Perasaan penulis sebak, sayu hati sehingga hampir menitiskan air mata ketika mengunjungi sebuah perkampungan yang terletak di Sabak bersama beberapa rakan tempoh hari.
Melihat kemudahan penduduk di Kg. Pulau Gajah yang terletak di bawah DUN Chempaka membuatkan hati penulis tertanya-tanya, inikah kebajikan yang PAS laungkan selama memerintah negeri Kelantan?
Suasana kotor selain keadaan rumah yang usang ini jika ditanya kepada penulis ia tidak layak untuk dihuni oleh manusia lebih-lebih masyarakat Malaysia yang kini menuju kemodenan.
Namun inilah paparan yang anda akan lihat bila anda mengunjungi Sabak satu kawasan perairan pantai yang diwakili oleh Menteri Besar.
Kebajikan apa yang PAS laungkan?
Kebajikan siapa yang PAS jaga selama 23 tahun memerintah Kelantan?
Mereka ini pengundi, pengundi bawah DUN Chempaka iaitu pengundi Nik Aziz sendiri!
Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, mungkin ada jawapan kenapa kebajikan penduduk Kg. Pulau Gajah terabai...
Sebagai renungan buat kita umat manusia penulis ingin memetik sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Apabila amanah dipersia-siakan, tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)!” Badwi itu bertanya lagi: “Bagaimanakah amanah itu dipersiasiakan?”
Jawab baginda: “Apabila diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan ahlinya (tidak layak), maka tunggulah saat kehancuran (hari kiamat)”.
(Riwayat al-Bukhari)
TUKAR kerajaan PAS Kelantan kepada BN dalam PRU13!
No comments:
Post a Comment