Saturday, 6 April 2013

#GE13 #PRU13 : Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Jalil - Himpunan Janji 1Malaysia



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

"Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

"Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan  masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

"Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

"Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat," katanya.

Undilah Barisan Nasional pada PRU13 untuk kita memastikan negara Malaysia menuju ke Wawasan 2020!


No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?