Monday, 1 April 2013

23 Tahun ditadbir PAS, Kelantan tidak terlepas terjerumus ke lembah maksiat #BoLaWeiiii



Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri Kelantan, pimpinan PAS masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.

Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh PAS, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini.

Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat karaoke berhampiran rumah menteri besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter, pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong' atau 'tarian punggung'.

Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis.

Tidak cukup dengan itu, negeri Cik Siti Wan Kembang itu juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus

Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus. Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).

Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga 2009.

Oleh yang demikian, rasionalnya PAS Kelantan dilihat GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu semakin merosakkan rakyat.

Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/UMNO kononnya tidak Islamik dan sebagai, terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca perpecahan.

Maka sudah tiba masanya untuk BN/UMNO mengambil alih tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di belakang.

Kesimpulannya, kerajaan PAS Kelantan langsung tidak memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’

Sekadar ingin bertanya, apakah jasa PAS untuk rakyat Kelantan?

Lihat artikel "Kelantan after dark" di News Straits Times.

TUKAR KELANTAN! BO LA WEI!

1 comment:

Anonymous said...

JANGAN MEMFITNAH TANPA BUKTI YANG NYATA.
AKU BUKAN SOKONG PAS, BUKAN JUGA BN.
AKU SOKONG ISLAM. YANG MANA TERANG~TERANG SALAH WAJIB LAWAN.

KAJI BETUL2 ,PARTI MANA YANG SEBENARNYA MENGKHIANATI ISLAM...BANGGA KE DENGAN POLITIK KOTOR BN?

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?