Wednesday 6 February 2013

#TukarKelantan : Bangunan SUK Kelantan 'diserang' Gelombang Merah !


Satu penyerahan memorandum berkenaan isu tanah dibuat sebentar tadi (6/2/2013) di perkarangan bangunan SUK Kelantan. Memorandum diserahkan oleh Pengerusi TUKAR, En. Kamaruddin Kassim. Anak-anak pokok diserahkan kepada kerajaan negeri sebagai simbolik gantian kepada tanah yang telah digadai.


Berikut adalah antara 6 isi kandungan yang terdapat pada memorandum tersebut.
Memorandum Tanah Rakyat

Memorandum ini merujuk kepada isu pajakan tanah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) kepada Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. seluas 10,526 ekar di RELAI, GUA MUSANG. Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. kini dimiliki kepentingannya oleh dua pemimpin DAP PERAK iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Kami rakyat Kelantan ingin menuntut Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan kepada kami beberapa perkara berkenaan isu pajakan tanah milik negeri kepada mereka yang berkepentingan dalam GABUNGAN PAKATAN RAKYAT.

1) Sudah tiadakah syarikat2 milik bumiputra atau syarikat milik bukan bumiputra peranakan Kelantan yang mampu menjayakan satu satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada sebuah syarikat yang hanya baru berusia setahun? . Apakah kaedah penilaian yang digunakan oleh pihak Lembaga Pengarah YIK yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu dalam mewajarkan tawaran kepada SYARIKAT UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. pada OGOS 2005?.

2) Diketahui melalui penerangan Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat bahawa projek USAHASAMA dengan syarikat sebelum UPAYAPADU PLANTATION telah menemui kegagalan. Persoalan kami adalah apakah kesan kesan kepada tanah tersebut. Berapakah hasil balak yang telah dikutip oleh syarikat sebelumnya , apakah YIK menerima pembahagian hasil balak yang setimpal dengan apa yang dikeluarkan oleh syarikat sebelumnya?

3) Rakyat Kelantan juga menuntut Kerajaan Negeri Kelantan mendedahkan senarai semua syarikat syarikat dan keluasan tanah yang dipajakkan atas nama pembangunan tanah.

4) Rakyat Kelantan menuntut Kerajaan Negeri berhenti dari membuat penafian sebaliknya memohon maaf kepada rakyat Kelantan dan berjanji untuk memperbaiki kelemahan yang menyelubungi pentadbiran Negeri, kerana telah jelas beberapa kali membuat keputusan yang salah untuk dalam penilaian pajakan kepada Syarikat swasta dimana UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. juga kini sedang mengalami kerugian untuk 2 tahun kewangan berturut turut.(2010-2011)

5) Rakyat Kelantan menuntut Kerajaan Negeri Kelantan bersikap lebih telus dalam menjawab isu isu yang menyelubungi pentadbiran negeri bukan dengan hanya nafi dan menuduh ia fitnah pihak lain hanya untuk menutup kelemahan pentadbiran. Sambil sering kali mengambil sikap menyalahkan orang lain dalam isu negeri negeri lain, . JANGANLAH BERSIKAP NEGERI LAIN BOLEH BUAT TAKKAN KITA TAK BOLEH BUAT.

6) Rakyat Kelantan bukan mempersoalkan pengambilan tanah RIZAB RIZAB melayu terbiar untuk tujuan pembangunan, kerana di negeri negeri lain apabila itu dilakukan ia jelas membawa pelaburan asing yang tinggi dan menguntungkan rakyat Negeri terbabit dalam bentuk peluang pekerjaan, menjana ekonomi dan meningkatkan nilai hartanah milik melayu di Kawasan sekitarnya. Di pihak Kerajaan Negeri Kelantan kini sering terlibat dalam projek usahasama yang kebanyakanya tidak menguntungkan rakyat malah ia lebih berbentuk keuntungan sebelah pihak sahaja. RAKYAT PERSOAL APA RAKYAT DAPAT DARI USAHASAMA SEBEGINI?

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?