Thursday 31 January 2013

#TukarKelantan : Skuad Khas Tanggalkan Logo Politik di Kelantan


Kerajaan PAS Kelantan mempunyai 'Skuad Khas' untuk mencabut dan menanggalkan poster politik yang tidak sealiran dengan mereka. Setiap pagi beberapa buah lori akan digunakan untuk memantau banner dan poster dilokasi tertentu. Gambar menunjukkan aktiviti sekitar jalan menuju ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Inikah demokrasi yang dibawa oleh PAS? 

#TukarKelantan : Tan Sri Muhyiddin Disambut Dengan Laungan #GelombangMerah

Laungan gelombang merah bergema. 
Lawatan kerja YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri Kelantan. Tan Sri Muhyiddin tiba di Kelantan seawal jam 8.30 pagi dan kemudian mempengerusikan mesyuarat BN Kelantan yang melibatkan semua parti komponen di Grand Riverview Hotel.

Kemudian beliau meluangkan masa di Majlis Himpunan Khas Kumpulan Strategik Bersama YAB TPM yang dihadiri oleh lebih 1500 peserta yang terdiri daripada lebih 20 kumpulan, melibatkan penjawat awam, pesara, pendidik, warga seni, warga pondok, mahasiswa dan lain-lain.

YAB TPM kemudiannya ke USM Kubang Kerian untuk bersama penjawat-penjawat awam. Pada malamnya, beliau ke Pasir Puteh sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11 malam. Semangat gelombang merah semakin hari semakin kuat dan rakyat Kelantan dilihat semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membawa perubahan selepas 22 tahun mereka di bawah Pas, tidak banyak kemajuan yang dilakukan di negeri ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, rakyat Kelantan boleh menukar kembali kerajaan BN atau menolak terus parti itu pada masa hadapan sekiranya didapati gagal membawa perubahan selepas diberi mandat pada PRU-13.

Beliau menjelaskan, tawaran tujuh projek mega berimpak tinggi yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantan sebelum ini bukan perkara main-main, sebaliknya ia janji yang akan ditunai.

"Yang berkuasa ialah rakyat Kelantan, tapi bagi kami peluang dan kita tengok caranya, ada beza tak dalam lima tahun itu, kalau tak ada beza juga itu hak (rakyat) Kelantan untuk buang kami, tak usah percaya kepada kami.

"Tapi kami nak buktikan kami boleh buat, kami nak bantu rakyat. Kita nak minta mandat diberikan kepada kita, rayuan kita ialah untuk menolong mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

Lagi gambar :












Wakil AJK Sekolah Pondok menyampaikan penghargaan terima kasih kepada TPM di atas bantuan kerajaan BN kepada sekolah-sekolah pondok.








#TukarKelantan : Kehadiran Nik Aziz ke Lebir, Gua Musang disambut dengan bantahan penduduk!


Jarang-jarang berlaku Menteri Besar Kelantan disambut dengan bantahan sebegini rupa. Ini adalah tanda rakyat Kelantan semakin meluat dengan pemerintahan PAS Kelantan.

Ini adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap pelbagai perkara termasuk isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar kepada cina DAP dan isu dakwaan tanah seluas 720 hektar di Kampung Sungai Raya, dekat Kuala Betis dirampas.

Selain itu, kemarahan rakyat Kelantan semakin membuak-buak apabila PAS menggugurkan Ustaz Nasharuddin dari Majlis Syura PAS.

Ini merupakan satu petanda bahawa PAS tidak selesa dengan pemimpin yang ingin menyatukan PAS dan UMNO. PAS semakin kritikal hari demi hari. Tiba masanya rakyat Kelantan membuat perubahan di PRU 13.

Acu test BN pulok sepenggal!


Selamatkan tanah kita!

Wednesday 30 January 2013

#TukarKelantan : Artis tersohor Kelate, Man Khan turut menyokong pemimpin BN!






Ini adalah lagu terbaru yang dinyanyikan oleh Man Khan yang popular dengan lagu bertajuk 'Dok Mano' bersama Rosalinda. Lagu ini dicipta khas untuk menyatakan sokongan kepada Dato Fatmi untuk memenangi Parlimen Kota Bharu pada PRU13 yang akan datang.

Sedap molek weh lagu! Pakat share sek kito!

#TukarKelantan : Peniaga Pasar Siti Khadijah Diarahkan Kosong Bangunan

Terkejut apabila dimaklumkan sebentar tadi peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah menerima notis dari MPKBri arahan mengosongkan bangunan dalam masa 60 hari untuk membolehkan bangunan tersebut dirobohkan.

Kerja-kerja untuk merobohkan Pasar yang menjadi ikon negeri Cik Siti Wan kembang bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja mencarigali minyak yang terdapat si kawasan tersebut.

Notis ini dikatakan dikeluarkan oleh MPKBri dan ia turut disiarkan di laman-laman blog pembangkang.

Dimaklumkan Dato Husam Musa telah dimarahi oleh para peniaga ekoran notis yang telah dikeluarkan kepada mereka.


#TukarKelantan : Husam Musa menipu sejak tahun 1992 berkenaan penemuan minyak?!?


Cerita mengenai penemuan minyak di Kelantan telah dimulakan oleh Husam Musa sejak tahun 1992 lagi. 

Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM. Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURATCARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). Jadi apa LOCUS STANDI KELANTAN untuk tuntut minyak yang didapati disini? Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di ZON EKONOMI EKSLUSIF MALAYSIA... HOK MUDAH NI PON BULIH DIA GUNA UNTUK JAJA SENTIMEN ROYALTI...... Beratt laaa gini gakkk wehh!!

Kredit kepada Mat Jek. 


Tuesday 29 January 2013

#TukarKelantan : Tokong Tertinggi Asia Tenggara Di Negeri Serambi Mekah !!!



Ini luahan hati luka seorang anak muda yang juga seorang penyokong tegar PAS. Mari kito pakat baco dan hayati.

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.
Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.

Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.

Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.


Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...


Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.


Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

#TukarKelantan : Tanpa Tin Milo - Kerja Awal Pembinaan Lebuhraya KB-KK Bakal Telah Bermula!


Berito baik untuk adik-kakok...

Tanpa majlis pecah tanah, tanpa meletak tanda batu asas, awal pagi tadi pemimpin kesayangan kita Dato'Sri Mustapa Mohamed atau Tok Pa mula mengorak langkah melaksanakan kerja-kerja awal pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai untuk kesenangan rakyat Kelantan.

Dimaklumkan sekitar jam 7.30 pagi tadi, satu perbincangan berhubung projek pembinaan tersebut telah diadakan bersama 3 pegawai tertinggi JKR bertempat di kediaman.

Perbincangan awal proses pelaksanaan pembinaan lebuhraya KB-KK ini merupakan bukti bahawa BN begitu komited dan sentiasa menepati janji yang dibuat berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan PAS.

Pembinaan lebuh raya KB-KK merupakan antara tujuh pembangunan yang dijanjikan oleh PM DS Najib Tun Razak ketika siri Jelajah Janji Ditepati di Kelantan tempoh hari.

"Gelombang Merah, BN Merentah"

#TukarKelantan : 7 Janji PM @NajibRazak Di Kelantan Sudah Mula Diambil Tindakan. #JanjiDitepati


UMNO Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi merealisasikan tujuh projek utama yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah sudah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

“Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas di sini hari ini.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu.

Mengenai cadangan pembinaan lebuh raya itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata perbincangan awal dengan Jabatan Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi akan diadakan minggu ini.
“Ia tidak ada kaitan dengan pilihan raya. Bukan makna kita menang pilihan raya baru nak buat ini semua. Segala perancangan telah kita buat lebih awal,” katanya.

Bagaimanapun katanya pembinaan masjid dan stadium memerlukan sedikit masa untuk diperhalusi kerana ia memerlukan kajian mendalam dan perlu dibina di atas tapak yang sesuai.

Sementara itu, Mustapa yang menyelar dakwaan pihak pembangkang bahawa janji Najib itu dibuat semata-mata kerana hampirnya pilihan raya berkata, kerajaan pusat tidak pernah menganaktirikan Kelantan, sebaliknya sentiasa merancang pelbagai projek pembangunan meskipun ia diperintah PAS.

“Mereka (PAS) akan menafikan segala-galanya apa yang kita buat. Universiti Kelantan itu bukan janji, Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua itu bukan janji tetapi semuanya kita buat.

“PAS jangan tipu rakyat. Nak kutip derma buat lebuh raya jangan tipu, mana lebuh rayanya, mana dia stadium. Projek Lembah Sireh rakyat ditipu,” katanya. - MyNewsHub

Monday 28 January 2013

[FOTO] : @Mustapa_Mohamed & 2,000 Pekebun Kecil Wanita Kelantan Ikrar Sokong BN Dalam #PRU13


Lebih 2,000 pekebun kecil wanita di Kelantan ikrar untuk membuat perubahan dalam PRU13 di hadapan Dato' Sri Mustapa Mohamed siang tadi dalam Majlis Perhimpunan Pekebun Kecil Wanita Kelantan yang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu petang tadi.

Dalam ucapan di hadapan 2,000 pekebun wanita, Dato Sri Mustapa Mohammed turut menekankan tentang tujuh janji PM DS Najib Tun Razak tempoh hari untuk membawa perubahan di negeri Kelantan yang gagal dilakukan oleh kerajaan PAS sepanjang 23 tahun pentadbirannya.

Laungan semangat gelombang merah oleh 2,000 pekebun wanita tadi merupakan petanda bahawa rakyat Kelantan kini benar-benar inginkan satu perubahan setelah kecewa dengan janji palsu PAS.

Gambar program :






Kek 'gelombang merah' dari pekebun wanita Kelantan.

"Gelombang Merah, BN Merentah!"

#TukarKelantan : Rakyat Berdemo Pertahan Tanah. Kerajaan Negeri Nak Bagi Kat DAP?


Kira-kira 300 penduduk di Kampung Serian, Gua Musang, mengadakan demonstrasi mempertahankan tanah seluas 160 hektar daripada diambil balik kerajaan Pas Kelantan untuk diserahkan kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit.

Mereka mengadakan perhimpunan lebih dua jam bermula jam 3 petang dengan melaungkan tanah itu tidak rela dirampas kerajaan negeri semata-mata bagi memberi pembelaan kepada syarikat yang tidak memberi faedah kepada penduduk kampung.

Tanah itu yang diusahakan lebih 20 tahun dengan ditanam pelbagai tanaman termasuk getah telah mengeluarkan hasil dan boleh menjejaskan pendapatan penduduk jika kerajaan negeri tidak meluluskan segera hak milik kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Mohd Rofi Ismail berkata, penduduk akan tetap mempertahankan tanah itu daripada terlepas kepada syarikat bagi pembangunan ladang sawit berikutan hanya kawasan berkenaan sahaja yang tinggal sekarang ini.

Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak tanah diusahakan penduduk diambil balik kerajaan negeri dan kini berlaku semula di kawasan lain pula hingga tidak ada pertimbangan bagi memberi hak milik itu kepada mereka yang sekian lama menjelaskan premiumnya.

“Kita menyedari tanah berkenaan diserahkan kepada syarikat pembangunan ladang selepas beberapa pekerja ladang swasta itu mengambil langkah meletak batu sempadan tanpa menghiraukan tanah berkenaan dimajukan penduduk tempatan.

“Kerajaan negeri bawah kepimpinan ulama itu sepatutnya ada budi bicara sebelum meluluskan tanah terbabit kepada syarikat kerana kita yang selama ini memajukan dengan pelbagai tanaman hingga mengeluarkan hasil,” katanya.

Seorang penduduk, Mohamad Yusof, 57, berkata, setiap penduduk yang berhimpun kali ini sanggup berdepan dengan pelbagai kemungkinan bagi mempertahankan tanah berkenaan daripada diambil balik kerajaan negeri.

Beliau berkata, tanah yang ditanam dengan pelbagai tanaman itu sudah dibayar premium untuk mendapatkan hak milik lebih lima tahun lalu, tetapi sekarang ada syarikat yang datang mengakui itu tanah milik mereka.

“Kita tidak akan lepas secara mudah tanah yang sudah kita usahakan dan berani berdepan dengan kerajaan negeri jika ada tindakan susulan selepas ini,” katanya. - Sinar Harian

Kampus Terbaru #UiTM Bakal Dibina di Lundang


Kerajaan Pusat sudah mengenal sebuah kawasan di Lundang sebagai lokasi pembinaan kampus baru bagi menempatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Bharu.

Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perbincangan lanjut mengenai tapak seluas kira-kira 5.6 hektar itu akan dibuat minggu depan.

“Perbincangan itu untuk mencari kaedah supaya kita boleh memulakan kerja-kerja asas supaya kita dapat buat dengan segera,” katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan khas awal persekolahan 2013 kepada ibu bapa dan pelajar Sekolah menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI) di sini, semalam.

Mengulas mengenai tapak sedia ada, Mohamad Fatmi berkata, ia terpulang pada pengurusan universiti itu sama ada untuk mengekalkan atau sebaliknya.

“Saya rasa ia kekal sebab UiTM satu jenama yang cukup popular dan amat diminati pelajar,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fatmi yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri berkata, perbincangan berhubung projek perumahan rakyat di Kota Bharu juga akan dibuat minggu hadapan bagi membolehkannya memulakan pembinaan secepat mungkin.

“Selama 22 tahun tidak ada projek perumahan di sini, walaupun sebenarnya ia dinantikan rakyat, dan ini berita paling menggembirakan warga Kota Bharu,” katanya demikian ketika mengulas berhubung salah satu daripada tujuh janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Barisan Nasional diberi mandat mentadbir negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) nanti.

Menurutnya, untuk peringkat permulaan beliau akan cuba melaksanakan pembinaan 1,000 berbanding 3,000 unit yang diumumkan Perdana Menteri.

Selain pembinaan kampus bandar UiTM dan perumahan rakyat, ia juga akan melibatkan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baru, dan masjid terbesar, di samping projek mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, serta menyelesaikan masalah air.

Sunday 27 January 2013

Husam Musa Ditahan Gali Minyak Tanpa Kebenaran Tok Guru?


Dengar penjelasan kickdefella berhubung isu royalti minyak di Kelantan.





Kalau susah nak faham jugak, dengar penjelasan paling mudah dari Ustaz Kamal Saidin :

Friday 25 January 2013

#TukarKelantan : Berhutang Di Kedai Runcit, Pengukur Ekonomi Rakyat


Kekuatan kuasa beli dan permintaan domestik di negeri Kelantan dapat dilihat daripada beberapa pemerhatian terhadap aspek sosio-ekonomi yang melatari kehidupan harian rakyat Kelantan seperti berikut:

1. Tunai dan Emas – Urusniaga jualbeli dalam bentuk tunai yang tinggi adalah petanda utama dalam mengukur kekuatan ekonomi rakyat Kelantan dan turut menyumbang kepada merancakkan aktiviti perniagaan kecil dan sederhana di Kelantan.

Amalan berhutang di kedai runcit amat jarang diamalkan di Kelantan, apatah lagi transaksi jual-beli menggunakan kad kredit sebagaimana menjadi amalan biasa warga kota yang dihimpit beban sara hidup yang tinggi.

Transaksi tunai yang rancak ini sekaligus menjadi pemangkin kepada budaya berniaga di kalangan rakyat Kelantan apabila permintaan terhadap barangan sentiasa tinggi, samada barangan runcit mahupun makanan.

Di samping itu, budaya pemilikan emas di kalangan wanita Kelantan bukan sekadar untuk tujuan perhiasan dan kecantikan, tetapi turut menjadi perantara nilai ekonomi sesama mereka, khususnya dalam urusniaga pajak-gadai dan pinjaman modal.

Ini dibuktikan dengan prestasi perniagaan pajak-gadai Islam oleh Ar-Rahnu, di samping rekod jualan dinar dan dirham Kelantan yang kian meningkat, malah menjadi pemandangan biasa untuk melihat peraih-peraih emas berniaga di pasar-pasar, duduk sebaris dengan penjual kuih-muih dan sayur-sayuran.

2. Tanah dan Rumah – Rakyat Kelantan secara umumnya lebih mengutamakan perbelanjaan untuk pemilikan aset kekal.

Daripada urusniaga pembelian tanah (atau pecah lot) yang amat popular di Kelantan serta aktiviti pembinaan dan pembelian rumah di kawasan bandar mahupun di luar bandar, sehinggalah kepada sekecil-kecil pemilikan aset seperti haiwan ternakan yang biasanya akan dijual untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Aset-aset utama seperti rumah banglo dan premis perniagaan menyaksikan lebih 70% pemilikan di tangan anak jati negeri Kelantan, situasi yang jarang berlaku di negeri-negeri lain.

3. Bank dan Tabungan – Kewujudan banyak cawangan bank di daerah kecil seperti Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang adalah menarik untuk dikaji dan dibandingkan dengan situasi di daerah kecil yang setaraf di negeri lain.

Ini kerana, bagi daerah sebegini yang aktiviti ekonomi di kalangan penduduknya adalah terhad dan sering disinonimkan sebagai daerah termiskin, kewujudan lebih daripada tiga cawangan bank komersial utama seperti Maybank dan CIMB, mahupun bank berorientasikan masyarakat seperti BSN dan Bank Pertanian di daerah ‘mundur’ sebegini menjadi penanda aras terhadap tahap tabungan dan simpanan modal di kalangan rakyat Kelantan.

Situasi yang lebih rancak pula dapat dilihat di bandar utama seperti Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah yang menyaksikan urusniaga dan transaksi perbankan di kalangan rakyat adalah amat tinggi, di tambah dengan pembukaan cawangan bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam, tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Inilah sebahagian daripada pemerhatian ringkas terhadap aspek sosio-ekonomi yang telah menjadi budaya di kalangan rakyat Kelantan, dan ia merupakan pemangkin utama kepada kekuatan kuasa beli dan dayatahan ekonomi negeri Kelantan.

Rezeki yang diperolehi biarpun nampak sedikit, tetapi ia lebih dari mencukupi untuk menampung kehidupan sehari-hari, buat bekalan di kemudian hari.

Kebaikan dan kebajikan yang bertambah-tambah, itulah barakah, dan inilah kekuatan dan keunikan ekonomi negeri Kelantan Darul Naim.

Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Membangun Negara Berkebajikan.
26 Januari 2013 - Disunting dari Harakah

Pembohongan dan dakyah terbesar sekian lama seperti inilah buatkan rakyat Kelantan terus dibuai dengan keasyikkan syok sendiri yang didalangi oleh kepimpinan Pas. Ia hanya bertujuan untuk memupuk semangat assobiyah dikalangan anak Kelantan untuk banggakan negeri sendiri yang secara langsung memberi keuntungan kepada Pas selaku Kelantan dibawah kepimpinan Pas.

Hakikat sebenar indah khabar dari rupa, Gk yakin Pengarah Kajian Polisi DPPM itu beretorik semata-mata tanpa fakta yang jelas. Jika ekonomi rakyat Kelantan diukur melalui kuasa membeli sahaja, hendak kita berikan contoh yang sangat mudah sebagaimana yang dikuatkan oleh Nik Aziz pada rakaman video dibawah,

Perokok misalnya, adakah anda mengjangkakan perokok itu punyai sumber kewangan yang kukuh sehingga menjadi seorang perokok dan turut mempunyai kuasa membeli rokok, sedangkan perokok berkenaan tetap membeli rokok walaupun terpaksa meminta sedekah daripada Nik Aziz. Dengan meminta wang daripada Nik Aziz untuk membolehkan ia membeli rokok, adakah ia dipanggil kuasa membeli yang disebut sebagai penanda aras ekonomi rakyat Kelantan ?

Kenapa rakyat Kelantan jarang menggunakan kad kredit ? Jawapannya, sebahagian besar dari mereka tidak ada kad kredit, untuk memiliki kad kredit seseorang itu perlu punyai bukti kewangan yang ditetapkan oleh pihak bank, dan rata-rata rakyat Kelantan yang bekerja di sektor swasta yang pendapatannya antara RM350 hingga RM900 itu mustahil untuk memiliki kad kredit.

Kalau Pengarah Kajian Polisi DPPM sekadar kaji duk dalam air-cond tu rasanya tak layak nak bagi perincian mengenai perkara ini, harus turun padang kalau nak buat kajian untuk jawapan yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Banyak perkara yang perlu dikaji, bukan sekadar melontar pandangan berdasarkan fakta yang tidak konkrit demi kepentingan politik. - Gelombang Kick

Tuesday 22 January 2013

Ibu Tunggal Miskin Anak Lapan Terharu Terima Bantuan.


Dua minggu tidur dalam keadaan pintu rumah hanya beralaskan plastik sedikit pun tidak mengganggu kehidupan seorang ibu tunggal dan lapan orang anaknya yang tinggal di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini.

Walaupun sedar mereka sekeluarga berdepan dengan bahaya kecurian akibat tiada pintu rumah apabila bahagian dapur dihempap sebatang pokok jati besar baru-baru ini namun mereka tiada pilihan.

Nahatul Shima Seman, 43, berkata, kedatangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) kelmarin ke rumahnya bagaikan satu rahmat apabila rumah tersebut akan dibaiki dan pintunya diganti.

“Bukan tidak mahu baiki dan gantikan pintu tersebut tetapi duit hasil sumbangan jiran tetangga terpaksa digunakan untuk persekolahan anak-anak.

“Lagipun Maik merupakan pihak pertama yang datang memberikan bantuan kepada keluarga kami selepas dua minggu kejadian ini berlaku,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu Nahatul Shima menerima kunjungan daripada Maik yang diwakili oleh Ketua Pegawai Baitulmal dan Pembangunan, Nik Mohamed Noor Nik Ishak dan beberapa orang kakitangan yang lain.

Menurutnya, duit RM2,000 yang diterima itu akan dijadikan modal bagi membuat kuih serta membeli kelengkapan anak-anak.

Dia berkata, berbekalkan kerja menjual kuih muih dengan pendapatan bersih RM20 sehari dia menyara lapan anaknya yang berumur dari empat hingga 23 tahun.

Nahatul Shima berkata, rumah yang diduduki sekarang bukan rumah miliknya dan setiap tahun dia perlu membayar RM300 untuk membayar sewa tapak rumah tersebut.

“Dengan hanya berbekalkan semangat saya terus kuat untuk membesarkan anak-anak yang kebanyakannya masih kecil berseorangan diri,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak pernah mendapat sebarang bantuan namun, berharap kali ini akan ada pihak untuk tampil menghulurkan bantuan terutamanya bantuan membaiki sebahagian rumahnya.

“Saya juga berharap ada pihak yang membantu untuk memotong beberapa batang lagi pokok Jati yang berada berhampiran rumah saya, kerana bimbang kejadian sama akan berulang,” katanya. - Sinar Harian

Monday 21 January 2013

[VIDEO] : #JelajahJanjiDitepati PM @NajibRazak Umum Berita Baik Buat Rakyat Kelantan!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini Sabtu untuk lawatan sehari di Kelantan.

Ketibaan Najib dan isteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 11.25 malam disambut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin serta pemimpin Umno bahagian dan ketua parti komponen Barisan Nasional di negeri ini.

Najib dijadual menghadiri majlis agihan bantuan awal persekolahan kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Sri Wakaf Baharu di Tumpat pada pukul 7.45 pagi Ahad.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri program tinjauan mesra bersama warga Kota Bahru di Pasar Siti Khadijah di sini pada pukul 8.55 pagi.

Beliau kemudiannya akan menghadiri program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjung di sini.

Najib, yang juga Presiden Umno, mengakhiri lawatannya dengan menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di hotel Renaissance di sini sebelum berlepas pulang pada pukul 4.15 petang.

Saturday 19 January 2013

#TukarKelantan : BN Kelantan Lancar Jentera Siber Hadapi #PRU13


Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memperjelas dan menjawab fitnah serta isu yang dibangkitkan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin penggunaan media sosial dapat menarik pengundi terutama golongan muda dan terpelajar untuk memahami kedudukan sebenar politik semasa negara.

“Kita ada kira-kira dua bulan lagi, saya mahu bermula hari ini sehingga pilihan raya kita akan menggembleng tenaga secukupnya untuk menangkis fitnah yang dibawa oleh mereka,” katanya.

Mustapa berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Simulasi Pilihan Raya dan melancarkan Jentera Siber Pemuda BN Kelantan di sini malam kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baharu (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.

Jentera Siber Pemuda BN merupakan program UMB yang dilancarkan di seluruh negara dan bermula di negeri Kelantan.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?