Saturday 16 February 2013

16,000 rakyat Kelantan bakal berhimpun di Bukit Jalil!



Selepas sejarah baru 2013 tercipta semalam apabila hampir 10,000 rakyat Kelantan berhimpun di perkarangan bangunan UMNO Kelantan, satu lagi himpunan besar-besaran rakyat Kelantan akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013.

Himpunan Perdana Anak-Anak Kelate Di Perantauan itu dijangka akan dihadiri lebih 16,000 anak-anak Kelantan. Himpunan yang kali kedua akan diadakan itu akan berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga jam 6.30 petang. Objektif program adalah bagi merapatkan ukhwah rakyat Kelantan yang tinggal di perantauan  khususnya di sekitar Lembah Klang.

Pelbagai aktiviti telah disusun sempena program itu seperti pertandingan paintball, street soccer, dikir barat, pameran dan sebagainya. Rakyat Kelantan yang hadir juga berpeluang bertemu pemain-pemain The Red Warriors.

Persembahan juga bakal disajikan oleh artis-artis ternama seperti Black, Nash, Jay Jay, Aisyah AF, Ain AF, Zizi AF dan Akmal AF.

Acara kemuncak bagi program tersebut adalah amanat khas daripada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Hadirin yang bertuah bakal membawa pulang sebuah Proton Saga FLX 1.3 bernilai RM75,000.

Ayuh anak-anak Kelantan, kita penuhkan Stadium Putra Bukit Jalil seperti gambar di bawah!


No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?