Wednesday, 10 April 2013

#TukarKelantan : Solat orang UMNO tak dapat pahala, suatu penilaian berbeza


Arena politik tanahair sekali lagi heboh dengan komen mengelirukan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tempoh hari.

Malah ada yang menganggap komen Nik Aziz itu sebagai fatwa sesat yang boleh mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Nik Aziz baru-baru ini ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu telah mengatakan orang UMNO yang mengerjakan solat tidak diberi pahala jika parti itu menolak Islam.

Untuk mempertahankan pemimpin mereka, penyokong pembangkang menyebarkan video asal ceramah berkenaan yang menunjukkan Nik Aziz bukan sahaja menyebut orang UMNO tidak mendapat pahala apabila mengerjakan solat, malah begitu juga dengan orang PAS jika kedua-dua parti menolak Islam.

Benar itulah yang dikatakan oleh Nik Aziz di pentas ceramah tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan video temubual Nik Aziz bersama wartawan di rumahnya ini? Dengan jelas dalam temubual ini Nik Aziz menyebut UMNO menolak Islam, maka orang UMNO yang mengerjakan ibadat tidak mendapat pahala atas faktor tersebut.



Bukan sahaja Nik Aziz, pendapat itu turut dikongsi oleh seorang lagi penceramah PAS yang dikenali sebagai Ustaz Budak. Jelas di dalam video di bawah Ustaz Budak mengatakan orang UMNO tidak mendapat pahala apabila mengerjakan solat.



Ini menunjukkan kedua-dua mereka mempunyai pendirian bahawa UMNO menolak Islam dan solat orang UMNO tidak akan mendapat pahala.

Mereka sepatutnya tidak semudah-mudah menghukum manusia dan menentukan dosa pahala kerana itu adalah kerja Allah yang Maha Esa.

Inilah yang terjadi apabila PAS terdesak untuk menarik sokongan masyarakat dengan mempolitikkan agama. Mereka cuba sedaya upaya untuk menyebarkan sentimen kebencian terhadap UMNO dalam kalangan masyarakat.

Atas dasar apa UMNO dikatakan menolak Islam? Jika atas faktor UMNO tidak melaksanakan hudud, Pakatan Pembangkang juga jelas tidak akan melaksanakan hudud kerana agenda hudud tidak disebut di dalam Buku Jingga.

Jika tidak melaksanakan hudud dijadikan faktor utama UMNO menolak Islam, bermakna banyak lagi parti pemerintah di negara-negara Islam lain dalam OIC yang tidak melaksanakan hudud boleh dianggap menolak Islam. Adakah solat mereka juga tidak mendapat pahala?

Mari kita lihat komen beberapa orang tokoh terhadap kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam."
"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang."
- Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria 

"Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri."
"Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total."
- Presiden JATI, YB Dato Dr. Hassan Ali 

“Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam." 
“Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno, sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia”
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin 

"Ingat dan sedarlah sebagai pemimpin yang berjawatan tinggi di Kelantan, jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ramai yang mendengar dan memerhati."  
"Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam."
- Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh

Nik Aziz sepatutnya lebih berhati-hati dalam berbicara. Dari hari ke hari, beliau semakin cenderung mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak patut dan yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Seorang ulamak sepatutnya berperanan membimbing masyarakat dan menyatupadukan masyarakat, bukannya mengelirukan dan memecahbelahkan masyarakat serta menyemai sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat.

Pemimpin PAS kini dilihat terlalu mudah menjatuhkan hukum terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka ibarat mereka sahaja yang tahu soal agama Islam.

Kalau benar PAS memperjuangkan Islam, kenapa memilih untuk bersekutu dengan PKR dan DAP yang langsung tidak mengamalkan dasar Islam? Kenapa membiarkan kalimah Allah digadai, LGBT disokong dan gejala murtad dibiarkan?

Rakyat Malaysia seharusnya membuat penilaian siapakah yang lebih mengancam kedudukan Islam. BN selama ini telah melakukan yang terbaik sehingga negara kita dijadikan negara contoh oleh negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia.

BN FOR MALAYSIA!

1 comment:

Xpas said...

Berpahala atau tidak, solat wajib ditunaikan ! Sekurang kurangnya menghindarkan diri dari dosa meninggalkan solat yg sgt besar bahkan boleh menjejaskan keIslaman seseorg.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?