Mega' Bandar Baru Tunjong yang hanya gah di hadapan papan kenyataan. Tetapi hakikatnya di belakang papan tanda tersebut tiada apa-apa gerak kerja dilakukan di sana. Penulis hanya melihat sebilangan kecil batang konkrit yang tertanam tidak sampai sepuluh batang. Adakah bandar ini hanya memerlukan 10 batang konkrit?
Kalau diikutkan dari papan ini, tarikh mula projek ialah 2 Julai 2012 dan tarikh siap 26 Ogos 2012. Penulis agak hairan kerana hanya mengambil masa 56 hari untuk menyiapkan sebuah bandar yang tersenggam indah ini jika dilihat dari papan kenyataan. Tetapi sekarang sudah 2013. Di mana 'Tunjong Pavilion' itu? Adakah hanya boleh dilihat oleh orang bunian seperti 'Projek Mega' PAS sebelum ini.
Nampaknya rakyat Kelantan sudah kena main dengan Husam. Hanya tau menyebut pelbagai projek sahaja. Tetapi tiada gerak kerja projek dilakukan selepas pecah tanah dilakukan. Sekarang ini papan kenyataan 'Tunjong Pavilion' hanya menjadi sejarah Kelantan sahaja.
Inilah dia gambaran bandar yang bakal dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi bila? Penulis sendiri pun tiada jawapannya sebab penulis bukan wakil dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tanyalah Husam Musa itu sendiri. Bila nak buat Bandar Baru Tunjong ini? Untuk lebih lanjut di Tukar-Kelate
Semasa penulis dalam perjalanan ke Bukit Merbau, terdapat banyak banner yang dipasang sempena 'Majlis Pecah Tanah Stadium' ini. Penulis terasa teruja untuk mengambil gambar ini kerana banner ini adalah banner yang paling besar tentang 'Majlis Pecah Tanah' tersebut yang terletak di Bukit Merbau untuk tatapan semua.
Bertapa gembiranya mereka memecah tanah. Tetapi kerja pembinaan 'HAMPEH'.
Ini adalah jalan masuk untuk menuju ke tapak pembinaan stadium tersebut. Alhamdulillah, semasa penulis masuk ke kampung untuk menuju ke tapak Stadium, jalan kampung tersebut dipenuhi dengan bendera Barisan Nasional dan terdapat beberapa pos BN berbanding dengan Pos PAS yang tiada langsung dalam kampung tersebut.
Memang tidak masuk akal kerana tapak pembinaan stadium tersebut terletak di dalam sebuah kampung dan mempunyai jalan yang sempit. Mereka tidak fikirkah apa akan terjadi jika lori yang besar-besar keluar masuk jalan kampung apabila projek dimulakan? Sudah tentu membahayakan penduduk kampung terutamanya kanak-kanak yang bermain di tepi jalan. Persoalannya projek 'AKAN' bermula ke? haha.
Inilah dia rupa Batu Asas Stadium Bukit Merbau. Memang susah untuk penulis mencari tapak pembinaan stadium ini. Penulis sampai ni pun sebab ada seorang pemuda kampung yang menunjukkan. Tapak stadium ini terletak kira-kira 3 kilometer dari jalan raya. FUHH!! memang strategik tempat ini kerana terletak di dalam hulu kampung. Silap-silap nanti orang luar yang hendak menonton bola sepak pun sesat.
Haaaa..Nampaknya projek fasa pertama sudah dimulakan oleh Husam. Projek fasa pertamanya ialah proses memendekkan rumput. Hahaha. Lembu inilah sebagai kontraktor Husam yang diberi upah makanan kepadanya.
Inilah rupa tapak Stadium Bukit Merbau. Di mana jentolak, di mana jentera-jentera besar? Haha. Jangan tanya penulis. Tanyalah Husam Musa. Ini semua hasil rancangannya. Majlis Pecah Tanah pada 30 Mac 2013 apabila pada tahun 2012 ditunda beberapa kali. Penulis rasa mereka pecah tanah pun sebab darurat sangat kerana hampir dengan PRU13, kan Husam?
Inilah kata-kata rakyat Kelantan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Anak-anak Kelantan yang tinggal di luar dan hanya balik mengundi di Kelantan patut TUKAR kerana PAS Kelantan hanya tau berjanji, tetapi tidak melaksanakannya. Kasihan kepada adik kakak kita yang tinggal di Kelantan ini terutamanya warga emas dan anak muda Kelantan. Hanya menagih janji palsu Kerajaan PAS Kelantan.
Pastikan anda pilih Barisan Nasional pada PRU13 ini. Penduduk di Putrajaya dan Salor, ayuh sama-sama kita tolak Husam Musa kerana beliau GAGAL menunaikan janjinya di Kelantan tetapi menaruh janjinya lagi di Putrajaya. Sudah terang lagi bersuluh. Di P.125 Parlimen Putrajaya mari kita mengundi Tengku Adnan dan di N.017 DUN Salor mari kita mengundi Mohamad Nordin Awang sebagai wakil rakyat kita.
Kafankan Husam di Salor,
Kuburkan Husam di Putrajaya.
Sumber : Kaki Rayau KB
No comments:
Post a Comment