Monday 29 April 2013

#TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" - Dato Seri Mustapa Mohamed #PRU13 #GE13


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.

Baca lebih lanjut di Astro Awani.

2 comments:

Anonymous said...

Sapa kata? Kita tengok nanti....nak tulis tu biarlah berpijak dibumi nyata. Kalau sekadar nak sedapkan hati,syok sendiri tak pa juga..kita sama-sama tengok nanti. Kawe bukan duduk di Kelate tapi kawe bangga jadi rakyat Kelate walau pun dok jauh dari Malaysia. Semua perkembangan jelas dan tepat...

Anonymous said...

Nik Aziz tak boleh bongkak terus berkata "saya layak memerintah". Itu sifat Firaun. Nik Aziz memang tahu dan dia pun pernah gelar Tun Mahathir dengan gelaran itu.

Kalau kehendak Ilahi mengajar manusia mengenal Firaun abad ini dibumi Kelantan, mungkin itu lah yang akan jadi. Nik Aziz jadi jelmaan Firaun untuk rakyat sembah dan kagum.

Hidup AUUUMMMMM... Nik Aziz
Hidup AUUUMMMMM... Nik Aziz

Hidup AUUUMMMMM... Nik Aziz
Hidup AUUUMMMMM... Nik Aziz

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?