Showing posts with label #GE13. Show all posts
Showing posts with label #GE13. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

#TukarKelantan #PRU13 : TERKINI! BN mendahului di Kelantan!

Rakyat keluar mengundi BN - Sumber gambar : Facebook

Mengikut trend nasional, BN dikatakan sedang mendahului di negeri Kelantan setakat jam 1 tengahari tadi. InsyaAllah jika trend ini berterusan, BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru esok.

Berdasarkan trend sekarang, kemungkinan besar momentum PRU11 akan berulang di mana rakyat memberikan sokongan hebat kepada BN.

Trend ini bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain dan peringkat pusat juga. Penulis yakin BN akan memenangi 2/3 majoriti.

Masih ada masa lagi untuk rakyat Kelantan keluar mengundi. Pastikan undi Barisan Nasional untuk Kelantan baru, Kelantan maju.

Berikut adalah gambar calon BN Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato Fatmi keluar mengundi pagi tadi.

Tan Sri Annuar Musa beratur bersama rakyat
Dato Fatmi selesai mengundi

TUKAR!

Saturday, 4 May 2013

#TukarKelantan : 57 faedah buat rakyat Kelantan jika BN menang. #PRU13 #GE13


57 perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan jika BN menang telah diumumkan oleh BN Kelantan.

Berikut adalah senarai 57 faedah yang bakal dinikmati rakyat Kelantan.


AKU JANJI DATO' SRI NAJIB

1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU.
2. STADIUM BARU.
3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR.
4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA.
5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK.
7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU.
8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.

IKRAR DATO' PA

9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI.
10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI.
11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.

SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK

12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH.
13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK.
14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH.
15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK.
17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK.
18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.

PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH.
20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI.
21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ.
22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.

PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN.
24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.

SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA

26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000.
27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000.
28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000.
29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA

30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500
31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100.
32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500.
35. BANTUAN ANAK YATIM RM300.
36. BANTUAN OKU RM1,500.
37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG

38. IJAZAH PERTAMA RM1,500.
39. DIPLOMA RM1,000
40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800.
41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.

KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA

42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN.
43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU.
44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA.
46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.

HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA

47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH.
48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB.
49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT.
50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU.
51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.

GERAN KEPADA NGO

52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.

KEMUDAHAN ASAS

53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA.
55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS.
56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN.
57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.

Lihat video komen Pengerusi Gerakan TUKAR Negeri Kelantan, saudara Kamarudin Kasim (Jogho Kelate) mengenai 57 faedah yang menanti rakyat Kelantan jika BN memerintah.


Friday, 3 May 2013

#TukarKelantan : 7 tanda kebangkitan rakyat Kelantan menjelang PRU13. #PRU13 #GE13

1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.

Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar

2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.


Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan

3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.

Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa

4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.

PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera

5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal). 

Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti

6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.

TUKAR vs KEKAL

7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.

Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli

Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.

Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!


[VIDEO] N42 DUN Dabong : Dato Ramzi harapan rakyat. #TukarKelantan #PRU13 #GE13


Rakyat Kelantan yang mengundi di N42 DUN Dabong diseru supaya memilih Dato Ramzi Abdul Rahman dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat.

Dato Ramzi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai pernah menjadi ADUN Dabong dari tahun 2004 sehingga 2008.

Sepanjang tempoh tersebut, BN telah banyak membawa pembangunan di Dabong. Antara pembangunan yang dibuat BN adalah Jambatan Dabong yang menjadi ikon kepada rakyat di sana.

Dato Ramzi juga sewaktu berkhidmat sebagai ADUN Dabong telah membawa masuk perkhidmatan telefon ke Dabong. Sebelum itu, tiada perkhidmatan telefon di sana.

Masalah bekalan elektrik juga telah berjaya diselesaikan oleh BN ketika itu. Banyak kawasan di Dabong yang tidak mendapat bekalan elektrik sebelum itu.

Jika BN sekali lagi diberi mandat untuk mewakili rakyat Dabong ke sidang DUN Kelantan, Dato Ramzi berjanji akan menyambung pembangunan yang terhenti sejak DUN tersebut diambilalih oleh calon PAS pada PRU12 yang lepas.

Jelas Dato Ramzi, Dabong adalah kawasan pedalaman yang memerlukan pembelaan dari kerajaan Barisan Nasional. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Dabong.

Ditanya mengenai kepimpinan Dato Seri Najib, beliau berkata Dato Seri Najib telah berjaya membawa transformasi kepada negara dalam pelbagai bidang.

Contoh sumbangan kerajaan yang banyak membantu rakyat adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Pada tahun 2012, seramai 22,000 ketua isi rumah menerima BR1M di Kuala Krai. Pada tahun 2013, 28,800 termasuk golongan muda menerima BR1M 2.0.

Dato Ramzi berharap rakyat akan terus memberi mandat dan sokongan kepada BN kerana BN terbukti sebuah parti yang menepati janji.

Beliau mengingatkan supaya membuat keputusan dengan tenang dan tidak mengikut emosi.

Wednesday, 1 May 2013

Bapa Saiful ubah kenyataan, nafi anaknya mangsa konspirasi. #PRU13 #GE13


CHERAS : Kurang dua bulan selepas membuat dakwaan mengejutkan, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik tuduhan kononnya kes liwat membabitkan anaknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi Putrajaya.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan (beliau),” kata Azlan Mohd Lazim.

Azlan berkata beliau telah insaf dan menegaskan anaknya itu memang menjadi mangsa liwat Anwar.

Beliau menyifatkan penafian yang dibuatnya sebelum ini sebagai pengkhianatan terhadap Saiful.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.

Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.

"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.” katanya.

"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR.

Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri untuk mengaibkan Anwar.

Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13.

Saiful menggesa ayahnya balik ke pangkal jalan dan mengelak daripada dipermainkan oleh Anwar.

Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.

Bagaimanapun Saiful dan bapa tetap bertegas jenayah itu berlaku dan menggesa Peguam Negara untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. - AntaraPos

#PRU13 : Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman bakal diboikot kerana bersama BN?

Danny X-Factor & Syed mengedar manifesto BN bersama Hj. Anuar Safian - Gambar Berita Harian
Selepas beberapa artis terkenal tanahair seperti Johan Raja Lawak, Salleh Yaacob, Afdlin Shauki dan ramai lagi artis yang pro Barisan Nasional diboikot penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang, kali ini mungkin giliran Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman pula diboikot?

Danny dan Syed kelmarin mengiringi calon BN Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Safian mengedarkan manifesto BN di Kubang Kerian.

Hj. Anuar Safian adalah anak jati Kubang Kerian dan bakal merebut kerusi tersebut bersama calon PAS, Ahmad Baihaqi Atiqullah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata perumahan adalah antara masalah besar di Kelantan yang gagal diselesaikan PAS sekalipun meneraju kerajaan negeri lebih dua dekad. 

Segala pembangunan yang ada di Kubang Kerian ketika ini adalah projek kerajaan persekutuan termasuk yang terbaru Jambatan Pasir Hor bernilai hampir RM100 juta.

Beliau akan memberi fokus pada rumah mampu milik sekiranya diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah

Tuesday, 30 April 2013

#TukarKelantan : Kempen Nik Aziz di KB Mall tidak dapat sambutan? #PRU13 #GE13


Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan.

Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi kemudian digantikan oleh Timbalan MB Kelantan.

Gambar Nik Aziz di banner pun tidak menarik orang ramai untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong. Mungkin wajah Nik Aziz kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan Nik Aziz. Bukan sahaja majlis seperti ini, malah ceramah-ceramah berkelompok PAS di Kelantan juga hambar.

PAS cuma mengharapkan ceramah-ceramah utama yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka.

Jom tukar kerajaan Kelantan pada 5 Mei nanti!

#PRU13 : Pengundian awal bermula, anggota keselamatan pasti pilih BN. #GE13

Suasana pengundian awal di Kem Briged 8 Pengkalan Chepa, Kelantan pagi ini.

Pengundian awal bagi Pilihanraya Umum Ke-13 bermula hari ini (30 April 2013). Selepas berlalunya PRU12 5 tahun lalu, kini tiba masanya untuk anggota keselamatan negara memilih kembali parti yang dirasakan layak untuk diberikan mandat memerintah Malaysia.

Berdasarkan situasai semasa, penulis yakin undi anggota keselamatan masih lagi akan berpihak kepada BN seperti biasa.

Anggota keselamatan pastinya terharu dan berterima kasih kepada kerajaan atas pendekatan yang diambil kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.

Peristiwa berdarah itu membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan kedaulatan tanahair dan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diambil berat.

Berbeza dengan pihak Pakatan Pembangkang, mereka sejak dahulu seringkali menghina anggota keselamatan termasuklah melabel anggota keselamatan sebagai anjing kerajaan.

Ada juga yang menganggap peristiwa berdarah di Lahad Datu sebagai satu sandiwara di saat anggota keselamatan bermandi darah memperjuangkan kedaulatan negara.

Pakatan Pembangkang jugalah yang menghina polis setiap kali mereka mengadakan demonstrasi jalanan. Mereka jugalah yang sering mencari jalan untuk bertempur dengan pihak polis di jalan raya.

Apa yang berlaku pastinya tidak dilupakan anggota keselamatan negara. Mereka cukup bijaksana untuk menilai mana intan dan mana kaca.

Untuk apa mereka menyokong pihak yang sering menghina kerjaya mereka sedangkan ada pihak yang sering menjaga kebajikan mereka. Penulis yakin anggota keselamatan bersama keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Mereka sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tinggal tanggungjawab kita sebagai rakyat biasa untuk keluar mengundi pada 5 Mei nanti dan memastikan BN terus diberi mandat untuk memerintah negara.

Monday, 29 April 2013

#TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" - Dato Seri Mustapa Mohamed #PRU13 #GE13


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.

Baca lebih lanjut di Astro Awani.

Sunday, 28 April 2013

#TukarKelantan : Ustaz Zainal Abidin dakwa hudud PAS satu pembohongan


Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang kelmarin menempelak PAS kerana masih menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Beliau menyatakan PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

Tindakan PAS terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.



Beliau memberi komen mengenai hudud selepas menyampaikan ceramah di hadapan Markas BN PDM Pasir Tok Kambing yang dihadiri sekitar 1000 orang.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengkritik hebat kepimpinan Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan yang dilihat gagal membangunkan Kelantan.

Beliau mendedahkan satu persatu kenyataan Nik Aziz yang boleh disifatkan wahabi dan mengelirukan umat Islam serta boleh menjejaskan aqidah.

Beliau menayangkan bukti-bukti video melalui paparan skrin besar untuk menyokong segala kritikannya terhadap Nik Aziz.

Rakyat Kelantan diseru untuk menolak ulamak politik seperti Nik Aziz yang dilihat lebih berperanan memecahbelahkan dan mengelirukan umat Islam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan PAS bergabung bersama DAP yang dahulunya mereka label sebagai syaitan, dan dalam masa yang sama menolak perpaduan bersama UMNO.

Ceramah itu juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang juga merupakan calon P024 Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Hj. Safian.

Lihat gambar-gambar sekitar ceramah kelmarin.







Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Thursday, 25 April 2013

#TukarKelantan : Bukti Tarian Kucing Garong 600m Dari Rumah Nik Aziz. #GE13 #PRU13


Blog Tukar Kelantan sebelum ini pernah mendedahkan lokasi kedai yang bertukar menjadi "tarian punggung" yang terletak cuma 600 meter dari rumah Nik Aziz.

Tujuan pendedahan itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan persoalan mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan kerajaan negeri.

Turut menjadi persoalan adalah bagaimana kedai yang terletak begitu hampir dengan rumah ulamak yang diagung-agungkan penyokong-penyokong PAS itu boleh beroperasi pada lewat malam dan bebas memainkan musik dengan kuat, malah menayangkan tarian lucah.

Oleh kerana video tersebut banyak dikritik kesahihannya kononnya ia adalah satu fitnah, kali ini video yang lebih jelas menunjukkan lokasi kedai tersebut dan jaraknya dengan rumah Nik Aziz dikeluarkan.



Pendedahan asal mengenai aktiviti kedai tersebut boleh dilihat di pautan ini. Laporan mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di pautan ini.

#TukarKelantan : Rungutan peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah kepada kerajaan PAS #PRU13

Melihat bendera-bendera PAS banyak digantung di dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, penulis sangkakan peniaga-peniaga di pasar tersebut majoritinya menyokong PAS. Rupanya sebaliknya!

Rata-rata peniaga yang penulis temui tidak berpuas hati dengan urustadbir pasar tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.

Pelbagai rungutan yang dilontarkan termasuklah keadaan pasar yang tidak diurustadbir dengan baik, kos yang dikenakan dan peraturan yang tidak dikenakan mengikut yang sepatutnya.

Mereka mempertikaikan kecekapan pengurusan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pihak peniaga berkata mereka sudah banyak kali membuat aduan namun tiada tindakan susulan diambil. 

Puan Rohana Jaafar merungut mengenai jumlah pengunjung yang makin berkurang

Seorang peniaga yang telah lama berniaga di sana, Puan Rohana Jaafar berkata jumlah pengunjung yang datang ke pasar tersebut pernah mencapai 1 juta orang. Kini jumlah pengunjung yang datang kurang 500 orang seminggu. 

Mohd Kassim Hassan pernah memohon kipas dipasang tetapi tidak diluluskan MPKB

Selain itu, peniaga juga merungut tentang keadaan pasar yang panas dan tidak memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna. 

Mohd Kassim Hassan berkata semasa beliau menjadi pengerusi peniaga pernah membuat surat untuk memohon kipas dipasang di pasar tersebut. Permohonannya mendapat kelulusan UMNO Bahagian Kota Bharu, namun Majlis Perbandaran pula tidak memberi kelulusan.

Mohd Razali Ismail berkata peraturan pasar tidak dikuatkuasakan MPKB

Mohd Razali Ismail yang sudah 40 tahun berniaga di pasar berkenaan menyatakan hasrat untuk melihat pasar berkenaan ditambahbaik, barang-barang jualan teratur dan peraturan dikuatkuasakan. 

Ada peniaga yang tidak mengikut peraturan dengan menjual barangan runcit di tingkat bawah. Ini menjejaskan pendapatan peniaga lain. 

Katanya peraturan dikuatkuasakan dengan baik pada zaman pemerintahan BN tetapi berubah sejak diambilalih kerajaan PAS.

Beliau berharap jika BN berjaya mengambilalih kerajaan Kelantan, pasar berkenaan akan dibaikpulih kerana Dato Seri Najib semasa melawat pasar berkenaan telah berjanji untuk membaikpulih pasar.

Pasar berkenaan menempatkan lebih 1500 peniaga dan dibina ketika Barisan Nasional mentadbir Kelantan pada tahun 1986.

Saksikan video temubual bersama peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah. Kredit kepada Astro Awani.

BN menang, Rakyat senang. TUKAR!

Wednesday, 24 April 2013

#TukarKelantan : PKR Jeli bergolak, laluan mudah bagi Tok Pa dan Datuk Abdul Aziz Derashid. #PRU13


Pergolakan dalam PKR terus berlaku, bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat negeri. PKR Kelantan tidak terkecuali terlibat dengan pelbagai masalah.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Parlimen Jeli, Zamri Ahmad membuat sidang media pada jam 3.30 petang di Grand Riverview Hotel bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon DUN Kuala Balah.

Beliau berpendapat calon yang dipilih bagi DUN Kuala Balah sekarang tidak sesuai dan tidak berpengalaman. Tambahan pula, DUN Kuala Balah tidak mendapat bantuan Majlis Pimpinan PKR Negeri.

Beliau menyifatkan calon PKR di DUN tersebut seolah-olah menikam kerajaan negeri Kelantan dari belakang dan menggagalkan pilihanraya kali ini. Calon tersebut dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik dan dilihat seperti akan membuat PKR tewas di kerusi tersebut.

Beliau berkata calon tersebut gagal melakukan kerja yang sepatutnya pada musim kempen. Pendekatan berkempen yang diambil calon tersebut tidak memenuhi kehendak suasana pilihanraya dan seolah-olah sambil lewa.

Jentera pilihanraya PKR DUN Kuala Balah kini lesu. Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku protes dari segi sabotaj pada kertas undi.

60% jentera Parlimen Jeli dikatakan tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih. PKR Parlimen Jeli mempunyai 780 orang ahli dan sebahagian besarnya dari DUN Kuala Balah.

Beliau menanggap peluang PKR untuk menang di DUN Kuala Balah cuma 40%. Beliau mengkritik gerak kerja calon dan juga Majlis Pimpinan PKR Negeri kerana tidak memantau keadaan di sana. Peruntukan dari negeri dan calon juga dikatakan tidak sampai.

Inilah petanda PKR sedang menghadapi masalah besar. PKR pusat juga boleh disalahkan kerana tidak mengambil tahu suara hati rakyat. Bukan sahaja mereka berbalah sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat, malah di dalam parti PKR sendiri berlaku pergolakan.

Akibat pergolakan ini, Dato Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Abdul Aziz Derashid dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi Parlimen Jeli dan DUN Kuala Balah.


[FOTO] : 10 Bendera Pelik Di Dunia. #TukarKelantan

Kemegahan sesebuah negara dan parti bukan sahaja terletak kepada nama mahupun prestasi. Tetapi terletak juga kepada suatu benda yang dipanggil bendera. Bendera melambangkan MARUAH. Dipijak bendera itu samalah juga memijak mahupun menghina maruah negara, parti mahupun negeri tersebut.

Dikala bendera menjadi lambang kepada sesebuah negara, negeri dan parti kreativiti mampu menepis segalanya. Dengan berbekalkan kreativiti yang diberikan tuhan "Born to Be". Habis dibedalnya rekaan bendera yang pelbagai dan unik. Seharusnya anda perlu tahu bahawa orang yang mereka bendera tersebut mestilah mereka yang benar-benar layak dan hanya mempunyai daya kreativiti di atas tahap manusia normal sahaja. Hasilnya adalah seperti berikut :-

[10]
Friesland



Friesland merupakan wilayah yang terletak di utara Belanda. Adakah benda merah di bendera ini ialah buah epal atau? Apapun janji meriah. Fakta yang menarik tentang Friesland, daerah ini merupakan satu-satunya daerah yang mempunyai bahasa rasmi selain daripada bahasa Belanda di Belanda iaitu Bahasa Frisia.

[9]
Guam


Sangat berseni... sangat pelik..

[8]
Benin


Bendera ni digunakan oleh empire Benin di negara moden Nigeria suatu ketika dahulu. Bendera yang berunsurkan semangat kesukanan yang sangat tinggi..hihi..Negara ini pada waktu sekarang lebih dikenali sebagai Republik Benin atau Dahomey.

[7]
Swaziland


Swaziland merupakan negara yang terletak di selatan afrika dan tidak mempunyai pantai. Ada la rasanya unsur-unsur kenegerian. Meriah..

[6]
Isle of Man


Ini bukan cap logo minuman penyejuk badan cap kaki tiga ye. Ini merupakan bendera rasmi negara Isle of Man. Kalau nak tahu pasal negara ni cari la sendiri. Kalau korang nak tahu, mata wang bagi negara ini ialah Pound Isle of Man (setaraf pound sterling). Kesiannya tentang negara ini, bahasa rasmi yang dituturkan oleh masyarakat Isle of Man iaitu Bahasa Gaelik Manx telah pupus dengan penutur yang terakhirnya telah meninggal ialah pada tahun 1974. Korang nak ke Bahasa Melayu senasib dengan bahasa mereka. Jadi sayangilah bahasa kita.

[5]
Mozambique


Memang pelik rekaan benderanya. Mozambique merupakan satu-satunya negara yang tidak dijajah British tetapi menyertai Komanwel pada tahun 1995. Apa maksud bendera ini?
Penulis menafsirkan:
Lambang cangkul merupakan punca rezeki utama penduduk Mozambique
lambang buku pula menunjukkan masyarakat mereka mudah belajar
manakala lambang Ak-47..Apa pandang2...nak gaduh..(haha)
Gurau je...

[4]
Kyrgyzstan


Takraw berasal daripada alam melayu atau daripada Kyrgyzstan? Adakah itu bola tenis... oh hamba pening..

[3]
Nepal


Tahukah anda, Nepal merupakan satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai bendera berbentuk berlainan daripada kebiasaannya yang berbentuk empat segi...

[2]
Northern Marianas Islands


Orang yang cipta bendera ni tak tahu guna Photoshop ke? Bendera macam tampal guna clip art sikit.

[1]
PAS


Adakah ini bendera??
Ya tuan-tuan. Ini bendera. Diadaptasi tanpa inspirasi (dalam kata lain memang tak de idea) maka terhasillah bendera ini. Untuk pengetahuan semua, bendera Parti PAS merupakan satu-satunya bendera yang mempunya design kosong tanpa lencana dan meniru bendera Jepun dan Bangladesh.

Bendera Negara Bangladesh

Bendera Negara Jepun
Tengok. Sama tak??

Diakhir-akhir ini menjelang musim pilihanraya ada gerakan yang cuba mengubah bendera PAS. Lihat hasilnya. Ini baru kreatif!!!


Ini pula merupakan bahan kempen yang digeruni oleh parti pihak lawan iaitu Barisan Nasional.

Bahan kempen PAS.
Pssst... Bendera yang mana paling unik dan suci?

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?