Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk memilih calon serta parti yang dirasakan layak untuk diberi kuasa mentadbir negara selama tempoh beberapa tahun.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil.
Pertamanya, SPR telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu. Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang telah didaftarkan.
Keduanya, SPR juga telah mula membenarkan undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal.
Ketiga, penggunaan dakwat kekal juga diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.
Kesemua insiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatandangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama.
Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menghadapi musim pilihan raya yang bakal tiba. Mari maju ke hadapan bersama.
- PM Najib Razak
Sedar atau tidak, telah banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Kebanyakan tuntutan-tuntutan Bersih telah pun diambil pertimbangan sewajarnya oleh SPR dan sebahagian daripadanya telah pun dipersetujui untuk dilaksanakan.
Bagi penyokong pembangkang yang masih lagi menuduh SPR tidak bersih, apa lagi yang anda mahukan? Belum puaskah dengan segala penambahbaikan yang telah SPR lakukan? Belum yakinkah anda pada SPR?
Bagi penyokong pembangkang yang masih mengatakan demokrasi tidak subur di Malaysia, bukankah suara anda melalui Bersih turut didengar oleh kerajaan dan itu membuktikan demokrasi dan kebebasan bersuara subur di Malaysia?
Sepatutnya penyokong pembangkang berterima kasih kepada kerajaan BN kerana masih menerima sebahagian daripada tuntutan-tuntutan mereka walaupun tuntutan-tuntutan itu dibuat dengan cara yang tidak betul.
Setelah SPR banyak melalui proses transformasi, sewajarnya badan bebas itu semakin diyakini oleh rakyat Malaysia.
Kalaupun SPR tidak melakukan sebarang penambahbaikan untuk proses pilihanraya, belum cukupkah keputusan pilihanraya sebelum ini untuk meyakinkan penyokong pembangkang?
Jika SPR dan pilihanraya tidak bersih, mana mungkin pembangkang mampu merampas banyak negeri daripada BN pada PRU yang lepas dan mana mungkin Kelantan dapat ditadbir PAS lebih daripada 23 tahun. Kalaulah kerajaan mampu mengawal keputusan pilihanraya, sudah tentu negeri Selangor tidak dilepaskan begitu sahaja kepada pakatan pembangkang.
PRU 13 semakin hampir. Sepatutnya tiada lagi pertikaian dibuat ke atas SPR dan sistem pilihanraya di Malaysia. Marilah kita menanti semboyan dibunyikan untuk kita terus memberi mandat kepada Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment