Showing posts with label stadium bukit merbau. Show all posts
Showing posts with label stadium bukit merbau. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas.


Selama ini macam-macam cerita dan rungutan didengari mengenai Pasar Besar Pasir Mas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar di pasar berkenaan, penulis pergi melihat sendiri keadaan di pasar tersebut.

Penulis amat terkejut melihatkan keadaan pasar yang begitu daif dan tidak diselenggara dengan baik. Begitu banyak perkara yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki. Atap pasar juga bocor kekotoran di mana-mana.

Papan tanda diluar pasar yang begitu usang
Atap pasar juga usang dan ada yang bocor

Masalah ini bukan sahaja menyulitkan pihak peniaga, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka kerana orang ramai pastinya tidak selesa apabila mengunjungi pasar berkenaan dengan keadaan sebegitu.

Keadaan pasar yang bersepah dan kotor
Ibarat pasar yang tidak pernah diselenggara

Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Projek pasar baru termasuk dalam projek pembinaan Bandar Tasek Raja yang merupakan pusat komersial baru yang turut menampakkan pasar besar dengan 1,600 unit gerai.

Projek yang bernilai RM75 juta itu dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013. Kini, suku pertama tahun 2013 telah pun berlalu dan sebatang cerucuk pun belum ditanam.

Peniaga-peniaga di pasar berkenaan masih lagi ternanti-nanti janji yang telah ditabur kerajaan PAS Kelantan. Mereka seperti dianiaya kerana terpaksa meneruskan usaha mencari rezeki di pasar yang daif seperti itu.

Apabila ditanya adakah wakil rakyat tempatan ada datang menjenguk melihat keadaan pasar, peniaga menjawab apabila hampir musim mengundi barulah boleh nampak batang hidung wakil rakyat.

Menurut peniaga lagi, wakil rakyat hanya mementingkan ceramah setiap masa berbanding berusaha untuk mencari jalana menyelesaikan masalah di pasar tersebut.

Peniaga juga berkata bayaran sebanyak RM60 setahun dikenakan kepada peniaga untuk kerja pengurusan tetapi hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Terdapat hampir 1000 orang peniaga di pasar besar besar berkenaan. Jika didarabkan RM60 yang dibayar untuk kerja pembersihan dengan jumlah 1000 orang peniaga, ke manakah RM60,000 menghilang? Takkan masuk kantung dana pilihanraya juga?

Inikah negara berkebajikan yang dilaungkan PAS? Bukan sahaja mereka gagal menunaikan janji, malah kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka pun gagal dijaga.

Belum lagi disebut janji-janji PAS yang lain. Kerajaan PAS layak digelar kerajaan batu asas dan kerajaan billboard. Perlaksanaan mereka tidak sehebat apa yang dipamerkan di billboard. Batu asas yang mereka lancarkan tidak menjamin projek akan diteruskan dan disiapkan.

Tonton video rintihan dan keluhan peniaga Pasar Besar Pasir Mas :-



Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

Monday, 1 April 2013

TRW Nekad Tidak Menggunakan Stadium Bukit Merbau #TukarKelantan



KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menggunakan stadium kerajaan negeri di Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh, bagi tujuan perlawanan membabitkan pasukan The Red Warriors (TRW).

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa, dipetik menerusi laman sosialnya berkata, demi keselesaan penyokong, TRW akan terus menyewa Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, sebagai gelanggang rasmi sehingga mempunyai stadium sendiri diuruskan oleh mereka.

 “Yang pasti Kafa dan TRW tidak akan menyewa di sana jika siap dibina sekali pun. Ramai yang minta saya komen tapi saya tidak mahu komen. Itu hak kerajaan negeri hendak buat atau janji apa-apa. Kafa tidak terlibat, tidak pernah dilibatkan, malah tidak tahu menahu (perkara ini).

“Kita hanya dengar (pembinaan stadium itu) menerusi akhbar dan iklan. Difahamkan ia sebuah stadium pelbagai guna bagi tujuan aktiviti sukan, ceramah dan lain-lain,” katanya.

 Sabtu lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melakukan pecah tanah projek membina stadium bernilai RM320 juta di Bukit Merbau.

Difahamkan stadium berkenaan, apabila siap, mempunyai kemudahan setaraf dengan Stadium Olimpik Beijing di China.

Projek stadium itu dikatakan projek mega kedua kerajaan negeri selepas projek Lebuh Raya-Kota Bharu Krai yang dirasmikan 28 Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ketika melawat Kelantan pada 20 Januari lalu, mengumumkan tujuh projek besar, termasuk membina stadium baru sekiranya BN berjaya merampas negeri ini dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Annuar menjelaskan Kafa bakal memiliki sebuah stadium sendiri di sebuah tapak yang dikurniakan Sultan Muhammad Ke-IV di Bandar Baru Tunjong.

Katanya stadium yang bernilai kira-kira RM300 juta, akan dibina secepat mungkin di tanah seluas kira-kira lapan hektar.

Annuar berkata, stadium yang akan dibina pihaknya dikenali The Fortress dan menjadi gelanggang, khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja.

“Urusan sedang giat dijalankan dengan kerjasama Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Insya-ALLAH, menjelang 2015, kita akan menjadi pasukan pertama yang memiliki dan mengurus stadium sendiri,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, 27 March 2013

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan sekali lagi berhimpun bantah isu tanah


Satu perhimpunan bernama Himpunan Bantahan Isu Tanah dan Mohon Sembah Memorandum kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan akan diadakan untuk menyampaikan suara rakyat Kelantan kepada pihak berwajib.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada hari Khamis, 28 Mac 2013 pada jam 9.30 pagi. Perhimpunan akan bermula di Dataran Muhammadi dan kemudian peserta perhimpunan akan berarak ke Istana Balai Besar.

Rakyat Kelantan yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi akan berhimpun selepas siri-siri perhimpunan sebelum ini mencecah angka puluhan ribu rakyat.

Rakyat sebelah Kelantan Utara juga akan bersama menyokong penyerahan memorandum ini bagi memanifestasikan ketidakpuasan hati mereka.

Ini merupakan kemuncak kepada bantahan rakyat mengenai isu tanah yang diambil mudah oleh kerajaan PAS Kelantan.

Ayuh bersama ribuan rakyat berhimpun di Dataran Muhammadi dan berarak ke Istana Balai Besar.

Untuk makluman, perhimpunan ini sudah mendapat permit dan kebenaran dari pihak berkuasa. Maka tidak perlu dirisaukan kerana perhimpunan ini tidak akan menjadi seperti perhimpunan haram Bersih.

 

Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan!

Tuesday, 26 February 2013

#TukarKelantan : PAS berjanji, BN juga yang tunaikan!

Rakyat Kelantan pastinya tidak lupa akan janji-janji PAS untuk membina sebuah stadium baru di Bukit Merbau dan juga membina sebuah lebuhraya tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang diberi nama Lebuhraya Rakyat.




Lebuhraya yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan bernilai RM1.9 billion, manakala stadium baru di Bukit Merbau bernilai RM159 juta.

Projek Lebuhraya Rakyat dikatakan akan dimulakan pada bulan Mei 2012 manakala projek stadium di Bukit Merbau dikatakan akan dimulakan pada bulan Mac 2012.

Kini, tahun 2012 sudah pun hampir dua bulan berlalu. Namun, tidak ada satu pun perkembangan kedua-dua projek tersebut.

Tatkala rakyat Kelantan semakin hari semakin sangsi dengan keseriusan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan janji-janji yang mereka taburkan, YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan 7 janji untuk rakyat Kelantan, di mana dua daripadanya adalah membina sebuah stadium baru dan membina Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai.

Tidak sampai sebulan pun janji itu diumumkan oleh YAB PM, sudah nampak ada perkembangan mengenai kedua-dua projek yang pernah dijanjikan PAS itu.

Baru-baru ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.



Beberapa hari yang lepas. Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah memutuskan untuk memulakan pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Tender terbuka untuk fasa 1 dari Wakaf Che Yeh ke Kadok/Ketereh akan mula dikeluarkan bulan hadapan.


Nampaknya kerajaan pusat begitu serius untuk membangunkan Kelantan. Gerak kerja awal sudahpun dimulakan walaupun kedua-dua projek baru sahaja dijanjikan oleh YAB PM. Inilah namanya janji ditepati!

Apa pula sudah terjadi kepada perancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina dua projek tersebut? Adakah cuma tinggal batu asas sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang? Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adalah ke mana perginya wang hasil kutipan derma untuk Lebuhraya Rakyat?

Lebuhraya Rakyat cuma tinggal batu asas!

Anda nilai sendiri!


Wednesday, 20 February 2013

Impian rakyat Kelantan punyai stadium baru bakal terlaksana!



Baru-baru ini sewaktu kunjungan YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak ke Kelantan, beliau telah mengumumkan 7 janji BN untuk negeri Kelantan. Salah satu daripada semua janji tersebut adalah sebuah stadium baru.

Semalam Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui kenyataannya di Facebook memberitahu bahawa KAFA telah dihubungi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berbincang mengenai stadium baru The Red Warriors. YAB PM telah bersetuju projek tersebut diberi keutamaan dan telah mengarahkan KBS memulakan segala kerja awal. Pada masa yang sama, ada pihak swasta yang menyatakan hasrat untuk bekerjasama.



Hari ini, selepas perbincangan dan rundingan dengan pihak kementerian mengenai stadium baru, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan dua padang bola "Astro Turf" yang setiap satunya bernilai hampir RM2 juta dan akan dibina pada tahun ini juga. Satu akan dibina di Panji dan satu lagi akan dibina di Ketereh.



Nampaknya, belum sampai sebulan janji PM untuk membina sebuah stadium baru untuk Kelantan, gerak kerja awal sudahpun dimulakan. Inilah bukti kerajaan BN serius untuk membangunkan Kelantan. Inilah juga bukti kerajaan BN menepati janji.

Wahai Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam Musa, mana Stadium Bukit Merbau yang dijanjikan pembinaannya bermula Mac lepas? 




CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?