Thursday 29 August 2013

#PemilihanUMNO13 Ketua & Timbalan UMNO Bahagian Ketereh Tawar Diri Tanding MT #PAU2013


Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh dan Datuk Md. Alwi Che Ahmad menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti hujung tahun ini.

Dua orang kuat UMNO Ketereh yang berperanan mengembalikan semula kerusi Parlimen Ketereh kepada BN dalam PRU13 tempoh hari.

Untuk perkembangan Pemilihan UMNO 2013 bagi bahagian-bahagian di Kelantan layari blog Pilih Memilih Kelantan

Sunday 25 August 2013

Pilih-Memilih Kelantan - Blog Terbaik Untuk Ketahui Kehangatan #PemilihanUMNO13 di Kelantan


Pilih-Memilih Kelantan!

Penulis menobatkan ia blog terbaik untuk mendapatkan informasi tentang kehangatan Pemilihan UMNO 2013 dari negeri Kelantan.

KLIK - http://pilihmemilihkelantan.wordpress.com/

Saturday 24 August 2013

#OneBro4NKP: Kenapa Perlu Jatuhkan @azwanbro? Dia Layak Jadi NKP!


Penulis memerhatikan gelagat beberapa blogger yang sedang bertungkus-lumus memberikan persepsi buruk kepada Khairul Azwan Harun atau Azwanbro gara-gara menawarkan diri untuk merebut kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Alasan dan hujah kenapa Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda UMNO pula begitu dangkal di mana Azwanbro dikatakan terlalu membawa imej korporat yang mana ia tidak disenangi oleh anak muda.

Menurut laman blog dari utara itu, jika mahu jadi tokoh korporat usahlah memegang kerusi nombor dua dalam pemuda. Penulis tahu bahawa blogger tersebut tidak senang dengan kempen oleh Azwanbro, kerana ia mendapat sokongan ramai blogger termasuk blogger dari utara sendiri.

Apakah benar Azwanbro terlalu menampakkan imej korporat?

Apakah Azwanbro 24 jam memakai baju kot, long sleeve dan hanya bergaul dengan tokoh-tokoh korporat?

Berapa lama penulis blog tersebut mengenali Azwanbro sehingga begitu yakin mengatakan Azwanbro tidak layak menduduki kerusi nombor dua dalam pemuda?

Tahukah apa gerak kerja yang telah berjaya dilakukan oleh Azwanbro sepanjang memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Perak?

Azwanbro terlibat dalam politik sejak belajar di luar negara di mana dia terlibat secara langsung dengan Kelab UMNO Luar Negara - setelah pulang ke Malaysia pada tahun 1999, kerjaya pertamanya adalah juruaudit di Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Kemudian tahun 2004, Azwanbro telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak sebelum dilantik sebagai SUSK setelah Dr. Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Besar Perak.


Tahun 2004 pula, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Azwanbro tidak naik secara mendadak di dalam politik walaupun aktif sebaik sahaja pulang ke Malaysia, satu tangga ke satu tangga beliau daki sehingga menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Perak.

Jika penulis perincikan gerak kerja Azwanbro di Perak atas kapasiti pemuda UMNO rasanya terlalu banyak. Seperti penulis katakan, jangan nafikan jasa dan kerja seseorang hanya kerana dia seorang tokoh korporat yang berjaya.

Lainlah jika dia mendapat kekayaan dan semua syarikat yang berjaya diusahakan olehnya adalah melalui salah guna kuasa.

Akhir sekali, penulis ingin tekankan - Azwanbro tidak menggunakan pengaruh bapa untuk naik dalam dunia politik.

TRANSFORMASI 13

Renung-renungkan...

Friday 23 August 2013

#OneBro4NKP : Intro Khairul Azwan Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Azwanbro calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sepanjang pengetahuan penulis - Azwanbro memang terbukti melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan di Perak. 

Antara yang sukses adalah BNYV Perak dan juga Program Workshop dan Amanjaya Internship 2013 iaitu program yang membabitkan penglibatan anak muda dalam politik. Selain itu banyak juga program kebajikan yang dilaksanakan melalui Yayasan Bina Upaya (YBU).

#OneBro4NKP

Sunday 18 August 2013

Biso Plek! NGO Tajaan PAS Minta Duit Dari Sultan Brunei Nak Bina Lebuhraya Rakyat!


Aduka Taruna...?

Minta derma dari Sultan Brunei...?

Nak bina lebuh raya...?

Duit derma sebelum ini mana pergi...?


Saturday 17 August 2013

#PemilihanUMNO13 : Khairul Azwan Harun @azwanbro Tepati Kehendak Pergerakan Pemuda


Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. 

Setakat ini enam ahli pemuda tampil menawarkan diri untuk merebut kekosongan tersebut. Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.


Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran. Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini admin melihat Khairul Azwan Harun menepati pemimpin muda yang diperlukan ketika ini.

Khairul Azwan Harun
Pertama dari segi gerak-kerja di peringkat bahagian dan negeri, admin merasakan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak dilihat berjaya menarik minat anak muda Melayu di negeri tersebut. 

Akademi Pemuda antara satu platform yang berjaya digerakkan Khairul Azwan Harun, melalui akademi yang mempunyai 15 pekerja sukarela banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim berjaya dilaksanakan di negeri Perak. 

Selain itu aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO turut digerakkan dan ia sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Bukan sahaja gerak kerja di peringkat negeri berjaya digalas dengan baik, keberanian Khairul Azwan Harun mencabar beberapa tokoh pembangkang seperti Ngeh Ko Ham, Nizar Jamaluddin setiap kali timbul isu berbangkit di negeri Perak antara ciri-ciri yang dikehendaki dalam pemuda.

Jamawi Jaafar
Admin tidak mahu menafikan peranan Jamawi Jaafar di Bahagian Tenom dan juga di peringkat pusat. Selaku exco yang bertanggungjawab terhadap kesenian dan kebudayaan. Kejayaan Jamawi Jaafar melalui BN Youth Job Music memang tidak boleh dipertikaikan.

Begitu juga peranan Lokman Adam selaku Exco Pemuda yang bertanggungjawab menjaga unit pidato. Namun rekod lampau Lokman Adam iaitu bekas ahli PKR telah membangkitkan rasa kurang yakin terhadap kesetiaan beliau memperjuangkan serta mempertahankan sesuatu isu.

Tanpa kesetiaan dalam mempertahankan sesuatu isu, sudah tentu sukar untuk pemuda memberi ruang kepada Lokman Adam menggalas tanggungjawab orang nombor dua dalam pergerakan pemuda.

Secara kesimpulan admin merasakan Khairul Azwan Harun menepati kehendak pemuda. Selain berani melakukan cabaran terhadap pembangkang. Gerak kerja beliau di negeri Perak terbukti berjaya dilaksanakan dengan baik.

Pendek kata nak suruh buat kerja Khairul Azwan mampu laksanakan, hendak lihat beliau 'berkubang' mengusik pemimpin pembangkang pun beliau dilihat berani berbanding calon-calon yang lain.

**Pendapat peribadi penulis yang juga Ahli Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah, Kelantan.

Thursday 8 August 2013

Salam Aidilfitri Buat Semua Pimpinan UMNO Negeri Kelantan! @Mustapha_Mohamed



Penulis mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua saf kepimpinan UMNO Negeri Kelantan yang sentiasa menyokong perjuangan para bloggers  dan facebookers di Kelantan.

Jasa dan penghargaan daripada pemimpin UMNO Negeri kepada kami sangatlah dihargai, moga 1 Syawal 1434H yang tiba ini bakal membuka lembaran baru di antara aktivis media sosial bersama pemimpin-pemimpin UMNO Negeri...

Selamat Hari Raya Tok Pa, Tok Napi, Cikgu Yeh, TS Annuar Muso, Tok Awang dan semua sekali lah kiro ni...

 

Tuesday 6 August 2013

EIZWAN ABDULLAH KANTOI 'SONGLAP' WANG PERUNTUKAN UMNO?


Seperti yang saya tuliskan sebelum ini, mungkin telah timbul sedikit pertanyaan daripada semua pembaca. Itu adalah kerana saya rasa mungkin belum tiba masa untuk saya buat pendedahan sepenuhnya. Selain itu adalah kerana menghormati Bendahari UMNO Kelantan, Dato Hanafi Mamat kerana menyuruh kami 'postpone' dahulu entri kami seperti yang ditulis di laman blog GELOMBANG KICK:
#Untuk makluman juga, difahamkan pembongkaran mengenai individu, bukti dan maklumat berkaitan mungkin tertangguh seketika bagi menghormati permintaan Datuk Hanafi Mamat yaitu Bendahari Umno Kelantan yang berjanji akan menyiasat dan cuba menyelesaikan masalah ini. Terima kasih diatas keprihatinan beliau terhadap nasib mangsa-mangsa terbabit. Jika beginilah tahap kecaknaan yang ada pada diri Datuk Hanafi Mamat, maka beliau mesti dipertahankan untuk terus menjadi nakhoda Umno Bahagian Pasir Mas, supaya 'transformasi' didalam Umno dapat dipacu oleh pemimpin yang benar-benar mempunyai kewibawaan seperti beliau... Anda Mampu Mengubahnya.

Tapi disebabkan mahu menuntut hak kami. Saya telah dedahkan siapa manusia itu. Beliau adalah Eizwan bin Abdullah. Ada ura-ura mengatakan bahawa kegiatannya mengencing orang telah kantoi ditangan Tok Pa, dan beliau telah dipecat daripada menjadi Pegawai Media kepada Tok Pa. Berita ini saya dapat ketika Post Mortem PRU-13 bersama Tok Pa di Sutera Inn Hotel, Kota Bharu.

Seperti apa yang kami mahu tuntut ialah:
1. Penjelasan wang sebanyak RM30,000 yang telah dapat ketangan dia, tetapi tidak tahu kemana wang itu pergi.2. Kemana pergi semua gadget-gadget yang dia telah beli menggunakan wang Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
3.Elaun yang dijanjikan
Sejak selepas PRU-13, dia tidak pernah memberi respon kepada panggilan telefon atau SMS daripada pihak kami. Seminggu sebelum PRU, berlaku sedikit perbalahan di Whatsapp Group tentang hal ini, tetapi dia telah declare untuk bayar elaun kami selepas PRU. Last2, habuk pun takda!
Next entri saya akan pastikan semua bukti hitam putih akan didedahkan di blog saya.

IKUTI KISAH DARIPADA MANGSANYA YANG LAIN:
KAKI RAYAU KB:
KELATE TODAY:
_______
______


P/S: Inilah sifat semulajadi manusia, pantang tengok wang. 

BACA PENDEDAHAN SELANJUTNYA DI BLOG Tentera Maya

Friday 2 August 2013

INI SALAH UMNO KELANTAN ATAU BEKAS KETUA JENTERA SIBERNYA?


Pendedahan siri 1 dan 2 yang dibuat oleh beberapa buah blog team Kelantan Cyber Warriors (KCW) yang dilaporkan telah menjadi mangsa virus 'kencing tikus' difahamkan akan memasuki siri yang keseterusnya dimana pendedahan lebih terperinci akan dipertaruhkan oleh mereka. Pendedahan terbaru dibuat oleh anak kelahiran Johor yang merupakan salah seorang penulis di blog 'KelateToday' yang turut membantu jentera cyber BN Kelantan pada PRU 13 yang lalu. Antara luahannya seperti berikut:

Jika sebelum ini kami selaku orang luar sering terfikir kenapa Barisan Nasional begitu sukar untuk mengambil alih pentadbiran daripada Pas Kelantan, namun kini kami sudah punyai jawapan dari apa yang pernah kami fikirkan itu, dan anda semua usah berasa hairan dengan situasi berkenaan kerana sampai bila-bila pun BN tidak akan mampu untuk tawan negeri Kelantan jika masalah penyelewengan seperti yang berlaku sebelumnya itu gagal diselesaikan.

Pengalaman kami di Kelantan sangat mendukacitakan, mungkin jika lebih lama lagi menetap disana dan berhadapan pula dengan sikap beberapa kerat sebagaimana individu yang diamanahkan untuk menjaga team media ini, tidak mustahil kami juga akan menjadi antara salah seorang dari penyokong Pas.

http://kakirayaukb.blogspot.com/2013/08/part-ii-kantoi-jogho-malaysia-yang.html?m=1

http://gelombangkick.blogspot.com/2013/08/lihat-kenapa-anak-johor-kata-jika-lebih.html?m=1

http://tenteramaya.blogspot.com/2013/08/sedih-luahan-hati-blogger-teraniaya.html?m=1

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?