Jelajah kali ini akan memfokuskan laluan biasa yakni laluan PDM. Kali ini, lebih banyak lapisan masyarakat negeri Kelantan termasuk orang-orang kampung dan para ilmuan akan terlibat.
Berikut adalah kenyataan media gerakan TUKAR mengenai Kembara TUKAR 2.0
Kenyataan Media Gerakan TUKAR mengenai KEMBARA TUKAR 2.0
Alhamdulillah Gerakan TUKAR yang bertemakan TUKAR adalah HIJRAH, TANAH adalah MARUAH sangat menepati keadaan dan kehendak majoriti rakyat Kelantan.
Baru- baru ini TUKAR berjaya menganjurkan satu Siri Jelajah yang dinamakan Kembara TUKAR dan sudah menjelajah ke seluruh Negeri Kelantan melalui jalan-jalan utama. TUKAR berjaya kumpulkan 15000 anak muda bermotor dalam keseluruhan siri tersebut.
Setelah Berjaya menganjurkan Kembara TUKAR, pihak Sekreteriat Gerakan TUKAR memikirkan perlu diadakan sekali lagi siri jelajah dengan tema dan pengisian yang lebih baik.
Jelajah TUKAR sebelum ini hanya memfokuskan kepada DUN dan Parlimen yang mana laluan-laluan yang dipilih adalah sekitar jalan-jalan utama dan tidak memfokuskan kepada laluan biasa yakni laluan PDM. Sehubungan dengan itu untuk menambahkan lagi momentum TUKAR Kelantan ke seluruh Negeri pihak TUKAR akan mengadakan satu lagi siri jelajah yang akan turun ke peringkat akar umbi agar hasrat untuk mempertingkatkan momentum dan proses kesedaran untuk TUKAR berterusan dan berjaya.
Sebanyak 541 siri solat Hajat TUKAR adalah HIJRAH akan di adakan di seluruh 541 PDM yang akan dihadiri pengundi di PDM masing-masing. Pihak TUKAR menjangkakan 54,000 rakyat seluruh negeri iaitu melebihi 100 orang di setiap PDM akan bersama para Ustaz dan Ilmuan Agama untuk bersama solat Hajat, bertahlil dan berdoa kepada Allah swt kearah Hijrah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment