Wednesday 27 February 2013

#ManifestoBukanJanji : Royalti Tiada Dalam Manifesto, NGO R Tidak Diiktiraf?


Royalti minyak adalah salah satu isu yang dimanipulasikan PAS bagi menarik sokongan rakyat terutamanya rakyat Kelantan.

Walaupun sudah jelas berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak, PAS tetap memainkan isu tersebut bagi menyemai sentimen kebencian pada rakyat.

Dengan memanipulasi isu royalti, PAS mampu menimbulkan satu persepsi bahawa kerajaan pusat menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Kesungguhan PAS memainkan isu royalti sememangnya tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan royalti adalah satu-satunya isu yang boleh membuat rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional.

Bagi memastikan isu royalti minyak ini terus hangat diperkatakan, satu pertubuhan bukan kerajaan yang digelar NGO R telah dibentuk. 

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh NGO R untuk menarik sokongan rakyat termasuk berhimpun di perkarangan mahkamah, berbasikal, berkonvoi dan sebagainya.

Memang banyak usaha yang telah dilakukan oleh NGO R dan PAS untuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan, kononnya, namun perjuangan itu dilihat sia-sia kerana rupanya pembayaran royalti minyak sebanyak 20% tiada dalam manifesto Pakatan Rakyat!

Bukan main lagi PAS menjaja isu royalti kepada rakyat dan memberi harapan kepada rakyat bahawa royalti minyak akan dibayar kepada Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada PRU13. Hari ini rupanya perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh kepimpinan Pakatan Rakyat kerana pembayaran royalti minyak kepada Kelantan langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Malah, aktivis-aktivis NGO R sendiri dilihat mula tidak senang duduk melihat manifesto Pakatan Rakyat. Mereka kini terpinga-pinga kerana isu yang mereka mainkan selama ini seolah-olah dipandang enteng oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.


Bukan sahaja aktivis-aktivis NGO R, malah penyokong-penyokong gerakan itu sendiri ada yang mula mempertikaikan keseriusan Pakatan Rakyat untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan.

klik untuk besarkan

Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak. 

Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 

Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.


Adakah alasan 'terlepas pandang' boleh dianggap relevan sedangkan isu royalti bukanlah satu isu yang kecil, malah penolakan rakyat terhadap BN khususnya di Kelantan adalah disebabkan manipulasi terhadap isu tersebut. 

Jika PAS melihat isu royalti sebagai isu yang besar dan wajib diperjuangkan demi masa hadapan rakyat Kelantan yang lebih baik, isu itu tidak sepatutnya dipandang enteng dan tidak wajar tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kini timbul persoalan adakah Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan?  Adakah perjuangan NGO R selama ini cuma salah satu usaha untuk terus mengelirukan rakyat Kelantan? 

Setelah apa yang berlaku, Presiden NGO R Nazri Deraman menghadap Anwar Ibrahim untuk memperbetulkan manifesto. Sampai gini mo lalu nah! Mudahnya mereka memperbetulkan manifesto, di kedai kopi pun boleh buat. Kita nantikan adakah pembayaran royalti minyak kepada Kelantan akan dimasukkan ke dalam manifesto versi cetak atau tandatangan Anwar Ibrahim itu tidak memberi apa-apa makna.

Manifesto dengan mudahnya dIperbetulkan semasa makan.

Berdasarkan apa yang telah terjadi, rakyat sepatutnya dapat menilai bahawa isu royalti minyak cuma retorik yang dimainkan oleh PAS.

Isu royalti minyak Kelantan adalah umpama isu hudud yang seringkali dibangkitkan menjelang pilihanraya, tetapi hakikatnya agenda pelaksanaan hukum hudud langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

PAS dahulunya sering merujuk Al-Quran, kini mereka merujuk Buku Jingga. Walhal apa yang ada di dalam Buku Jingga cuma retorik dan sekadar gula-gula untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.

Jika pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga sekalipun, adakah segala janji-janji mereka boleh dipercayai? Banyak janji-janji mereka selepas PRU12 masih belum ditunaikan, malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto bukan janji.

Jika manifesto bukan janji, untuk apa bentangkan kepada rakyat?

Jom saksikan seloka mengenai Buku Jingga oleh Nabil Raja Lawak dan Salleh Yaakob!



Saksikan juga fakta sebenar mengenai royalti minyak Kelantan berdasarkan perundangan.



"TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK LAYAK?"

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?