Tuesday 30 April 2013

#TukarKelantan : Ibrahim Ali menyahut cabaran Takiyuddin.

Report polis telah dibuat oleh Dato' Paduka Ibrahim Ali berhubung pendedahan pemilikan tanah Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang bernilai 4 juta.

Justeru itu, penulis beranggapan ini adalah permulaan sahutan oleh Ibrahim Ali kepada Takiyuddin yang mencabar Ibrahim Ali untuk membawa isu kepada pihak berkuasa.


Kemana Nik Aziz yang diam membisu untuk menjawab pertuduhan terhadap beliau? Adakah Takiyuddin ini jelmaan tubuh badan Nik Aziz?

Pssst... Sedap jugok duk spital wad VIP ni....

#TukarKelantan : Kempen Nik Aziz di KB Mall tidak dapat sambutan? #PRU13 #GE13


Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan.

Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi kemudian digantikan oleh Timbalan MB Kelantan.

Gambar Nik Aziz di banner pun tidak menarik orang ramai untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong. Mungkin wajah Nik Aziz kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan Nik Aziz. Bukan sahaja majlis seperti ini, malah ceramah-ceramah berkelompok PAS di Kelantan juga hambar.

PAS cuma mengharapkan ceramah-ceramah utama yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka.

Jom tukar kerajaan Kelantan pada 5 Mei nanti!

#PRU13 : Pengundian awal bermula, anggota keselamatan pasti pilih BN. #GE13

Suasana pengundian awal di Kem Briged 8 Pengkalan Chepa, Kelantan pagi ini.

Pengundian awal bagi Pilihanraya Umum Ke-13 bermula hari ini (30 April 2013). Selepas berlalunya PRU12 5 tahun lalu, kini tiba masanya untuk anggota keselamatan negara memilih kembali parti yang dirasakan layak untuk diberikan mandat memerintah Malaysia.

Berdasarkan situasai semasa, penulis yakin undi anggota keselamatan masih lagi akan berpihak kepada BN seperti biasa.

Anggota keselamatan pastinya terharu dan berterima kasih kepada kerajaan atas pendekatan yang diambil kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.

Peristiwa berdarah itu membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan kedaulatan tanahair dan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diambil berat.

Berbeza dengan pihak Pakatan Pembangkang, mereka sejak dahulu seringkali menghina anggota keselamatan termasuklah melabel anggota keselamatan sebagai anjing kerajaan.

Ada juga yang menganggap peristiwa berdarah di Lahad Datu sebagai satu sandiwara di saat anggota keselamatan bermandi darah memperjuangkan kedaulatan negara.

Pakatan Pembangkang jugalah yang menghina polis setiap kali mereka mengadakan demonstrasi jalanan. Mereka jugalah yang sering mencari jalan untuk bertempur dengan pihak polis di jalan raya.

Apa yang berlaku pastinya tidak dilupakan anggota keselamatan negara. Mereka cukup bijaksana untuk menilai mana intan dan mana kaca.

Untuk apa mereka menyokong pihak yang sering menghina kerjaya mereka sedangkan ada pihak yang sering menjaga kebajikan mereka. Penulis yakin anggota keselamatan bersama keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Mereka sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tinggal tanggungjawab kita sebagai rakyat biasa untuk keluar mengundi pada 5 Mei nanti dan memastikan BN terus diberi mandat untuk memerintah negara.

Monday 29 April 2013

#TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" - Dato Seri Mustapa Mohamed #PRU13 #GE13


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.

Baca lebih lanjut di Astro Awani.

#TukarKelantan : Nik Aziz Ulama Paling Kaya Di Malaysia?


Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini baru tanah sahaja, dan difahamkan nilai semasa kesemua tanah bernilai RM 4 juta, itupun belum lagi dikira stesen minyak Petronas yang dimiliki oleh isterinya. Kesemua harta ini diperolehi setelah Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan. Jadi tidak mustahillah Nik Aziz boleh dinobatkan sebagai "Ulama Zudud Terkaya Di Malaysia".

Lihat sendiri bukti-bukti harta kekayaan Nik Aziz dan isterinya. Penulis tertanya berapakah pendapatan bulanan Nik Aziz dan isterinya yang dikatakan hanya suri rumah? Jika mempunyai perniagaan apakah perniagaannya.


Klik gambar untuk besarkan.







Esok Nik Aziz masuk spital pulok tak seko banyak harto...

#TukarKelantan : Nik Aziz Miliki Tanah Bernilai 4 Juta

Hari ini Presiden PERKASA, Dato' Paduka Ibrahim Ali membuat pendedahan pemilikan tanah Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang bernilai RM 4 juta.

Macam mana seorang yang dianggap zuhud oleh penyokongnya memiliki harta sebanyak itu?

Berita lanjut menyusul kemudian....



[VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Oleh Kickdefella Cabar Husam!


"Kafankan Husam di Salor, Kuburkan Husam di Putrajaya". Itulah kata-kata seorang penduduk Salor iaitu sekampung dengan Husam Musa yang sudah masak dengan perangai penipuannya setelah sekian lama. Tidak puas dengan menipu rakyat Kelantan, Husam Musa cuba untuk menguji taktik penipuannya di Putrajaya.

Ikuti pendedahan lanjut dari Kickdafella yang merupakan teman rapat Husam Musa suatu ketika dahulu.




Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa.



Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya mudah percaya jelmaan penasihat 25%.

Baca selanjutnya : - Double Y

Rakyat tak sabar nok tengok Huse Muso debat dengan Kickdafella weiiii...

Sunday 28 April 2013

#TukarKelantan : Ustaz Zainal Abidin dakwa hudud PAS satu pembohongan


Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang kelmarin menempelak PAS kerana masih menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Beliau menyatakan PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

Tindakan PAS terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.



Beliau memberi komen mengenai hudud selepas menyampaikan ceramah di hadapan Markas BN PDM Pasir Tok Kambing yang dihadiri sekitar 1000 orang.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengkritik hebat kepimpinan Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan yang dilihat gagal membangunkan Kelantan.

Beliau mendedahkan satu persatu kenyataan Nik Aziz yang boleh disifatkan wahabi dan mengelirukan umat Islam serta boleh menjejaskan aqidah.

Beliau menayangkan bukti-bukti video melalui paparan skrin besar untuk menyokong segala kritikannya terhadap Nik Aziz.

Rakyat Kelantan diseru untuk menolak ulamak politik seperti Nik Aziz yang dilihat lebih berperanan memecahbelahkan dan mengelirukan umat Islam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan PAS bergabung bersama DAP yang dahulunya mereka label sebagai syaitan, dan dalam masa yang sama menolak perpaduan bersama UMNO.

Ceramah itu juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang juga merupakan calon P024 Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Hj. Safian.

Lihat gambar-gambar sekitar ceramah kelmarin.







Saturday 27 April 2013

#PRU13 : Janji Husam Yang Gagal Di Kelantan #TukarKelantan #Vote4BN #LainKaliLah


Seperti yang dijanjikan dalam page TUKAR Kelantan , kali ini penulis sendiri membuat tinjauan ke atas 'SUMBANGAN' yang boleh dikatakan tidak kelihatan oleh mata kasar manusia yang Husam Musa buat kepada rakyat Kelantan yang di tulis di dalam husammusa.com semalam.



Untuk mendapat kepastian dan kepuasan, penulis sendiri bergerak ke tempat 'Projek Mega' Husam ini. Antaranya ialah Pembinaan Stadium Bukit Merbau dan Pembinaan Bandar Baru Tunjong. Projek Lebuhraya Rakyat penulis tidak pergi kerana telah didedahkan oleh sahabat penulis di Tukar-Kelate sebelum ini.




Bermula di tapak 'Projek Mega' Bandar Baru Tunjong yang hanya gah di hadapan papan kenyataan. Tetapi hakikatnya di belakang papan tanda tersebut tiada apa-apa gerak kerja dilakukan di sana. Penulis hanya melihat sebilangan kecil batang konkrit yang tertanam tidak sampai sepuluh batang. Adakah bandar ini hanya memerlukan 10 batang konkrit? 


Kalau diikutkan dari papan ini, tarikh mula projek ialah 2 Julai 2012 dan tarikh siap 26 Ogos 2012. Penulis agak hairan kerana hanya mengambil masa 56 hari untuk menyiapkan sebuah bandar yang tersenggam indah ini jika dilihat dari papan kenyataan. Tetapi sekarang sudah 2013. Di mana 'Tunjong Pavilion' itu? Adakah hanya boleh dilihat oleh orang bunian seperti 'Projek Mega' PAS sebelum ini.


Nampaknya rakyat Kelantan sudah kena main dengan Husam. Hanya tau menyebut pelbagai projek sahaja. Tetapi tiada gerak kerja projek dilakukan selepas pecah tanah dilakukan. Sekarang ini papan kenyataan 'Tunjong Pavilion' hanya menjadi sejarah Kelantan sahaja.


Inilah dia gambaran bandar yang bakal dibina oleh Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi bila? Penulis sendiri pun tiada jawapannya sebab penulis bukan wakil dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Tanyalah Husam Musa itu sendiri. Bila nak buat Bandar Baru Tunjong ini? Untuk lebih lanjut di Tukar-Kelate 



Semasa penulis dalam perjalanan ke Bukit Merbau, terdapat banyak banner yang dipasang sempena 'Majlis Pecah Tanah Stadium' ini. Penulis terasa teruja untuk mengambil gambar ini kerana banner ini adalah banner yang paling besar tentang 'Majlis Pecah Tanah' tersebut yang terletak di Bukit Merbau untuk tatapan semua.
Bertapa gembiranya mereka memecah tanah. Tetapi kerja pembinaan 'HAMPEH'.


Ini adalah jalan masuk untuk menuju ke tapak pembinaan stadium tersebut. Alhamdulillah, semasa penulis masuk ke kampung untuk menuju ke tapak Stadium, jalan kampung tersebut dipenuhi dengan bendera Barisan Nasional dan terdapat beberapa pos BN berbanding dengan Pos PAS yang tiada langsung dalam kampung tersebut.

Memang tidak masuk akal kerana tapak pembinaan stadium tersebut terletak di dalam sebuah kampung dan mempunyai jalan yang sempit. Mereka tidak fikirkah apa akan terjadi jika lori yang besar-besar keluar masuk jalan kampung apabila projek dimulakan? Sudah tentu membahayakan penduduk kampung terutamanya kanak-kanak yang bermain di tepi jalan. Persoalannya projek 'AKAN' bermula ke? haha.


Inilah dia rupa Batu Asas Stadium Bukit Merbau. Memang susah untuk penulis mencari tapak pembinaan stadium ini. Penulis sampai ni pun sebab ada seorang pemuda kampung yang menunjukkan. Tapak stadium ini terletak kira-kira 3 kilometer dari jalan raya. FUHH!! memang strategik tempat ini kerana terletak di dalam hulu kampung. Silap-silap nanti orang luar yang hendak menonton bola sepak pun sesat.

Haaaa..Nampaknya projek fasa pertama sudah dimulakan oleh Husam. Projek fasa pertamanya ialah proses memendekkan rumput. Hahaha. Lembu inilah sebagai kontraktor Husam yang diberi upah makanan kepadanya.


Inilah rupa tapak Stadium Bukit Merbau. Di mana jentolak, di mana jentera-jentera besar? Haha. Jangan tanya penulis. Tanyalah Husam Musa. Ini semua hasil rancangannya. Majlis Pecah Tanah pada 30 Mac 2013 apabila pada tahun 2012 ditunda beberapa kali. Penulis rasa mereka pecah tanah pun sebab darurat sangat kerana hampir dengan PRU13, kan Husam? 


Inilah kata-kata rakyat Kelantan kepada Kerajaan PAS Kelantan. Anak-anak Kelantan yang tinggal di luar dan hanya balik mengundi di Kelantan patut TUKAR kerana PAS Kelantan hanya tau berjanji, tetapi tidak melaksanakannya. Kasihan kepada adik kakak kita yang tinggal di Kelantan ini terutamanya warga emas dan anak muda Kelantan. Hanya menagih janji palsu Kerajaan PAS Kelantan. 


Pastikan anda pilih Barisan Nasional pada PRU13 ini. Penduduk di Putrajaya dan Salor, ayuh sama-sama kita tolak Husam Musa kerana beliau GAGAL menunaikan janjinya di Kelantan tetapi menaruh janjinya lagi di Putrajaya. Sudah terang lagi bersuluh. Di P.125 Parlimen Putrajaya mari kita mengundi Tengku Adnan dan di N.017 DUN Salor mari kita mengundi Mohamad Nordin Awang sebagai wakil rakyat kita.


Kafankan Husam di Salor, 
Kuburkan Husam di Putrajaya.

Sumber : Kaki Rayau KB







#TukarKelantan: Adakah Rakyat Kelantan Masih Ingat Akan Projek Tunjong Pavilion? #PRU13


Tengoklah sendiri betapa gahnya gambaran projek Tunjong Pavilion yang dipelopori sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Kelantan ini. Tinggi sungguh imaginasi mereka hinggakan rakyat ibarat 'batang kayu' menunggu. Projek ini sepatutnya sudah siap pada bulan ogos tahun lepas lagi, tetapi kenapa yang ada hanyalah tanah lapang sahaja hingga sekarang? Rejim Nik Aziz patut jawab ini.



Projek ini menjanjikan pembaharuan seperti yang terdapat didalam gambar diibawah:


Disini dilampirkan screen shot laman web rasmi TUNJONG PAVILION:


Apa yang perlu dijawab oleh Rejim Nik Aziz sekarang ialah apa yang dibuktikan oleh gambar-gambar dibawah:





Sampai bila kita nak tertipu dan diperbodohkan macam ni? Ini semua hanyalah auta mereka supaya Kerajaan Pusat dapat mengambil alih. Kesimpulan kat sini ringkas sahaja...

KITA TUKAR!!





Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Thursday 25 April 2013

#TukarKelantan : Bukti Tarian Kucing Garong 600m Dari Rumah Nik Aziz. #GE13 #PRU13


Blog Tukar Kelantan sebelum ini pernah mendedahkan lokasi kedai yang bertukar menjadi "tarian punggung" yang terletak cuma 600 meter dari rumah Nik Aziz.

Tujuan pendedahan itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan persoalan mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan kerajaan negeri.

Turut menjadi persoalan adalah bagaimana kedai yang terletak begitu hampir dengan rumah ulamak yang diagung-agungkan penyokong-penyokong PAS itu boleh beroperasi pada lewat malam dan bebas memainkan musik dengan kuat, malah menayangkan tarian lucah.

Oleh kerana video tersebut banyak dikritik kesahihannya kononnya ia adalah satu fitnah, kali ini video yang lebih jelas menunjukkan lokasi kedai tersebut dan jaraknya dengan rumah Nik Aziz dikeluarkan.



Pendedahan asal mengenai aktiviti kedai tersebut boleh dilihat di pautan ini. Laporan mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di pautan ini.

#TukarKelantan : Rungutan peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah kepada kerajaan PAS #PRU13

Melihat bendera-bendera PAS banyak digantung di dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, penulis sangkakan peniaga-peniaga di pasar tersebut majoritinya menyokong PAS. Rupanya sebaliknya!

Rata-rata peniaga yang penulis temui tidak berpuas hati dengan urustadbir pasar tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.

Pelbagai rungutan yang dilontarkan termasuklah keadaan pasar yang tidak diurustadbir dengan baik, kos yang dikenakan dan peraturan yang tidak dikenakan mengikut yang sepatutnya.

Mereka mempertikaikan kecekapan pengurusan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pihak peniaga berkata mereka sudah banyak kali membuat aduan namun tiada tindakan susulan diambil. 

Puan Rohana Jaafar merungut mengenai jumlah pengunjung yang makin berkurang

Seorang peniaga yang telah lama berniaga di sana, Puan Rohana Jaafar berkata jumlah pengunjung yang datang ke pasar tersebut pernah mencapai 1 juta orang. Kini jumlah pengunjung yang datang kurang 500 orang seminggu. 

Mohd Kassim Hassan pernah memohon kipas dipasang tetapi tidak diluluskan MPKB

Selain itu, peniaga juga merungut tentang keadaan pasar yang panas dan tidak memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna. 

Mohd Kassim Hassan berkata semasa beliau menjadi pengerusi peniaga pernah membuat surat untuk memohon kipas dipasang di pasar tersebut. Permohonannya mendapat kelulusan UMNO Bahagian Kota Bharu, namun Majlis Perbandaran pula tidak memberi kelulusan.

Mohd Razali Ismail berkata peraturan pasar tidak dikuatkuasakan MPKB

Mohd Razali Ismail yang sudah 40 tahun berniaga di pasar berkenaan menyatakan hasrat untuk melihat pasar berkenaan ditambahbaik, barang-barang jualan teratur dan peraturan dikuatkuasakan. 

Ada peniaga yang tidak mengikut peraturan dengan menjual barangan runcit di tingkat bawah. Ini menjejaskan pendapatan peniaga lain. 

Katanya peraturan dikuatkuasakan dengan baik pada zaman pemerintahan BN tetapi berubah sejak diambilalih kerajaan PAS.

Beliau berharap jika BN berjaya mengambilalih kerajaan Kelantan, pasar berkenaan akan dibaikpulih kerana Dato Seri Najib semasa melawat pasar berkenaan telah berjanji untuk membaikpulih pasar.

Pasar berkenaan menempatkan lebih 1500 peniaga dan dibina ketika Barisan Nasional mentadbir Kelantan pada tahun 1986.

Saksikan video temubual bersama peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah. Kredit kepada Astro Awani.

BN menang, Rakyat senang. TUKAR!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?