1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.
Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar
2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.
Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan
3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.
Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa
4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.
PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera
5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal).
Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti
6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.
TUKAR vs KEKAL
7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.
Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli
Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.
Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!
Selepas mendapat sambutan hebat dalam siri jelajah TUKAR sebelum ini, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan jelajah TUKAR.
Jelajah kali ini akan memfokuskan laluan biasa yakni laluan PDM. Kali ini, lebih banyak lapisan masyarakat negeri Kelantan termasuk orang-orang kampung dan para ilmuan akan terlibat.
Berikut adalah kenyataan media gerakan TUKAR mengenai Kembara TUKAR 2.0
Kenyataan Media Gerakan TUKAR mengenai KEMBARA TUKAR 2.0
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing. Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.
Di bawah adalah video kenyataan Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim.
Bukan main lagi penyokong PAS sebelum ini menghentam UMNO kononnya UMNO membayar peserta-peserta konvoi terutamanya peserta-peserta konvoi Skuad Kembara TUKAR.
Hakikat sebenarnya adalah PAS tidak ada cara lain untuk menafikan kemampuan UMNO menarik sokongan rakyat Kelantan.
Hari ini, tuduhan yang dilontarkan penyokong-penyokong PAS terkena pada pihak mereka sendiri apabila sebuah video yang menunjukkan bakal calon PAS di DUN Gaal membayar wang bernilai RM50 kepada peserta-peserta konvoi PAS tersebar di Youtube.
Jika dilihat di video, nampak seperti PAS membayar RM50 seorang. Banyaknya duit PAS sampai boleh bayar RM50 seorang! Kalaulah 1000 orang yang menyertai konvoi, didarabkan dengan RM50, sudah RM50,000 habis hanya untuk membayar peserta-peserta konvoi!
Nasib baiklah konvoi PAS tidak mendapat sambutan sebagaimana sambutan yang diberikan kepada Skuad Kembara TUKAR. Jadi tak perlulah PAS membayar jumlah wang yang banyak kepada peserta konvoi.
Hari ini penyokong-penyokong PAS yang mengatakan UMNO membayar peserta-peserta konvoi pastinya terduduk diam apabila terbukti pemimpin mereka sendiri membayar peserta-peserta konvoi.
Jika sebelum ini mereka menuduh UMNO membayar RM15 kepada peserta-peserta konvoi, di dalam video di atas pula PAS membayar RM50 seorang.
Persoalan yang timbul adalah di mana sumber PAS mendapatkan wang yang sebegitu banyak? Adakah derma Lebuhraya Rakyat disalurkan untuk tujuan seperti ini? Sama-sama kita menilai.
Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.
Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.
Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima, dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.
Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.
Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.
SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.
SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.
SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.
Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.
Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.
Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.
Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.
Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!
SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR
Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. TUKAR!!
Selepas tertangguh beberapa hari akibat hujan lebat, Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013) meneruskan kembara ke Parlimen Machang dan Kuala Krai.
Kembara di Parlimen Machang dan Kuala Krai asalnya dijadualkan pada 25 Februari yang lepas, namun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan memaksa kembara ditangguhkan. Beberapa jalan laluan SKT2013 turut dinaiki air ketika itu.
Kembara yang tertangguh tersebut diteruskan pada hari Sabtu, 2 Mac 2013. Kembara terpaksa dimulakan sedikit lewat iaitu pada waktu tengahari akibat beberapa masalah dan kesulitan.
SKT2013 bertolak dari Kota Bharu ke Machang pada jam 1 petang. Pemuda-pemuda bermotor berkumpul di Machang dan menantikan ketibaan SKT2013 di sana.
Ketua UMNO Bahagian Machang, Dato Jazlan turut hadir memberikan sokongan. Setibanya di Machang, sesi pidato berlangsung bagi membakar semangat anak-anak muda untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.
SKT2013 kemudiannya diiringi 300 pemuda-pemuda bermotor bergerak ke DUN Temangan. SKT2013 turut melalui jalan-jalan kampung untuk memastikan semua golongan masyarakat dapat didekati.
Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan bagi mengedarkan barangan-barangan seperti stiker, belon, pamphlet dan sebagainya.
Pada jam 7 malam, SKT2013 bergerak ke bandar Kuala Krai dan singgah di program Dikir Barat Janji Ditepati di perkarangan Hospital Kuala Krai.
SKT2013 bermalam di Kuala Krai sebelum meneruskan perjalanan ke Parlimen Gua Musang pada keesokan harinya.
Lihat gambar-gambar sekitar SKT2013 di Parlimen Machang dan Kuala Krai:
Sebelum ini 10,000 rakyat Kelantan berhimpun di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan sempena Himpunan Tukar Kelantan (#HTK2013) untuk menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan.
Kemudian 16,000 rakyat Kelantan berhimpun di Stadium Putra Bukit Jalil sempena Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan (#HAK2013). Mereka juga sebulat suara mahu menukar kerajaan pimpinan Nik Aziz di Kelantan.
Kali ini, lebih 1000 orang berbaju merah yang berkonvoi bersama Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013) menyerang kubu kuat PAS, Parlimen Pengkalan Chepa, malah berhenti untuk mengisi minyak motosikal di stesen minyak Petronas milik anak Nik Aziz.
Memang pening kepala Nik Aziz kali ini memikirkan nasibnya dan partinya di Kota Darulnaim. Semua golongan rakyat Kelantan termasuk warga pondok, guru-guru, mahasiswa dan anak-anak muda kini menuntut perubahan di Kelantan.
Lihat gambar-gambar dan video SKT2013 di Parlimen Pengkalan Chepa baru-baru ini. Laporan penuh SKT2013 hari kedua boleh dilihat di sini.