Wednesday, 13 March 2013

Al-Fatihah! 2 orang anak Kelantan terkorban di Lahad Datu


Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban yang mengorbankan Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7 RAMD Kem Tawau.

Ini adalah kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu. Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah berasal dari Kg Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang terkorban dalam kemalangan itu mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu juga merupakan anak Kelantan dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed sempat meluangkan masa melawat kedua-dua keluarga wira-wira yang terkorban tersebut di Pasir Mas dan Pasir Tumboh.

Di Pasir Mas, Tok Pa diiringi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat. Tok Pa sempat meluangkan masa bersama ayah kepada Allahyarham Ahmad Hurairah, Pak Ismail. Tok Pa juga sempat mengepalai bacaan Yassin.

Tok Pa dan Dato Hanafi bersama bapa arwah Ahmad Hurairah, Pak Ismail
Tok Pa mengepalai bacaan Yassin
Pak Ismail menunjukkan gambar arwah Ahmad Hurairah di dalam album

Selepas itu, Tok Pa bergegas ke Pasir Tumboh untuk menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Farhan pula. Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Dato Fauzi dan ADUN Pasir Tumboh, YB Baihaqi Atiqullah juga turut berada di sana bagi memberi semangat kepada keluarga arwah.

Tok Pa berbual bersama keluarga arwah Ahmad Farhan
Tok Pa, Dato Fauzi dan YB Baihaqi di rumah arwah Ahmad Farhan

Al-Fatihah kepada kedua-dua anak Kelantan yang telah terkoban dalam misi mempertahankan negara. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka di dunia dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

2 comments:

ady saufi said...

innalillahiwainnailaihirajiun...salam takziah buat ore kito

Anonymous said...

Al fatihah

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?