Showing posts with label kota bharu. Show all posts
Showing posts with label kota bharu. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan Pusat Memberi 5 Juta Untuk Atasi Masalah Air Di Kelantan #Vote4BN



PASIR MAS – Kerajaan pusat meluluskan RM5 juta kepada penduduk Felda Kemahang 1,2 dan 3 di Tanah Merah untuk membantu penduduk mengatasi masalah air bersih yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri walaupun penduduk berada di kawasan Felda, memandangkan urusan membekalkan air di negeri ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah rakyat, setuju meluluskan peruntukan yang kini dalam peringkat akhir untuk disalurkan.
“Kita berharap dengan peruntukan RM5 juta ini, pelbagai kemudahan dan keperluan untuk membolehkan rakyat di ketiga-tiga Felda di Tanah Merah itu menikmati bekalan air bersih dapat diberikan.
“Saya juga melihat, kerajaan negeri tidak dapat diharapkan untuk menyelesaikan masalah air yang menyebabkan kerajaan pusat meluluskan peruntukan untuk membantu menyelesaikan masalah air dihadapi rakyat Kemahang 1,2 dan 3,” katanya  kepada  selepas Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi dan Bekwoh Kesyukuran, semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2012 dan turut memecahkan Tabung Kutipan untuk Perwira Lahad Datu.
Pada sidang media itu, Ahmad meminta rakyat Kelantan memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat menerajui pentadbiran negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang kerana kerajaan negeri gagal membawa perubahan setelah lima penggal diberikan peluang mentadbir. – Sinar Harian

Tuesday, 19 March 2013

#TukarKelantan : 60,000 Golongan Wanita Jayakan Acara Jalan Kaki

 Dato Seri Mustapa Mohamed (tengah) berjalan kaki bersama pada peserta acara 1Million Women Purple Walk 2013 di Dataran Komuniti Tesco, Lembah Sireh, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Lebih 60,000 kaum wanita terdiri daripada penjawat sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menyertai Program 1Million Women Purple Walk 2013 yang diadakan di 10 lokasi di seluruh negeri ini.

Daripada jumlah itu, kira-kira 15,000 orang hadir dalam program berkenaan di Lembah Sireh di sini, serentak dengan pelancaran 1Malaysia Komuniti Perwani peringkat negeri ini yang disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebagai simbolik pelancaran program berkenaan, Dato Seri Mustapa turut bersama-sama ribuan peserta berjalan kaki sejauh kira-kira dua kilometer di kawasan berkenaan.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Eusop.

Selain itu, program yang bermula seawal pukul 8 pagi itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya senamrobik, persembahan pancaragam dan dikir barat.

Mustapa yang ditemui selepas program itu berkata, perhimpunan tersebut bagi meraikan golongan wanita yang memainkan peranan besar dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, program itu juga untuk memberikan sokongan kepada golongan berkenaan supaya terus bersemangat berada bersama-sama di barisan hadapan bagi memajukan negara.

"Hari ini di peringkat negeri, kita telah berjaya menghimpunkan lebih 60,000 golongan wanita dan ini merupakan kejayaan yang cukup besar.

"Perkembangan ini membuktikan golongan wanita sangat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa memartabatkan golongan ini," katanya di sini hari ini.

Dato Seri Mustapa yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, "selain melakukan transformasi ekonomi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga melaksanakan transformasi kepada golongan wanita di negara ini." -UTUSAN-

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan Teruja PM @NajibRazak Tepati Janji

 ORANG ramai berebut-rebut mendapatkan borang permohonan pembelian rumah pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat Kota Bharu di Wakaf Mek Zainab.


KOTA BHARU - Sebanyak 20,000 borang permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu habis diedarkan dalam masa beberapa minit sahaja, membuktikan rakyat negeri ini amat memerlukan kemudahan itu untuk keselesaan keluarga masing-masing.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada borang yang telah diedarkan selepas Majlis Pecah Tanah projek itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Wakaf Mek Zainab dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan rumah tersebut berkeluasan 213 meter persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air yang dibina dengan kos kira-kira RM160,000 seunit itu hanya akan dijual pada harga RM35,000 seunit selepas kerajaan memberi subsidi sebanyak RM125,000.

Kemudahan rumah rakyat mampu milik sememangnya menjadi idaman hampir seluruh rakyat ini sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak kesampaian apabila kemudahan itu tidak pernah disediakan oleh kerajaan negeri meskipun diberi mandat memerintah selama 22 tahun.

Seorang penduduk yang ditemui, Azhar Ali, 41, sanggup berebut untuk mendapatkan borang bagi memiliki kemudahan tersebut, melahirkan rasa terharu terhadap tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang begitu peka dengan aspirasi rakyat negeri ini.

"Kami sekeluarga belum ada rumah sendiri. Hidup dengan menyewa sejak 17 tahun lalu. Jadi saya amat berharap rezeki akan menyebelahi kami untuk memiliki rumah sendiri dengan kemudahan ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Gan Han Chuan, 45, berkata, rakyat negeri ini sememangnya amat memerlukan kemudahan rumah mampu milik tersebut memandangkan kebanyakan rakyat negeri ini berpendapatan rendah dan sederhana.
"Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak borang permohonan kerana 20,000 borang hari ini tidak mencukupi," katanya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan hari ini membuktikan ketelusannya dengan menepati janji yang diumumkan 20 Januari lalu.

Najib semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu pada 20 Jan lalu, mengumumkan tujuh projek besar untuk memajukan Kelantan.

Antara janji itu ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bahru, membina masjid terbesar yang bakal menjadi ikon di negeri ini, stadium baharu, 3,000 unit perumahan rakyat dan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bahru.

Seorang lagi penduduk Kota Bharu, Amir Mukhtar, 23, berkata, janji yang ditunaikan dalam masa terdekat ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap keadaan rakyat di negeri ini.

Dia berkata, sejak Perdana Menteri mengumumkan projek rumah rakyat untuk orang Kelantan pada Januari lalu, seluruh rakyat khususnya di Kota Bharu ternanti-nanti pelaksanaannya.

"Sememangnya inilah saat yang ditunggu-tunggu. Tidak sangka Perdana Menteri akan tunaikan janjinya itu secepat ini," katanya. -UTUSAN-

Friday, 15 March 2013

#TukarKelantan : Janji Tok Pa Kepada Rakyat Kelantan


Kehadiran YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Kelantan mendapat sambutan di luar jangkaan dengan beratus ribu rakyat Kelantan menghadiri majlis pada hari ini. Ini menunjukkan kesungguhan rakyat Kelantan yang mahu menukar Kerajaan PAS Kelantan yang sedia ada sekarang, 

Rakyat Kelantan tidak sanggup lagi mengharapkan intan permata yang berkilauan dan indah apabila dipakai, tetapi sebenarnya hanya mendapat kaca yang boleh melukakan tangan apabila disentuh. Bak kata lain, indah khabar dari rupa. 

Pemimpin PAS di Kelantan, terutamanya Nik Aziz semakin gelisah melihat perubahan rakyat Kelantan yang mahu menukar Kerajaan sekarang. Sinar bulan di Kelantan semakin malap dan digantikan dengan 'Gelombang Merah' yang menyinar. 

Bo la wei !!

Gelombang Merah Gelombang Perubahan





#TukarKelantan : Demi Kepentingan Politik Peniaga Cina Diiktiraf , Tetapi Peniaga Melayu??




Para peniaga pasar malam di Parit Dalam, Kota Bharu, Kelantan berharap usaha mereka berniaga di situ lebih daripada 30 tahun diiktiraf oleh kerajaan negeri.


KOTA BHARU - Kira-kira 120 peniaga pasar malam di Parit Dalam berhampiran Pasar Siti Khadijah di sini, mendesak kerajaan Pas Kelantan mengiktiraf perniagaan mereka di kawasan berkenaan sebagaimana pengiktirafan diberikan kepada peniaga Cina di Jalan Kebun Sultan yang diangkat sebagai China Town.

Jalan Kebun Sultan diiktiraf sebagai China Town dan majlis perasmiannya disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lalu.

Penasihat Persatuan Peniaga-peniaga Bumiputra Pasar Malam Parit Dalam (PPMPD), Nik Rashid Nik Ismail berkata, kerajaan negeri harus bersikap lebih adil dengan memberikan pengiktirafan sama kepada kawasan perniagaan pasar malam di Parit Dalam yang menempatkan peniaga-peniaga Melayu.

Ujarnya, perniagaan di Jalan Kebun Sultan yang diangkat sebagai China Town baru bertapak tidak sampai 10 tahun jika dibandingkan dengan kewujudan pasar malam di Parit Dalam yang berusia lebih 30 tahun.

"Mengapa China Town sahaja yang diiktiraf? Tindakan kerajaan negeri ini sangat keterlaluan. Ini hanya gimik politik mereka untuk menarik sokongan pengundi Cina terutamanya menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

"Demi meraih undi Cina mereka sanggup membiarkan peniaga Melayu yang sudah berpuluh-puluh tahun mencari rezeki di kawasan ini terbiar dan seolah-olah mengemis di tempat sendiri.

"Anak Melayu jelas telah dianaktirikan dengan pengiktirafan China Town ini. Kami mahu pasar malam Parit Dalam juga diberi pengiktirafan yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Peniaga, Kamarudin Abu Bakar, 45 berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengiktiraf kawasan ini dan segera memberi lesen kepada peniaga.
Katanya, peniaga terus dibiarkan berniaga tanpa lesen dan kesannya menyukarkan mereka melakukan urusan pinjaman bank dalam mengembangkan perniagaan.

"Sudah lebih 30 tahun pasar malam ini wujud dan menceriakan pusat bandar ini dengan kehadiran pelancong dan orang ramai. Mengapa di Jalan Kebun Sultan boleh diiktiraf sebagai China Town, sedangkan di kawasan ini hampir seratus peratus peniaganya adalah orang Melayu yang sudah berpuluh-puluh tahun menjalankan perniagaan," katanya.

-UTUSAN-

Saturday, 23 February 2013

#SKT2013 : Lebih 2000 berbaju merah serang bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian!


Lebih 2000 orang melibatkan lebih 1300 buah motosikal dan beberapa buah kereta dan lori menyerang bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian bersama Skuad Kembara TUKAR (SKT2013) semalam.

SKT2013 yang diketuai oleh Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim memulakan kembara pada hari pertama bermula dari perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan.

Konvoi SKT2013 dilepaskan pada jam 9.45 pagi di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Dato Fatmi. Kira-kira 200 buah motosikal yang ditunggang oleh anak-anak muda menyertai konvoi pada awal pagi tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Dato Fatmi melepaskan konvoi SKT2013

Selepas dilepaskan, SKT2013 bergerak menuju ke Pasar Siti Khadijah dan berhenti di sana untuk mengagihkan fliers, stiker dan VCD.

SKT2013 selepas dilepaskan
SKT2013 menuju ke Pasar Siti Khadijah
SKT2013 di Pasar Siti Khadijah

Pengagihan fliers TUKAR di sekitar Pasar Siti Khadijah

SKT2013 kemudiannya meneruskan perjalanan melalui Kelocor, Tg. Chat, Rambutan Rendang, Telipot, Kg. Sireh, Paloh, Kota dan Jalan Lama Salor. SKT2013 berhenti di beberapa tempat di sepanjang perjalanan untuk mengagihkan pelbagai barangan kepada orang ramai.

SKT2013 berhenti di Kg. Sireh untuk mengedarkan fliers kepada pengguna jalanraya
Bas berhenti untuk membolehkan sukarelawan TUKAR naik mengagihkan fliers kepada penumpang
Perodua Kembara yang direka khas untuk SKT2013
Kenyataan media oleh Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim
SKT2013 berhenti berhampiran Wakaf Che Yeh
Sukarelawan-sukarelawan TUKAR di atas lori yang membawa logistik

Selepas melalui Wakaf Che Yeh, SKT2013 mengakhiri kembara sesi pagi di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail. Di sana, SKT2013 disambut oleh Timbalan Pengarah DUN Bukit Payong, Ustaz Fakhrurazi.

Sebahagian daripada peserta SKT2013 bergambar bersama Ustaz Fakhurazi

SKT2013 kemudiannya meneruskan kembara sesi petang selepas solat Jumaat. SKT2013 berkumpul di kepala Jambatan Salor pada jam 3 petang. 

SKT2013 berkumpul di kepala Jambatan Salor

SKT2013 yang disertai lebih 1000 buah motosikal pada sesi petang dilepaskan oleh Dato Nordin di Salor dan kemudiannya melalui Aur Duri, Mulong, Keling dan kemudiannya menuju ke Pasir Tumboh.

SKT2013 di Salor
SKT2013 dari Salor ke Kedai Mulong
SKT2013 menuju ke Kedai Mulong
SKT2013 menuju ke Pasir Tumboh

Selepas berhenti di Kedai Mulong, SKT2013 berhenti di Pasaraya PKT Pasir Tumboh dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kubang Kerian.

Peserta SKT2013 di hadapan Pasaraya PKT, Pasir Tumboh
Laungan "Tukar" dan "Gelombang merah" di Pasir Tumboh

SKT2013 disambut oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Dato Fauzi di hadapan Pasaraya Mydin Kubang Kerian. Sesi pidato dan pengagihan barangan dilakukan di sana.

SKT2013 di Kubang Kerian

SKT2013 berhampiran Pasaraya Mydin Kubang Kerian
Pengerusi TUKAR, Encik Kamaruddin Kassim berpidato di Kubang Kerian
Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Dato Fauzi melancarkan Jentera Pemuda Bermotor Kubang Kerian

SKT2013 berakhir di Kubang Kerian untuk hari pertama. SKT2013 akan bergerak ke Pengkalan Chepa dan Bachok pada hari kedua.

Saksikan kemeriahan SKT2013 pada hari pertama dengan menonton video-video di bawah.




TUKAR!!

Wednesday, 20 February 2013

PAS Kelantan nak buat Lebuhraya Rakyat tanpa tol macam Thailand?



Beberapa hari ini, penyokong-penyokong pembangkang banyak menyebarkan satu gambar yang mengandungi seribu persepsi mengatakan bahawa Thailand tiada tol dan Malaysia boleh ada tol, seterusnya menyalahkan kerajaan Malaysia sebagai penipu dan sebagainya. Benarkah fitnah itu?



Kebanyakan tol di Thailand sebenarnya berada dalam lingkungan kawasan Greater Bangkok. Tol di Thailand dibahagi kepada tiga bahagian iaitu expressways, tollways, dan motorways.

Tol di Thailand diletakkan di bawah agensi di bawah Kementerian Pengakutan Thailand, iaitu EXAT (Expressway Authority of Thailand), dan DoH (Department of Highways).

EXAT bertanggungjawab menguruskan Chaloem Mahanakhon Expressway, Si Rat Expressway, Chalong Rat Expressway, Udon Ratthaya Expressway, Burapha Withi Expressway dan Kanchanphisek Outer Ring Road (Bahagian Selatan).

DoH pula bertanggungjawab menguruskan Uttraphimuk Tollway (dulu dikenali sebagai Don Mueang Tollway), Motorway No. 7 (Bangkok-Chonburi), dan Motorway No. 9 (Kanchanphisek Outer Ring Road - kawasan timur Thailand).

Tol di Thailand dicaj dalam lingkungan 40 Baht sehinggalah 55 Bhat mengikut lebuhraya tertentu. Jumlah ini kalau ditukar ke dalam wang Malaysia berjumlah dalam RM 4.15 hingga ke RM 5.71 sen. 



Jadi di manakah relevannya rancangan kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuhraya tanpa tol? Siapa yang akan menyelenggarakan lebuhraya tersebut jika tiada kutipan tol yang diambil?

Satu lagi persoalan terbesar adalah ke mana perginya duit derma yang dikutip untuk membina Lebuhraya Rakyat? Adakah sudah disalur kepada dana pilihanraya PAS?

Anda jawab sendiri!

Sunday, 10 February 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS dan NGO R gagal!



Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adalah anjuran PAS Pasir Pekan dengan kerjasama NGO R. Promosi dan iklan secara hebat dan meluas telah diadakan baik melalui banner yang digantung dan alam siber.

NGO R bermula dengan berjalan kaki dari KB Mall ke Dataran Pasir Pekan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra 2 yang dibina oleh kerajaan persekutuan. Namun, mereka langsung tidak mendapat sambutan apabila jumlah yang hadir langsung tidak sepadan dengan promosi yang telah dibuat. Lihat gambar di bawah.





Jangkaan mereka pastinya adalah setibanya di Dataran Pasir Pekan, ribuan rakyat yang lain menanti ketibaan mereka untuk bersama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat. Namun, harapan mereka meleset sama sekali apabila kehadiran di sana cuma sekitar 100 hingga 200 orang. Lihat gambar di bawah.












Bukan sahaja tidak mendapat sambutan, aktivis-aktivis Royaktakreti (R) melakukan satu gimik biadap yang cuma memalukan diri mereka sendiri. Mereka menyebat patung YB Dato Seri Mustapa Mohamed dengan tuduhan Tok Pa adalah pengkhianat sedangkan upacara voodoo yang mereka lakukan itu berlatarbelakangkan Masjid Sultan Kelantan Pasir Pekan yang dibina hasil inisiatif Tok Pa sendiri!

Tindakan biadap R berlatarbelakangkan masjid yang dibina hasil inisiatif Tok pa

ANDA NILAILAH SENDIRI!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?