Sunday, 31 March 2013

#TukarKelantan : [VIDEO] Hangat!! Suasana Malam Di Negeri Serambi Mekah.


Panas lagi sensasi!!  Pasti Nik Aziz sakit mata bila tengok video ini. Nak salahkan siapa tentang isu dalam video ini? Adakah Nik Aziz dan MPKB-BRI terlepas pandang atau tidak tahu pasal hal ini? 

Masih relevankah Kerajaan PAS Kelantan untuk memerintah negeri yang dipanggil Negeri Serambi Mekkah ini lagi? Maksiat berleluasa di sana sini. Adakah ini diakibatkan oleh kadar pengangguran yang tinggi di Kelantan?

Kita patut tolak fitnah yang ditaburkan PAS dan PR yang mengatakan bahawa jika BN merintah Kelantan, maka maksiat akan berleluasa. Kita lihat sekarang ini. Sudah 23 Tahun PAS merintah Kelantan, tetapi kadar maksiat semakin bercambah dan seolah-olah MPKB-BRI dan Kerajaan PAS Kelantan tidak buat kerja. 

Itulah PAS. Hanya pandai untuk menabur fitnah dan bermanis mulut kepada rakyat, tetapi akhirnya kain sendiri yang terselak. PAS hanya tahu menakutkan rakyat dengan mengeluarkan fatwa-fatwa politik yang ingin menarik pengundi,khususnya pengundi yang beragama Islam dan menanamkan sifat kebencian di dalam hati rakyat untuk menjauhi kerajaan.

Adakah ini yang diajarkan oleh Islam supaya benci membenci? Memang betul PAS sekarang sudah jauh terpesong. Memecat ulama dan menjemput 'artis politik' untuk memberi ceramah. Dari 'Negara Islam' berubah ke 'Negara Berkebajikan'.

PAS sepatutnya cermin diri sendiri dahulu sebelum menuding jari ke pihak lain. Kerajaan PAS Kelantan patut terima kegagalan mereka untuk memerintah Kelantan. Kita patut TUKAR kepada kerajaan yang jauh lebih baik dan berdedikasi. 


TUKAR!!
Gelombang Merah, BN Merentah







#TukarKelantan : Kegiatan tak bermoral bukti Kelantan bukan negeri sempurna


KOTA BHARU 31 Mac - Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk Kelantan After Dark yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam. - BERNAMA

#TukarKelantan : Kerajaan Pusat Memberi 5 Juta Untuk Atasi Masalah Air Di Kelantan #Vote4BN



PASIR MAS – Kerajaan pusat meluluskan RM5 juta kepada penduduk Felda Kemahang 1,2 dan 3 di Tanah Merah untuk membantu penduduk mengatasi masalah air bersih yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri walaupun penduduk berada di kawasan Felda, memandangkan urusan membekalkan air di negeri ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah rakyat, setuju meluluskan peruntukan yang kini dalam peringkat akhir untuk disalurkan.
“Kita berharap dengan peruntukan RM5 juta ini, pelbagai kemudahan dan keperluan untuk membolehkan rakyat di ketiga-tiga Felda di Tanah Merah itu menikmati bekalan air bersih dapat diberikan.
“Saya juga melihat, kerajaan negeri tidak dapat diharapkan untuk menyelesaikan masalah air yang menyebabkan kerajaan pusat meluluskan peruntukan untuk membantu menyelesaikan masalah air dihadapi rakyat Kemahang 1,2 dan 3,” katanya  kepada  selepas Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi dan Bekwoh Kesyukuran, semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2012 dan turut memecahkan Tabung Kutipan untuk Perwira Lahad Datu.
Pada sidang media itu, Ahmad meminta rakyat Kelantan memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat menerajui pentadbiran negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang kerana kerajaan negeri gagal membawa perubahan setelah lima penggal diberikan peluang mentadbir. – Sinar Harian

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang. #UUlangISaman #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.


Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Bukan main mereka membidas kerajaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan media, walhal sebenarnya merekalah yang kerap menghalang media.

Siapa yang paling banyak saman media selain Anwar Ibrahim? Itu pun saman sebagai langkah untuk buat rakyat fikir dia tidak salah.

Sudah banyak kali pemimpin pembangkang mengggertak wartawan, malah lebih teruk mengusir wartawan keluar. Bila tidak dapat menjawab soalan, maka wartawan dihalau. Hebat sungguh kebebasan media ala pakatan pembangkang.


Saturday, 30 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan akui kadar parkir di Kelantan termahal!


Kerajaan Pas Kelantan mengakui kadar bayaran letak kereta RM1 sejam yang dikenakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah yang termahal di negara ini termasuk melebihi kadar di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata, penduduk Kota Bharu lebih beruntung daripada warga Petaling Jaya kerana mereka tidak perlu membayar tol untuk ke bandar.

“Betullah Petaling Jaya hanya kenakan bayaran pakir 80 sen sejam tapi orang di sana kena bayar tol sampai RM3. Lepas itu, nak makan mee sup semangkuk RM3.50.

“Tapi kita di Kota Bharu, boleh lagi makan nasi sup RM2 saja. Kita bayar letak kereta RM1 sejam, naik atas pasar nak beli apa masih murah, sayur kangkung seikat 50 sen saja, negeri lain sudah RM2,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

PAS lantang menyebut negara berkebajikan, tapi tak habis-habis kutip duit rakyat. Tak cukup dengan duit-duit derma yang diisi dalam tin milo di setiap ceramah PAS, nak pula dikutip duit rakyat yang keluar ke bandar untuk urusan harian.

Bukan sahaja kadar parkir yang dikenakan mahal, malah ada kawasan yang tidak sepatutnya dikenakan bayaran parkir turut dikenakan bayaran!

Logikkah kawasan hospital pun dikenakan bayaran parkir? Rakyat tidak mengira susah atau senang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Kerajaan BN sudah melakukan apa yang terdaya untuk meminimakan kos rawatan untuk rakyat, PAS pula ambil kesempatan ke atas rakyat yang mahu dapatkan khidmat perubatan.

Mungkin kadar bayaran RM1 sejam tidak dianggap mahal bagi kawasan-kawasan bandar di mana rakyat cuma berhenti selama sejam atau dua jam, tetapi bagaimana pula di hospital? Berapa yang perlu dibayar oleh pesakit atau penjaga pesakit yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka selama berhari-hari?

Mengapa nak dibandingkan Kota Bharu dan Petaling Jaya? Kadar pendapatan dan sara hidup sudah pastinya berbeza. Lihat sahaja pembangunan di Petaling Jaya yang jauh meninggalkan bandar Kota Bharu.

Mengapa nak dibandingkan jalanraya di Kota Bharu dan Petaling Jaya? Sudah tentulah lebuhraya dikenakan tol. Hasil kutipan tol itulah yang digunakan oleh syarikat konsesi untuk menyelenggara lebuhraya. 

Layakkah PAS digelar kerajaan berkebajikan?

#TukarKelantan : Calon Mantap Akan Ditonjolkan Di Kelantan



KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
   
Beliau berkata senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baharu dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.
   
"Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan," katanya.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan  Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
   
Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden Umno di Putrajaya semalam, Mustapa berkata pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.
 
Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.
   
"Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya.
   
Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan PAS Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya. - Bernama

Friday, 29 March 2013

PM Najib Razak yakin BN menang majoriti 2/3! #PRU13 #GE13 #BNBagus #BetterNation


Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.
Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.
Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.
Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?
Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.
Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.
Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?
Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.
Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.
Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?
Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.
Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.
Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.
Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.
Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.
Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.
Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.
Sumber : Perak Today

ADUN Wakaf Bharu, Che Abdullah bakal serang peribadi Ustaz Rujhan?


Dikhabarkan ADUN Wakaf Bharu, YB Hj. Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan bakal mengadakan satu sesi ceramah untuk membongkarkan siapakah Ustaz Rujhan Abdul Rahman.

Ustaz Rujhan Abdul Rahman merupakan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat dan juga mewakili PENDiTA. Beliau kerap kali berceramah di pentas UMNO di seluruh Kelantan. Beliau juga banyak membuat pendedahan mengenai kelemahan-kelemahan yang ada dalam parti pembangkang terutamanya PAS.

Ceramah Ustaz Rujhan kini seringkali mendapat sambutan luar biasa. Baru-baru ini, ceramah PENDiTA di Pengkalan Chepa dihadiri oleh lebih 5000 orang, manakala lebih 3000 orang hadir di Wakaf Bharu.

Ceramah Ustaz Rujhan di Pengkalan Chepa
Ceramah Ustaz Rujhan di Wakaf Bharu
PAS Kelantan sememangnya tidak senang duduk dengan sambutan luar biasa yang diterima UMNO yang juga dibantu oleh kehadiran Ustaz Rujhan.

Barangkali YB Hj. Che Abdullah Mat Nawi tidak menyangka UMNO mampu menarik lebih 3000 rakyat di Wakaf Bharu untuk hadir ke ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan. Maka tidak hairan jika beliau akan menyerang peribadi Ustaz Rujhan untuk menangkis segala serangan oleh Ustaz Rujhan terhadap PAS Kelantan.

PAS kini dilihat ketandusan isu untuk mendapat sokongan rakyat sehingga terpaksa menyerang peribadi individu tertentu bagi menyemai kebencian dalam diri rakyat. Jika tergugat sekalipun, adalah tidak wajar untuk menyerang peribadi seseorang.

Tindakan menyerang peribadi dilihat sebagai langkah terakhir yang mampu diambil oleh PAS. Tindakan ini menampakkan bahawa PAS sudah mati akal untuk menjawab segala kritikan yang dilontarkan terhadap kepimpinan mereka.

Politik yang dibawa oleh PAS hari ini perlu ditolak oleh rakyat Kelantan!

Thursday, 28 March 2013

Wikipedia dedah skandal pemimpin Pakatan Rakyat



Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing.

Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk "Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6 orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian umum.

Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong, Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.

Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual, ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.

Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme agama lebih selesa bersama PR.

Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut disertakan rujukan sahih yang lain.

Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.

Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.

Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami, masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.

Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi, Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.

Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut bersumpah laknat.

Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.

Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan skandal peribadi.

Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?

#TukarKelantan : Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan #BoLaWei

Pada jam 9.30 pagi tadi telah diadakan Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Gerakan TUKAR, PERKASA, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan(MTRK) dan kira-kira 4,000 rakyat yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Kelantan ke Dataran Muhammadi bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan PAS Kelantan yang merampas tanah hak milik anak-anak Kelantan dan dijual kepada syarikat swasta.

Rakyat Kelantan kini sedar bahawa Kerajaan PAS ibarat kera hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Kita patut TUKAR Kerajaan PAS Kelantan pada PRU13 yang akan datang.

KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan adalah Payung Rakyat dan menjadi Ketua kepada Jajahan/ Tanah Takluk. Kami rakyat Memohon Sembah Memorandum setebal 314 muka surat berkenaan lot-lot tanah yang DINODAI oleh Kerajaan JIN Tanah.








Sumber : Kaki Rayau KB

WAJIB BACA : 13 perkara yang akan Anwar Ibrahim lakukan menjelang PRU13



Anwar Ibrahim dikenali sebagai seorang yang banyak sandiwara dan licik. Menjelang PRU13 ini macam-macam perkara telah direncanakan Anwar untuk meraih simpati dan undi rakyat Malaysia, perkara itu telah pun didedahkan oleh bekas peguamnya,YB Zulkifli Noordin sebelum ini.

Antara 13 perkara yang akan Anwar lakukan untuk meraih simpati adalah dengan cuba membuktikan dia tidak terlibat dalam seks songsang dengan Saiful Bukhari, dengan menggunakan kenyataan bapa Saiful sendiri, dan perkara ini telah pun berlaku apabila bapa Saiful, dalam satu sidang media mengatakan dia meminta maaf kepada Anwar, dan sekaligus menyertai PKR.

Anwar juga dikatakan akan merancang kejadian dia ditembak dalam kempen pilihan raya, tetapi dipercayai peluru pada ketika itu tidak mengenai dirinya, sebaliknya isteri dan anaknya, sandiwara satu keluarga!

Seorang pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata.

Anwar juga dikatakan akan bersumpah tipu :"Demi Allah, saya tak buat apa yang Umno tuduh", sekaligus pembangkang kemudiannya akan mengangkat Anwar kerana berani bersumpah dia tidak meliwat Saiful.

Jam Omega tiruan juga akan dikeluarkan Anwar di saat-saat akhir kempen sebelum hari mengundi. Kenapa saat akhir? Sebab pada masa itu, polis tidak akan sempat untuk menyiasat ketulenan jam tersebut.

Anwar juga dikatakan akan memujuk ahli Parlimen dan ADUN PKR yang lompat parti untuk menyertai PKR dan memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Keluarga mereka ini dikatakan sedang ditekan dan ditawarkan bayaran lumayan.

Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Seolah-olah Mak Tom memaafkannya dan menerimanya, Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.

Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Pembangkang dikatakan sedang cuba memujuk para pegawai penyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Tidak cukup dengan mainan dan sandiwara terhadap Umno dan Datuk Seri Najib, pembangkang juga akan serang isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah sedang dipujuk, digoda, dan dijanjikan habuan wang ringgit untuk membuat akuan Rosmah terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat.

Setiap ahli Pas juga akan diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah "wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS"
Anwar juga akan tunjuk surat palsu Yusuf Al-Qaradawi yang kata Anwar patut jadi PM Malaysia.

Kemudian Pakatan akan umum dan haramkan Umno dan BN.

Terakhirnya, lelaki yang berwajah seperti Anwar akan muncul dan mengakui dialah yang berlakon dalam video seks skandal Chinadoll.



Licik bukan, inilah perancangan Anwar untuk cuba meraih simpati rakyat Malaysia. Apa sahaja jalan akan digunakannya tanpa mengira batas agama semata-mata nafsu politik dan kemaruk nak jadi PM.

Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan episod pelakon drama yang diberi jolokan pemimpin Anugerah Tuhan ini.




TOLAK INSAN BERNAMA ANWAR IBRAHIM!

Wednesday, 27 March 2013

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri



Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.

Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.

Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)

Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:

“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)

Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.

“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).

Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.

Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.

Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.

Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).

Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.

Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.

Berikut adalah antara janji-janji yang tidak ditunaikan.






#SKT2013 : Rakyat bersama alim ulamak bersatu mendoakan kemenangan BN di Kelantan




Selepas mendapat sambutan hebat dalam siri jelajah TUKAR sebelum ini, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan jelajah TUKAR.

Jelajah kali ini akan memfokuskan laluan biasa yakni laluan PDM. Kali ini, lebih banyak lapisan masyarakat negeri Kelantan termasuk orang-orang kampung dan para ilmuan akan terlibat.

Berikut adalah kenyataan media gerakan TUKAR mengenai Kembara TUKAR 2.0


Kenyataan Media Gerakan TUKAR mengenai KEMBARA TUKAR 2.0
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing. Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.

Di bawah adalah video kenyataan Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim.

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan sekali lagi berhimpun bantah isu tanah


Satu perhimpunan bernama Himpunan Bantahan Isu Tanah dan Mohon Sembah Memorandum kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan akan diadakan untuk menyampaikan suara rakyat Kelantan kepada pihak berwajib.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada hari Khamis, 28 Mac 2013 pada jam 9.30 pagi. Perhimpunan akan bermula di Dataran Muhammadi dan kemudian peserta perhimpunan akan berarak ke Istana Balai Besar.

Rakyat Kelantan yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi akan berhimpun selepas siri-siri perhimpunan sebelum ini mencecah angka puluhan ribu rakyat.

Rakyat sebelah Kelantan Utara juga akan bersama menyokong penyerahan memorandum ini bagi memanifestasikan ketidakpuasan hati mereka.

Ini merupakan kemuncak kepada bantahan rakyat mengenai isu tanah yang diambil mudah oleh kerajaan PAS Kelantan.

Ayuh bersama ribuan rakyat berhimpun di Dataran Muhammadi dan berarak ke Istana Balai Besar.

Untuk makluman, perhimpunan ini sudah mendapat permit dan kebenaran dari pihak berkuasa. Maka tidak perlu dirisaukan kerana perhimpunan ini tidak akan menjadi seperti perhimpunan haram Bersih.

 

Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan!

#TukarKelantan : Jangan Mudah Percaya Dengan Pakatan #ManifestoBukanJanji








Setelah 4 tahun di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, dan 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis Pakatan Rakyat masih belum ditunaikan.

Di Kelantan pelbagai janji manis yang ditaburkan oleh Kerajaan PAS kepada rakyat, tetapi  rakyat tidak nampak hasilnya. Salah satu janji yang ditaburkan oleh Kerajaan PAS kepada rakyat Kelantan adalah sebuah stadium bola sepak di Bukit Merbau.

Pada 18 Mei 2011, Menteri Besaar Kelantan iaitu Nik Aziz telah mengumumkan berkaitan projek berkenaan.

Pada Oktober 2011, projek berkenaan telah dibentangkan dalam sidang DUN dan dijangka  projek akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Tetapi pada 30 Mac 2013 ini akan berlangsungnya Majlis Pecah Tanah. Adakah ini akan berlaku atau sebaliknya seperti sebelum ini yang hanya biarkan tarikh itu berlalu begitu sahaja tanpa mencatat apa-apa sejarah seperti yang dijanjikan.

Agak-agak bila stadium ini akan sempurna disiapkan dan digunapakai oleh 'The Red Warriors'. Nak tunggu sampai PRU-18 baru nak siap ke? 

Rakyat di negeri Kedah, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan harus sedar dan menolak pembangkang dari mentadbir negeri anda. Mereka ini hanya pandai menjanjikan intan permata, tetapi yang diberi hanya kaca. 

Bak kata menteri besar Selangor, Manifesto Bukan Janji. Kalau bukan janji, janganlah berjanji dengan rakyat. Orang yang memungkiri janji ini adalah salah satu ciri-ciri orang munafik. Adakah anda ingin menyokong orang munafik seperti ini lagi? Fikir-fikirkanlah.






[FOTO] : 10 Stadium Ajaib Di Dunia #TukarKelantan

Untuk peminat bola sepak patut tahu wujudnya stadium yang unik di dunia, jom kita saksikan 10 stadium terunik di dunia.

[10]
South Africa Mmabatho Stadium




[9]
Norway FC Aalesund 




[8]
Bulgaria FC Chernomorets Balchik 


[7]
Singapore, Marina Bay. Made 





[6]
The Faroe Islands 


[5]
Brazil Eco-Stadium 





[4]
Croatia Gospin 




[3]
Portugal, Braga. One 





[2]
Venezuela, Caracas "Cocodrilos Sports Park"


[1]
Stadium Bukit Merbau, Kelantan





Uniknya mengenai Stadium Bukit Merbau ini mari kita lihat tarikh betapa efisyennya Kerajaan Kelantan melaksanakan projek untuk Rakyat:


18 Mei 2011 - Sidang Media oleh Menteri Besar Kelantan mengumumkan projek berkenaan.
Oktober 2011 - Dibentangkan di Sidang DUN. Dijangka projek bermula Mac 2012.
30 Mac 2013 - Majlis pecah tanah!!!!


Kita tidak tahu bilakah projek berkenaan akan siap sekiranya PAS terus memerintah. Selepas projek pecah tanah, mungkin Husam Musa akan panggil pula untuk perasmian perletakaan batu asas, tahun depan. Inilah PAS. Sentiasa menggula-gulakan Rakyat Kelantan dengan perasmian pecah tanah dan perletakan batu asas. Projek-projeknya tidak pernah siap!!!


psstt : Demo raso hok mano sor paling unik...????

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?