Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Friday, 6 September 2013

Banglo Mewah Milik Adik TG Nik Aziz Terbakar Akibat Balasan DOA K.O BN?

Saat ketika rumah mewah milik adik Nik Aziz dijilat api..
--
http://sebastianphiu.blogspot.com/2013/09/berkat-doa-hancur-umno-ko-umno-rumah.html
---
----
ANDA SEMUA MASIH INGAT VIDEO DIBAWAH??


Tu lah, dalam Al-Quran pun dah termaktub.. Kalau kita buat baik dengan orang, Allah akan balas dengan balasan yang baik... Bukan nak kritik atau kutuk.. Cuma.. Inilah realiti... [RUJUK HADIS]


ADAKAH INI RUPA BANGLO TERSEBUT DARI JAUH? WALLAHUALAM..

Alamat:
KG.PULAU
MELAKA,SERING,
16150 KOTA BHARU,
KELANTAN



PENDAPAT RAKAN-RAKAN BLOGGERS:


CTS:
Kita mengucapkan takziah di atas kemalangan yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. CTS bukannya apa, andai kemalangan di atas berlaku kepada pemimpin atau kaum kerabat BN, pastinya kemalangan tersebut akan dilabel bala oleh peyokong-penyong PR. 
Rumah banglo dua tingkat milik adik kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbakar dalam kejadian di Pulau Melaka petang semalam. Rumah Nik Din Nik Mat itu juga dikatakan terletak berhampiran dengan rumah Nik Aziz. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Polis sekarang ini sedang menyiasat punca kejadian tersebut.
KLIK [SINI] UNTUK SELANJUTNYA. 

KEDAH KE KL:


INFO! Gambar Rumah Adik Nik Aziz Terbakar!!
Gambar kebakaran diatas adalah rumah adik kepada bekas Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz Nik Mat), yang mana rumahnya terletak berdekatan dengan rumah Nik Aziz di Pulau Melaka telah mengalami kebakaran. Tidak diketahui bila kebakaran itu berlaku. Tetapi, Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa. 
Cantik rumah, hijau warnanya. he he.. Sebab kebakaran tidak diketahui, mungkin harga minyak naik, sebab tu rumah beliau terbakar! Ehh.. termelalut pulak.
KLIK [SINI] UNTUK SELANJUTNYA.

Sunday, 5 May 2013

#TukarKelantan #PRU13 : TERKINI! BN mendahului di Kelantan!

Rakyat keluar mengundi BN - Sumber gambar : Facebook

Mengikut trend nasional, BN dikatakan sedang mendahului di negeri Kelantan setakat jam 1 tengahari tadi. InsyaAllah jika trend ini berterusan, BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru esok.

Berdasarkan trend sekarang, kemungkinan besar momentum PRU11 akan berulang di mana rakyat memberikan sokongan hebat kepada BN.

Trend ini bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain dan peringkat pusat juga. Penulis yakin BN akan memenangi 2/3 majoriti.

Masih ada masa lagi untuk rakyat Kelantan keluar mengundi. Pastikan undi Barisan Nasional untuk Kelantan baru, Kelantan maju.

Berikut adalah gambar calon BN Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato Fatmi keluar mengundi pagi tadi.

Tan Sri Annuar Musa beratur bersama rakyat
Dato Fatmi selesai mengundi

TUKAR!

Saturday, 4 May 2013

#TukarKelantan : 57 faedah buat rakyat Kelantan jika BN menang. #PRU13 #GE13


57 perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan jika BN menang telah diumumkan oleh BN Kelantan.

Berikut adalah senarai 57 faedah yang bakal dinikmati rakyat Kelantan.


AKU JANJI DATO' SRI NAJIB

1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU.
2. STADIUM BARU.
3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR.
4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA.
5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK.
7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU.
8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.

IKRAR DATO' PA

9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI.
10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI.
11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.

SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK

12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH.
13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK.
14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH.
15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK.
17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK.
18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.

PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH.
20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI.
21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ.
22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.

PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN.
24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.

SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA

26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000.
27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000.
28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000.
29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA

30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500
31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100.
32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500.
35. BANTUAN ANAK YATIM RM300.
36. BANTUAN OKU RM1,500.
37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG

38. IJAZAH PERTAMA RM1,500.
39. DIPLOMA RM1,000
40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800.
41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.

KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA

42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN.
43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU.
44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA.
46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.

HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA

47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH.
48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB.
49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT.
50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU.
51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.

GERAN KEPADA NGO

52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.

KEMUDAHAN ASAS

53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA.
55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS.
56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN.
57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.

Lihat video komen Pengerusi Gerakan TUKAR Negeri Kelantan, saudara Kamarudin Kasim (Jogho Kelate) mengenai 57 faedah yang menanti rakyat Kelantan jika BN memerintah.


Friday, 3 May 2013

#TukarKelantan : 7 tanda kebangkitan rakyat Kelantan menjelang PRU13. #PRU13 #GE13

1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.

Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar

2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.


Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan

3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.

Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa

4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.

PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera

5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal). 

Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti

6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.

TUKAR vs KEKAL

7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.

Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli

Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.

Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!


[VIDEO] N42 DUN Dabong : Dato Ramzi harapan rakyat. #TukarKelantan #PRU13 #GE13


Rakyat Kelantan yang mengundi di N42 DUN Dabong diseru supaya memilih Dato Ramzi Abdul Rahman dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat.

Dato Ramzi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai pernah menjadi ADUN Dabong dari tahun 2004 sehingga 2008.

Sepanjang tempoh tersebut, BN telah banyak membawa pembangunan di Dabong. Antara pembangunan yang dibuat BN adalah Jambatan Dabong yang menjadi ikon kepada rakyat di sana.

Dato Ramzi juga sewaktu berkhidmat sebagai ADUN Dabong telah membawa masuk perkhidmatan telefon ke Dabong. Sebelum itu, tiada perkhidmatan telefon di sana.

Masalah bekalan elektrik juga telah berjaya diselesaikan oleh BN ketika itu. Banyak kawasan di Dabong yang tidak mendapat bekalan elektrik sebelum itu.

Jika BN sekali lagi diberi mandat untuk mewakili rakyat Dabong ke sidang DUN Kelantan, Dato Ramzi berjanji akan menyambung pembangunan yang terhenti sejak DUN tersebut diambilalih oleh calon PAS pada PRU12 yang lepas.

Jelas Dato Ramzi, Dabong adalah kawasan pedalaman yang memerlukan pembelaan dari kerajaan Barisan Nasional. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Dabong.

Ditanya mengenai kepimpinan Dato Seri Najib, beliau berkata Dato Seri Najib telah berjaya membawa transformasi kepada negara dalam pelbagai bidang.

Contoh sumbangan kerajaan yang banyak membantu rakyat adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Pada tahun 2012, seramai 22,000 ketua isi rumah menerima BR1M di Kuala Krai. Pada tahun 2013, 28,800 termasuk golongan muda menerima BR1M 2.0.

Dato Ramzi berharap rakyat akan terus memberi mandat dan sokongan kepada BN kerana BN terbukti sebuah parti yang menepati janji.

Beliau mengingatkan supaya membuat keputusan dengan tenang dan tidak mengikut emosi.

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 : Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman bakal diboikot kerana bersama BN?

Danny X-Factor & Syed mengedar manifesto BN bersama Hj. Anuar Safian - Gambar Berita Harian
Selepas beberapa artis terkenal tanahair seperti Johan Raja Lawak, Salleh Yaacob, Afdlin Shauki dan ramai lagi artis yang pro Barisan Nasional diboikot penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang, kali ini mungkin giliran Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman pula diboikot?

Danny dan Syed kelmarin mengiringi calon BN Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Safian mengedarkan manifesto BN di Kubang Kerian.

Hj. Anuar Safian adalah anak jati Kubang Kerian dan bakal merebut kerusi tersebut bersama calon PAS, Ahmad Baihaqi Atiqullah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata perumahan adalah antara masalah besar di Kelantan yang gagal diselesaikan PAS sekalipun meneraju kerajaan negeri lebih dua dekad. 

Segala pembangunan yang ada di Kubang Kerian ketika ini adalah projek kerajaan persekutuan termasuk yang terbaru Jambatan Pasir Hor bernilai hampir RM100 juta.

Beliau akan memberi fokus pada rumah mampu milik sekiranya diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah

Tuesday, 30 April 2013

#TukarKelantan : Kempen Nik Aziz di KB Mall tidak dapat sambutan? #PRU13 #GE13


Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan.

Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi kemudian digantikan oleh Timbalan MB Kelantan.

Gambar Nik Aziz di banner pun tidak menarik orang ramai untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong. Mungkin wajah Nik Aziz kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan Nik Aziz. Bukan sahaja majlis seperti ini, malah ceramah-ceramah berkelompok PAS di Kelantan juga hambar.

PAS cuma mengharapkan ceramah-ceramah utama yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka.

Jom tukar kerajaan Kelantan pada 5 Mei nanti!

Monday, 29 April 2013

#TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" - Dato Seri Mustapa Mohamed #PRU13 #GE13


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.

Baca lebih lanjut di Astro Awani.

#TukarKelantan : Nik Aziz Ulama Paling Kaya Di Malaysia?


Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini baru tanah sahaja, dan difahamkan nilai semasa kesemua tanah bernilai RM 4 juta, itupun belum lagi dikira stesen minyak Petronas yang dimiliki oleh isterinya. Kesemua harta ini diperolehi setelah Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan. Jadi tidak mustahillah Nik Aziz boleh dinobatkan sebagai "Ulama Zudud Terkaya Di Malaysia".

Lihat sendiri bukti-bukti harta kekayaan Nik Aziz dan isterinya. Penulis tertanya berapakah pendapatan bulanan Nik Aziz dan isterinya yang dikatakan hanya suri rumah? Jika mempunyai perniagaan apakah perniagaannya.


Klik gambar untuk besarkan.







Esok Nik Aziz masuk spital pulok tak seko banyak harto...

Sunday, 28 April 2013

#TukarKelantan : Ustaz Zainal Abidin dakwa hudud PAS satu pembohongan


Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang kelmarin menempelak PAS kerana masih menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Beliau menyatakan PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

Tindakan PAS terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.



Beliau memberi komen mengenai hudud selepas menyampaikan ceramah di hadapan Markas BN PDM Pasir Tok Kambing yang dihadiri sekitar 1000 orang.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengkritik hebat kepimpinan Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan yang dilihat gagal membangunkan Kelantan.

Beliau mendedahkan satu persatu kenyataan Nik Aziz yang boleh disifatkan wahabi dan mengelirukan umat Islam serta boleh menjejaskan aqidah.

Beliau menayangkan bukti-bukti video melalui paparan skrin besar untuk menyokong segala kritikannya terhadap Nik Aziz.

Rakyat Kelantan diseru untuk menolak ulamak politik seperti Nik Aziz yang dilihat lebih berperanan memecahbelahkan dan mengelirukan umat Islam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan PAS bergabung bersama DAP yang dahulunya mereka label sebagai syaitan, dan dalam masa yang sama menolak perpaduan bersama UMNO.

Ceramah itu juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang juga merupakan calon P024 Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Hj. Safian.

Lihat gambar-gambar sekitar ceramah kelmarin.







Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Thursday, 25 April 2013

#TukarKelantan : Bukti Tarian Kucing Garong 600m Dari Rumah Nik Aziz. #GE13 #PRU13


Blog Tukar Kelantan sebelum ini pernah mendedahkan lokasi kedai yang bertukar menjadi "tarian punggung" yang terletak cuma 600 meter dari rumah Nik Aziz.

Tujuan pendedahan itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan persoalan mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan kerajaan negeri.

Turut menjadi persoalan adalah bagaimana kedai yang terletak begitu hampir dengan rumah ulamak yang diagung-agungkan penyokong-penyokong PAS itu boleh beroperasi pada lewat malam dan bebas memainkan musik dengan kuat, malah menayangkan tarian lucah.

Oleh kerana video tersebut banyak dikritik kesahihannya kononnya ia adalah satu fitnah, kali ini video yang lebih jelas menunjukkan lokasi kedai tersebut dan jaraknya dengan rumah Nik Aziz dikeluarkan.



Pendedahan asal mengenai aktiviti kedai tersebut boleh dilihat di pautan ini. Laporan mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di pautan ini.

#TukarKelantan : Rungutan peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah kepada kerajaan PAS #PRU13

Melihat bendera-bendera PAS banyak digantung di dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, penulis sangkakan peniaga-peniaga di pasar tersebut majoritinya menyokong PAS. Rupanya sebaliknya!

Rata-rata peniaga yang penulis temui tidak berpuas hati dengan urustadbir pasar tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.

Pelbagai rungutan yang dilontarkan termasuklah keadaan pasar yang tidak diurustadbir dengan baik, kos yang dikenakan dan peraturan yang tidak dikenakan mengikut yang sepatutnya.

Mereka mempertikaikan kecekapan pengurusan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pihak peniaga berkata mereka sudah banyak kali membuat aduan namun tiada tindakan susulan diambil. 

Puan Rohana Jaafar merungut mengenai jumlah pengunjung yang makin berkurang

Seorang peniaga yang telah lama berniaga di sana, Puan Rohana Jaafar berkata jumlah pengunjung yang datang ke pasar tersebut pernah mencapai 1 juta orang. Kini jumlah pengunjung yang datang kurang 500 orang seminggu. 

Mohd Kassim Hassan pernah memohon kipas dipasang tetapi tidak diluluskan MPKB

Selain itu, peniaga juga merungut tentang keadaan pasar yang panas dan tidak memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna. 

Mohd Kassim Hassan berkata semasa beliau menjadi pengerusi peniaga pernah membuat surat untuk memohon kipas dipasang di pasar tersebut. Permohonannya mendapat kelulusan UMNO Bahagian Kota Bharu, namun Majlis Perbandaran pula tidak memberi kelulusan.

Mohd Razali Ismail berkata peraturan pasar tidak dikuatkuasakan MPKB

Mohd Razali Ismail yang sudah 40 tahun berniaga di pasar berkenaan menyatakan hasrat untuk melihat pasar berkenaan ditambahbaik, barang-barang jualan teratur dan peraturan dikuatkuasakan. 

Ada peniaga yang tidak mengikut peraturan dengan menjual barangan runcit di tingkat bawah. Ini menjejaskan pendapatan peniaga lain. 

Katanya peraturan dikuatkuasakan dengan baik pada zaman pemerintahan BN tetapi berubah sejak diambilalih kerajaan PAS.

Beliau berharap jika BN berjaya mengambilalih kerajaan Kelantan, pasar berkenaan akan dibaikpulih kerana Dato Seri Najib semasa melawat pasar berkenaan telah berjanji untuk membaikpulih pasar.

Pasar berkenaan menempatkan lebih 1500 peniaga dan dibina ketika Barisan Nasional mentadbir Kelantan pada tahun 1986.

Saksikan video temubual bersama peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah. Kredit kepada Astro Awani.

BN menang, Rakyat senang. TUKAR!

Wednesday, 24 April 2013

#TukarKelantan #PRU13 : Sidang Media BN Kelantan (23 April 2013)

Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media BN, Kota Bharu semalam. Sidang media diketuai Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, Datuk Hassan bin Harun. Beliau adalah mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, dua kali telah tercalon iaitu pada 70an dan awal 80an, dan pernah bertanding melawan dengan Datuk Haji Nik Aziz pada tahun 1982 tetapi nasibnya tidak baik pada masa itu dan tidak menang.

Beliau berharap BN akan menang kali ini dan selaku Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, beliau akan membuat tinjauan seluruh Kelantan.

Beliau melahirkan rasa dukacita atas kematian jurukamera RTM, Allahyarham Yaacob di Gua Musang yang diserang sakit jantung selepas berlaku pertengkaran di hadapan rumahnya berhampiran Pejabat PAS Gua Musang.

Turut hadir di sidang media berkenaan adalah calon BN DUN Bunut Payong, Ustaz Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim yang berkelulusan dalam bidang agama dan juga calon DUN Panchor, Che Rosli. Datuk Hassan yakin bahawa kedua-dua calon tersebut memang layak untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Beliau berpendapat DUN Bunut Payong adalah istimewa kerana DUN tersebut dianggap kawasan berpontensi besar untuk dimenangi BN. Jika menang, ia akan menambah lagi kerusi untuk DUN bagi memenangi negeri Kelantan.

Beliau juga berkata wujud pergolakan ahli-ahli parti PKR di kawasan-kawasan tersebut.

"Saya difahamkan calon-calon bukan orang tempatan sedangkan pemimpin-pemimpin parti di tempat itu sudah ada calon yang rakyat minat, tiba-tiba bawa turun orang yang tidak dikenali. Bagi pendapat saya, ini merupakan satu class point untuk Barisan Nasional sekiranya calon-calon ini ditolak ke bawah sekaligus menimbulkan suasana resah dan kemungkinan kita ada peluang lebih baik untuk diterima oleh rakyat," kata beliau.

Menjawab soalan wartawan mengenai perjalanan kempen BN, beliau berkata jentera pilihanraya mulai panas.

"Saya pergi di Kubang Kerian semalam, ia menunjukkan bahawa pihak di bawah sudah menunggu sahaja untuk melakukan apa yang sepatutnya dalam pilihanraya ini. Saya rasa bukan Kubang Kerian sahaja, Kubang Kerian itu sudah terkenal dari dulu sebagai satu kawasan hitam, sekarang ini menjadi kawasan harapan. Malahan di Pasir Tumboh itu sendiri yang tidak pernah dimasuki oleh pihak BN. Kita boleh masuk di kawasan pondok dan apabila salah seorang penceramah bebas dari pihak kita membuat perjumpaan di sana, bukan seorang dua, malah ribuan manusia. Dua tiga malam lepas di Padang Enggang, sampai 4000 orang keluar, tidak pernah berlaku sebelum ini. Menunjukkan perubahan di bawah, ini menunjukkan imsplikasi apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.

Ditanya mengenai pengumuman manifesto PAS, beliau berkata PAS tidak membuat apa-apa dan janji-janji mereka juga tidak tertunai.

Beliau berkata BN telah membuat banyak pembangunan di bandar Kota Bharu.

"Kamu semua boleh tengok bangunan, jalanraya itu semuanya yang didatangi dari Kerajaan Persekutuan. Bukan dari duit kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak pernah pun, malahan hasil dalam negeri Kelantan sekadar cukup-cukup untuk membayar gaji. Kalau tidak ada “capitation ground”, Kelantan tidak akan dapat lihat apa yang ada sekarang ini. Kerajaan BN tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Saya rasa sebab ini untuk rakyat, kita tidak menunjuk-nunjuk kita buat sesuatu, sebab ini sudah “natural” dari Kerajaan Persekutuan. Itu menandakan macam sekolah, hospital, bayangkan hospital di Kota Bharu sahaja, kita ada dua hospital hospital besar, Hospital Kubang Kerian dan Hospital Kerajaan Kota Bharu," tegas beliau.

Ditanya mengenai peluang BN untuk merampas Parlimen Pengkalan Chepa, beliau berkata "Sebenarnya perkataan kubu kuat PAS atau “metal box”, kita hanya rasa kubu kuat PAS, kubu kuat PAS lah tapi dengan kerja kuat yang kita telah buat, sudah tidak jadi kubu kuat PAS lagi. Kita tengok cara pemikiran rakyat hari ini,rakyat sudah sedar bahawa PAS hari ini menggunakan agama untuk kepentingan politik, bukan hendak menggunakan agama dengan cara yang betul. Hari ini kita tengok penyelewengan pemikiran PAS, yang sanggup berkorban dengan kalimah ALLAH, sanggup memberi ruang kepada yang lain, sanggup berkorban dengan berkaitan kesucian agama Islam. Sebab itu hari ini, orang tua sudah mula berubah."

Tuesday, 23 April 2013

#TukarKelantan : Imam muda PAS didakwa pukul penggawa UMNO. Tolak politik samseng!


KOTA BHARU, 23 April - Seorang imam muda dan seorang penghulu masyarakat sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencetuskan pergaduhan yang berlaku di Kampung Permatang Gading di Pasir Puteh pada 20 April lalu. 
Mohd Quawes Al-Khusrony, 26, dan Mohd Zulkepli Ismail, 51, dituduh telah bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu. 
Kedua-duanya telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000. 
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh itu. 
Mohd Yusoff juga mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-duanya. 
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam. 
Difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana perbezaan politik. 
- BERNAMA

Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.

Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.

Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.

Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran.

Bo pioh setaro demo! Blana blana blana!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?