Tuesday 23 July 2013

#PRKKualaBesut : Pengundi Muda Perlu Diberi Perhatian @Mustapa_Mohamed @NajibRazak



KUALA BESUT- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed meminta jentera Barisan Nasional (BN) yang menjalankan kerja kempen pada pilihanraya kecil, DUN Kuala Besut supaya menumpukan sepenuh perhatian kepada pengundi muda yang menjadi undi penentu bagi DUN tersebut.

Katanya mengambil iktibar pilihanraya umum ke 13 di Kelantan baru-baru ini, undi penentu adalah pengundi muda yang telah menyebabkan BN gagal menawan Kelantan.
Senario pada hari ini memperlihatkan golongan muda terpengaruh dengan gerakan pembangkang yang mahu menukar kerajaan BN kepada pakatan dan undi golongan ini merosot pada pilihanraya lalu.

Untuk itu, perhatian perlu diberikan secara khusus, supaya golongan ini kembali memilih BN.
“Jadi puteri kita dan pemuda di harap dapat memainkan peranan lebih aktif mendekati pengundi muda di Kuala Besut kerana mereka adalah kumpulan yang besar dan sikap mereka kadang-kala sukar nak ditentukan,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Parlimen Jeli di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyeru kepada petugas pilihanraya kecil Kuala Besut supaya peka dengan kemahuan pemilih muda dan sentiasa berdampingan dengan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, kesemua 14 bahagian Umno Kelantan dijangka akan memulakan mesyuarat bahagian masing-masing selepas Aidilfitri nanti.

Katanya mesyuarat di peringkat cawangan sudah bermula dalam bulan ini, manakala di peringkat bahagian ianya di jangka bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti. - AWANI

Thursday 18 July 2013

#PRKKualaBesut: @KhairyKJ INGATKAN JENTERA PARTI JANGAN ANGGAP DUN #N01KualaBesut SEBAGAI 'MAKANAN'!!


Jentera Pemuda BN diingatkan supaya tidak terlalu yakin menjelang Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Rabu depan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, beliau mahu Pemuda tidak memandang mudah tentangan yang akan diberikan Pas bagi merebut kerusi tersebut.

"Jangan terlalu yakin sebab kempen Pas agak perlahan kerana ia tidak boleh dijadikan kayu ukuran.

“Jangan ingat pertandingan di sini mudah. Kita mahu pastikan segala persiapan yang dirancang dapat dilaksanakan,” katanya selepas Majlis Penyerahan Peralatan Sukan kepada 70 Ketua-Ketua Pemuda, Ketua Puteri Cawangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno turut mengingatkan supaya jentera Pemuda tidak menganggap Dun tersebut sebagai kubu kuat BN kerana masih panjang menjelang PRK.

“Jangan anggap ini kubu kuat BN hingga tidak turun ataupun laksana program.

"Kita ada banyak hari lagi dan kita tidak tahu lagi siapa daripada pembangkang yang akan datang hujung minggu ini" katanya.

Khairy menambah, beliau mahu momentum yang sedia ada diteruskan sehingga ke hari pengundian.

Menurutnya, beliau sudah mengarahkan jentera Pemuda untuk melipat-gandakan usaha bagi mendekati golongan muda.

"Jentera Pemuda perlu melihat setiap lokaliti untuk mengesan mereka (golongan muda).

"Kita jalankan kerja secara terperinci untuk memaksimakan pengundi muda," katanya. - BLOG RASMI PRK KUALA BESUT

Wednesday 17 July 2013

#PRK #KualaBesut - Rakyat #TokSaboh Nafi Tuduhan BN Rampas Tanah di Kg. Lay Out!


Fitnah PAS dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut terbongkar apabila penduduk tempatan tampil menafikan tuduhan pembangkang berkaitanprojek pembinaan Pangsapuri 4 Tingkat di Kg. Lay Out yang dirasmikan oleh TPM 13 Julai lalu.

Menurut mereka, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2012 melibatkan 4 buah keluarga yang menetap di tapak tersebut. Daripada 4 keluarga ini, hanya seorang yang bermasalah dan berdegil, malah pihak berkuasa juga sebenarnya berkali-kali memberikan notis perpindahan.

Tapak tanah milik kerajaan itu diberikan ketika zaman pemerintahan PAS, lesen Menduduki Sementara (TOL) tapak tersebut kebanyakkan diberikan kepada ahli PAS, bukan anak tempatan Tok Saboh. Selepas menerima lesen tersebut ada penerima menjual dengan harga yang murah.

Apabila kerajaan BN mengambil alih pada tahun 2004, pejabat tanah mula membekukan lesen Hak Menduduki Sementara (TOL) kerana ketika era pemerintahan PAS, terdapat banyak kes di mana tanah-tanah milik kerajaan diberikan kepada kroni mereka dengan lesen (TOL).

Empat keluarga berpindah, 3 daripada jumlah tersebut berpuas hati dengan pampasan yang diberikan. Hanya seorang yang bermasalah itu pun adalah ahli PAS sendiri.

Kerajaan negeri pindahkan 4 keluarga untuk membina pangsapuri bagi menempatkan 72 keluarga dalam keadaan yang selesa...

Hok mano lagi kemah weii!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?