Friday 1 February 2013

Apa Agaknya Terjadi Kepada Duit Sumbangan Untuk Membina Lebuhraya Rakyat? #TukarKelantan


Syarikat CNM Mining Group yang meneroka emas seluas 1, 065.2 hektar di Sokor, Tanah Merah dilaporkan semalam telah membayar royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebanyak RM 347,115.00.

Tiada apa yang tidak kena dengan tindakan tersebut, kerana memang syarikat tersebut perlu membayar royalti kepada kerajaan negeri di atas penerokaan yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Cuma hairan, syarikat CNM Mining Group tidak pernah sekali pun mencatat keuntungan, sebaliknya tiap-tiap tahun mengalami kerugian. Tetapi di sebalik kerugian yang dialami, CNM Mining Group tetap 'senyum' membayar royalti kepada kerajaan negeri.

Tak perlu pelik kerana dilaporkan  salah seorang Pengarah CMNM ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw dan dua rakyat Singapura.

Persoalannya ke manakah wang-wang ini digunakan, kerana kesan pembangunan di Kelantan tidaklah pesat sebagaimana negeri-negeri lain, malah parlimen-parlimen yang dimenangi oleh BN dilihat semakin hari semakin membangun.

Jadi ke manakah semua sumbangan dan royalti yang dibayar kepada kerajaan negeri?

Apa pula terjadi dengan derma daripada rakyat Kelantan yang menderma kepada kerajaan negeri untuk membina lebuh raya rakyat tempoh hari?

Akhir sekali jumlah tersebut dilaporkan pada hari perasmian pecah tanah pakej 1 (machang -k.krai) 28 Mei 2012, kerajaan negeri menerima cek bernilai :

Cek : RM1,355, 000.00

Tunai : RM14,777.40

Kutipan pada Dialog Anak Kelantan Di Perantauan 2 Jun 2012 :

Tunai : RM3,577.30

Ke mana wang ini, siapa yang dipertanggungjawabkan?

Kerana sehingga ke hari ini tiada satu pun jentolak kelihatan di tapak pecah tanah tersebut, yang kelihatan hanyalah seketul batu asas yang menjadi tempat Nik Aziz menurunkan tandangan ketika majlis pecah tanah.




No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?