Sunday 3 February 2013

[FOTO] : Sambutan #BeautifulMY Peringkat Kelantan Disertai 5,000 Sukarelawan!


Program Hijaukan Bumi Kita "My Beatiful Malaysia" yang dilancarkan oleh YAB PM DS Najib Tun Razak tempoh hari turut disambut oleh para sukarelawan muda di negeri Kelantan.

Seawal jam 7.00 pagi para remaja dan sukarelawan muda 'My Beautiful Malaysia' mula berkumpul di pantai Irama Bachok dengan melakukan senam robik sebelum memulakan kerja-kerja kesukarelawan.

Program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kelantan turut dimeriahkan dengan kehadiran Tok Pa yang turut gotong-royong bersama sukarelawan membersihkan persekitaran pantai Bachok.

 Program yang diilhamkan untuk menggalakkan orang muda menyertai kerja-kerja kesukarelawan ini dihadiri hampir 5,000 para sukarelawan muda yang terdiri daripada anak-anak Kelantan dan juga masyarakat setempat.

Selain di Bachok, program My Beautiful Malaysia turut disambut oleh masyarakat sekitar Pengkalan Chepa dengan aktiviti membersihkan dan mencantikkan kawasan-kawasan persekitaran perumahan penduduk.

  Foto dari My Beautiful Malaysia peringkat Negeri Kelantan :







Penghargaan daripada Tok Pa kepada anggota PDRM yang menjaga keselamatan sukarelawan

Foto-foto sambutan My Beautiful Malaysia di Pengkalan Chepa di blog sahabat Perigi Timur 


No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?