Showing posts with label gerakan tukar. Show all posts
Showing posts with label gerakan tukar. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!

UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.

Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.

Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.

Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim. 


"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .

UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".


Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.

UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.


UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-



Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!

Tuesday, 2 April 2013

#TukarKelantan : Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar??


Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut RM 3 juta daripada bekas suaminya.

Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?

Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri kedua ADUN berkenaan diselesaikan di luar mahkamah. Difahamkan wanita berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.

Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan, khabarnya Nik Aziz telah menganugerahkan kawasan balak kepada ADUN berkenaan yang mana kawasan berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan wanita berkenaan.

Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya terbongkar jua.

Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.

1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu

Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta yang melebihi RM 3 juta - The Malaysian Insider, 29 September 2010.

Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya hasil kekayaan itu.

Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi

Kedua, khabarnya orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat dan seorang Speaker DUN.

Ketiga, khabarnya apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.

Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.

Ada yang mampu menafikan berita ini?

Kredit kepada blog Gelombang Merah.

Thursday, 28 March 2013

#TukarKelantan : Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan #BoLaWei

Pada jam 9.30 pagi tadi telah diadakan Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Gerakan TUKAR, PERKASA, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan(MTRK) dan kira-kira 4,000 rakyat yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Kelantan ke Dataran Muhammadi bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan PAS Kelantan yang merampas tanah hak milik anak-anak Kelantan dan dijual kepada syarikat swasta.

Rakyat Kelantan kini sedar bahawa Kerajaan PAS ibarat kera hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Kita patut TUKAR Kerajaan PAS Kelantan pada PRU13 yang akan datang.

KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan adalah Payung Rakyat dan menjadi Ketua kepada Jajahan/ Tanah Takluk. Kami rakyat Memohon Sembah Memorandum setebal 314 muka surat berkenaan lot-lot tanah yang DINODAI oleh Kerajaan JIN Tanah.








Sumber : Kaki Rayau KB

Wednesday, 27 March 2013

#SKT2013 : Rakyat bersama alim ulamak bersatu mendoakan kemenangan BN di Kelantan




Selepas mendapat sambutan hebat dalam siri jelajah TUKAR sebelum ini, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan jelajah TUKAR.

Jelajah kali ini akan memfokuskan laluan biasa yakni laluan PDM. Kali ini, lebih banyak lapisan masyarakat negeri Kelantan termasuk orang-orang kampung dan para ilmuan akan terlibat.

Berikut adalah kenyataan media gerakan TUKAR mengenai Kembara TUKAR 2.0


Kenyataan Media Gerakan TUKAR mengenai KEMBARA TUKAR 2.0
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing. Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.

Di bawah adalah video kenyataan Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim.

Wednesday, 20 March 2013

#TukarKelantan : Gerakan TUKAR sekali lagi membadai Rantau Panjang


Selepas berjaya menjelajah seluruh negeri Kelantan yang melibatkan semua DUN dan Parlimen melalui Skuad Kembara TUKAR (#SKT2013), gerakan TUKAR terus mendapat permintaan rakyat Kelantan dari serata tempat untuk sekali lagi turun ke kawasan mereka.

Selepas berakhirnya #SKT2013, gerakan TUKAR juga sempat mengadakan Skuad Mesra TUKAR (#SMT2013) di mana #SMT2013 lebih menumpukan kawasan-kawasan bandar yang dipenuhi orang ramai.

Selepas dua siri jelajah yang mendapat sambutan luar biasa, gerakan TUKAR sekali lagi akan mengadakan kembara yang diberi nama Kembara TUKAR Khas (#KTK2013).

#KTK2013 akan diadakan pada 23 Mac 2013 di Rantau Panjang. Tarikh 23 Mac dipilih sebagai simbolik 23 tahun pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan. 23 tahun juga merupakan simbolik kegagalan-kegagalan PAS selama 23 tahun di Kelantan.

Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, YBhg. Dato Abdullah Mat Yasim dan seluruh kepimpinan akan bersama anak-anak muda Rantau Panjang pada hari tersebut.

Seperti biasa, pelbagai barangan seperti risalah, stiker, bendera, VCD dan lain-lain boleh didapatkan dari #KTK2013.

Rakyat Rantau Panjang dijemput untuk hadir bagi menyemarakkan lagi gelombang merah yang bakal membadai Rantau Panjang Sabtu ini.

Ayuh sekali lagi membanjiri jalan raya sepertimana yang telah dilakukan sebelum ini!


TUKAR Kelantan!

Saturday, 9 March 2013

#SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas dan Tumpat, Nik Aziz makin pening!


Selepas 7 hari menjelajah seluruh Kelantan, Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) akhirnya tiba ke penghujungnya. Parlimen terakhir yang dijelajahi SKT2013 adalah Parlimen Tumpat dan Pasir Mas.

Kembara sebelum ini telah ditangguhkan seketika akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun, program tetap berjalan seperti yang dirancang.

Pasir Mas dan Tumpat menjadi parlimen terakhir yang dijelajahi oleh SKT2013 selepas Parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian dijelajah pada hari pertama, Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua, Ketereh dan Pasir Puteh pada hari ketiga, Machang dan Kuala Krai pada hari keempat, Gua Musang dan Jeli pada hari kelima,  dan Tanah Merah dan Rantau Panjang pada hari keenam.

Di sebelah pagi, SKT2013 bermula di Chetok. 300 pemuda bermotor DUN Chetok berarak ke Pengkalan Pasir. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa telah melepaskan konvoi.

Selepas tiba di Pengkalan Pasir, konvoi Pemuda Chetok bergabung dengan Pemuda Pengkalan Pasir dan membuat satu laporan polis terhadap kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu (PKR), Tian Chua.

SKT2013 kemudian berarak ke Tendong dan kembara sesi pagi tamat di sebuah sekolah menengah teknik. Di sana, SKT2013 bersama rakyat dalam sukan futsal.

SKT2013 menyambung sesi kembara sebelah petang pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat. SKT2013 bermula di Wakaf Bharu di mana 500 pemuda bermotor DUN Wakaf Bharu dan kepimpinan berarak bersama. Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi dan Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut hadir memberikan sokongan.

SKT2013 kemudiannya bergerak ke Pengkalan Kubor, Kelaboran dan Pasir Pekan sebelum kembara berakhir di Pasar Wakaf Bharu.

Antara jalan-jalan yang dilalui adalah jalan Pasir Mas - Kota Bharu, Bunut Susu, Gelang Mas, Jalan Pengkalan Kubor - Bunohan, Jalan pantai ke Tumpat, Pekan Tumpat, Kg. Sedar, Sg. Pinang, Kg. Laut, Kepulau, Wakaf Bharu dan Jambatan Sultan Yahya Petra.




Seperti biasa, SKT2013 berhenti di beberapa tempat sepanjang laluan untuk sesi pidato dan mengagihkan barangan-barangan seperti pamphlet, stiker, belon, bendera, VCD dan sebagainya.

Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk mendekati SKT2013 untuk mendapatkan barangan-barangan eksklusif TUKAR.

Stiker T nampaknya semakin hari semakin mendapat sambutan hebat. Rakyat Kelantan kini tidak lagi segan dan takut untuk menampal stiker T di kenderaan masing-masing.

Lihat gambar-gambar sekitar hari terakhir SKT2013 yang pastinya buat Nik Aziz pening!

SKT2013 bersedia untuk berkonvoi
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim menyampaikan ucapan dengan penuh semangat
Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Dato Hj. Mohd Rosdi turut bersama
Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Dato Noor Zahidi bersama sukarelawan-sukarelawan TUKAR

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. 

TUKAR!!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?