Thursday, 4 April 2013
Bubar Parlimen #GE13 : PR Tidak Gembira Dengan Pembubaran.
Tatkala menunggu Perdana Menteri mengumumkan pembubaran parlimen, Pakatan Rakyatlah yang kononnya paling tidak sabar. Berbagai-bagai spekulasi dimainkan berkenaan kenapa parlimen belum dibubar sedangkan pada penggal-penggal sebelum ini mereka juga yang marah-marah jika Perdana Menteri bertindak mempercepatkan pilihanraya.
PR menuduh Perdana Menteri sebagai takut, tidak bersedia, malah ada juga yang berimaginasi yang Perdana Menteri sengaja melambatkan pembubaran kerana ingin mencetuskan huru-hara? Sekali dengar, tampak seolah-olah PR benar-benar sudah gila kerana terlalu sangat gilakan kuasa.
Di masa yang sama, PR tidak pula bertindak membubarkan terlebih dahulu DUN di negeri-negeri yang diperintah mereka. Dalam mereka gah bercakap tentang keyakinan mereka untuk menang dan bakal menawan lebih banyak negeri, mereka terus menunggu agar parlimen dibubar dahulu.
Akhirnya, apa yang ditunggu-tunggu sangat oleh PR pun berlaku pada petang semalam.
Sangka kita PR akan menerimanya sebagai ‘berita yang telah dijangka’, tetapi sebaliknya, PR menuduh pula pembubaran itu berlaku kerana hanya kerana PM menerima tekanan serta desakan dari berbagai pihak. Hanya setelah pengumuman pembubaran dari PM, barulah PR turut mengumumkan pembubaran serentak DUN di negeri-negeri jajahan mereka.
Dengan itu, kita tidak faham bilakah agaknya tarikh yang tepat di mata PR untuk PM mengumumkan pembubaran. Apa yang kita lihat ialah, jika awal pun salah, lambat pun salah.
Inilah yang berlaku apabila PR benar-benar ketandusan modal di saat-saat akhir. Segala peluru, bom, termasuk bom jangka yang dipasang mereka telah pun meletup tanpa memusnahkan apa-apa. Sehinggakan akhirnya, bila perang benar-benar akan bermula, mereka terpaksa berlawan tanpa senjata tetapi sekadar berpencak silat sumbang sambil mulut menyumpah-nyumpah rambang.
Isu kalimah Allah yang diharapkan menjadi peluru bagi menjauhkan pengundi bukan Islam dari BN ternyata memakan diri. Isu Lahad Datu yang dijangka menjadi bom nuklear menghapuskan terus BN, telah sebaliknya menjadi pembakar semangat perpaduan, sekali gus menjana kekuatan BN. Isu Altantuya, scorpene, SPR dan sebagainya pula telah pun selesai dengan keputusan PR kalah teruk.
Hakikatnya, PR tersalah jangka tarikh pilihanraya. Mereka telah berkempen begitu lama selama setiap hari, setiap minit dan saat, selama empat tahun tanpa henti. Menabur fitnah dan memainkan isu yang lemah sebegitu lama pastinya meletihkan. Ini kerana cerita-cerita yang dimainkan perlahan-lahan berubah, ditokok tambah atau dikurangkan disana sini dalam usaha memastikan ia terus relevan. Oleh kerana cerita tersebut berdasarkan fiksyen dan bukannya kebenaran, maka versi asal tidak lagi boleh disemak dan dipastikan.
Akhirnya strategi mengelirukan rakyat untuk meraih sokongan ini ternyata menyebabkan PR sendiri menjadi keliru lalu buntu.
Justeru, yang baculnya, yang penakutnya dan yang terdesak dan tertekannya bukanlah BN, tetapi PR sendiri. Kerana itu mereka tidak berani membubarkan DUN negeri mereka terlebih dahulu.
Kita tahu bahawa PR masih belum mampu menyelesaikan isu calon dan kerusi. Di sana sini kedengaran ketidakpuasan hati berkenaan sifat Anwar Ibrahim yang kuku besi, sikap Lim Guan Eng yang angkuh dan sikap Hadi Awang dan Nik Aziz yang bodoh.
Suara PAS tidak dihormati di Pulau Pinang dan Selangor. Suara DAP tidak dihormati di Kedah. PAS Kelantan pula sanggup mendengar suara DAP Perak sehingga ke tahap menghadiahkan tanah. Di celah-celah itu pula, balak di Kedah sudah hampir selesai, air di Selangor sudah hampir habis, tanah Kelantan sudah banyak tergadai, yang tidak selesai tidak habis dan tidak tergadai ialah DAP Pulau Pinang yang sibuk melaksanakan projek-projek mega yang tidak perlu, dan dengan cara yang tidak telus.
Jelaslah, PR berada dalam keadaan kecut perut untuk menghadapi pilihanraya. Taktik pecah dan perintah dengan menghasut semangat perkauman, hanya menyebabkan bangkitnya semangat untuk bersatu yang lebih kuat di kalangan rakyat apabila BN bertindak menggiatkan penjelasan dan seruan ke arah perpaduan.
Nampaknya, malang sekali bagi PR kerana di saat gendang perang dipalu, parti mereka hanya mampu memainkan isu ‘tarikh pembubaran parlimen’ sahaja sebagai peluru!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Rakaman 'Goyang Kucing Garong' semalam yang terletak di Jalan Long Sulaiman iaitu hanya 600 meter dari rumah Nik Aziz adalah sebah...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Adakah Nik Aziz ini Tuhan yang boleh menentukan dosa dan pahala seseorang melalui Parti Politik? Nampaknya Nik Aziz kini sudah semakin ...
-
Gambar di atas dihantar oleh Jeming Hasan pada pagi 24 Jun melalui Instagram. Semalam penulis masih ingat PDRM mengeluarkan kenyataan ...
-
YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak pada pagi tadi telah mengumumkan pembubaran Parlimen Ke - 12 untuk memberikan laluan kepada pilihanray...
-
Berikut adalah foto-foto lawatan Tok Pa kita di Pasir Mas sepanjang hari ini. Foto-foto ini sudah cukup kuat untuk membuktikan bahawa rakya...
-
Ketika rakyat kelantan dihasut, ketika NGO ROYALTI menjaja isu, kita bersyukur dan bangga kerana khabarnya YTM Tengku Mahkota Kelantan ...
-
Penulis terdetik untuk mengetahui adakah batu asas Jambatan Palekbang masih wujud setelah sekian lamanya ia ibarat menjadi tugu di s...
-
Kemegahan sesebuah negara dan parti bukan sahaja terletak kepada nama mahupun prestasi. Tetapi terletak juga kepada suatu benda yang dipang...
-
Penulis mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua saf kepimpinan UMNO Ne...
ARTIKEL HOK SEBELUM NIE
-
▼
2013
(260)
-
▼
April
(76)
- #TukarKelantan : Ibrahim Ali menyahut cabaran Taki...
- #TukarKelantan : Kempen Nik Aziz di KB Mall tidak ...
- #PRU13 : Pengundian awal bermula, anggota keselama...
- #TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" ...
- #TukarKelantan : Nik Aziz Ulama Paling Kaya Di Mal...
- #TukarKelantan : Nik Aziz Miliki Tanah Bernilai 4 ...
- [VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Ole...
- #TukarKelantan : Ustaz Zainal Abidin dakwa hudud P...
- #PRU13 : Janji Husam Yang Gagal Di Kelantan #Tukar...
- #TukarKelantan: Adakah Rakyat Kelantan Masih Ingat...
- Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan ke...
- #TukarKelantan : Bukti Tarian Kucing Garong 600m D...
- #TukarKelantan : Rungutan peniaga-peniaga di Pasar...
- #TukarKelantan : PKR Jeli bergolak, laluan mudah b...
- [FOTO] : 10 Bendera Pelik Di Dunia. #TukarKelantan
- #TukarKelantan #PRU13 : Sidang Media BN Kelantan (...
- [VIDEO] : #TukarKelantan Kisah #GE13 Dari Kg.Pulau...
- #TukarKelantan : Jurukamera RTM meninggal dunia se...
- #TukarKelantan : Imam muda PAS didakwa pukul pengg...
- Emel Bukti BERSIH& SUARAM Terlibat Fitnah Kerajaan...
- #TukarKelantan #PRU13 : Video klip lagu TUKAR mele...
- #TukarKelantan : Status terkini batu asas Lebuhray...
- [VIDEO] : Bendera BN Ditanggal Oleh Kerajaan PAS. ...
- [VIDEO] : Ribuan Rakyat Kelantan Berarak Bersama C...
- [Video] #TukarKelantan #GE13 : Sidang media Dato S...
- #GE13 #PRU13 : Pakatan Pembangkang bertembung sesa...
- #PRU13 : Penduduk Kubang Kerian Nak TUKAR #TukarKe...
- #PRU13 : Warna Hijau Pudar Di Kelantan #TukarKelan...
- #TukarKelantan : Pertembungan satu lawan satu Datu...
- [FOTO] : Fenomena Luar Biasa Perarakan Penamaan Ca...
- #PRU13 : Majlis Solat Hajat Parlimen Pengkalan Che...
- #GE13 : Bulan Semakin Gerhana Kerana Rocket DAP - ...
- #PRU13 : Gandingan Mantap BN Kelantan Buat Nik Azi...
- #TukarKelantan : Senarai Lengkap Calon PAS Kelanta...
- PANAS #GE13 : Hotel skandal video seks didakwa Mus...
- #TukarKelantan : Calon BN #PRU13 Negeri Kelantan -...
- #AkuJanji : Manifesto BN Kelantan Untuk Rakyat. #T...
- [VIDEO] : Kompilasi Kejayaan PAS Yang Perlu Rakyat...
- #PRU13 #GE13 : BN rapatkan barisan, PR sibuk bereb...
- [VIDEO EKSKLUSIF] : Kezaliman #RegimPAS - Sita Sek...
- #TukarKelantan : AkuJanji BN Kelantan.
- #PRU13 #GE13 : Perang rebut kerusi PR makin tenat!
- Puak #PenipuRakyat Terdesak - Blog #UMB Palsu Kantoi!
- #TukarKelantan : Solat orang UMNO tak dapat pahala...
- #TukarKelantan #PRU13 : PAS kutip derma untuk Laha...
- #PRU13 #GE13 : Turun Harga Kereta, Siapa Tiru Siapa?
- #TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasi...
- #TukarKelantan : Batu Asas Jambatan Palekbang Baka...
- #TukarKelantan #GE13 : Mana asasnya segala tuduhan...
- [FOTO] : 10 Kambing Unik ? #TukarKelantan
- #GE13 #PRU13 : Gambar Himpunan Janji 1 Malaysia da...
- #GE13 : Kebenaran muncul jua. Fitnah cincin RM24 j...
- #GE13 #PRU13 : Pakatan pembangkang parti anak bera...
- #GE13 #PRU13 : Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Ja...
- #GE13 #PRU13 : Taktik Kotor PR Dikesan!
- #TukarKelantan : Calon PAS Sedia Ceraikan Isteri
- #TukarKelantan : Penyokong UMNO diserang dan ditet...
- #TukarKelantan : Penjaga syurga dan neraka bernama...
- #TukarKelantan : Majlis Solat Hajat Pertahankan Ka...
- Bubar Parlimen #GE13 : PR Tidak Gembira Dengan Pem...
- #TukarKelantan : YB Dato Seri Mustapa Mohamed beri...
- #TukarKelantan : Nik Aziz Perlu Perbetulkan Diriny...
- #TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!
- 100 pencapaian BN di bawah Dato Seri Najib Tun Raz...
- #PRU13 : Ucapan penuh PM Najib mengenai pembubaran...
- #TukarKelantan : Nik Aziz Akui Senarai Daftar Pemi...
- #TukarKelantan : NGO R Terdesak, Jawatankuasa Khas...
- SPR dan sistem pilihanraya di Malaysia belum cukup...
- #OpsDaulat: Teresa Kok kata pasukan keselamatan ne...
- #TukarKelantan : Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan...
- #ManifestoBukanJanji : Penipuan Rafizi Terbongkar ...
- [FOTO] 10 Jambatan Unik Dan Mengerunkan!
- 23 Tahun ditadbir PAS, Kelantan tidak terlepas ter...
- #TukarKelantan: Timbalan MB Kelantan Disaman RM1 J...
- #TukarKelantan : 70 guru, pelajar pondok agama isy...
- TRW Nekad Tidak Menggunakan Stadium Bukit Merbau #...
-
▼
April
(76)
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!


SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?

No comments:
Post a Comment