Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Friday, 5 April 2013

#GE13 #PRU13 : Taktik Kotor PR Dikesan!


Malaysia bukanlah negara yang sempurna, tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa tidak ada apa yang terlalu signifikan yang perlu diperjuangkan di negara ini melainkan perjuangan untuk memperkasakan jati diri rakyatnya. Secara dasarnya, negara ini sudah cukup lengkap bagi membolehkan ia berfungsi dengan aman, stabil, makmur dan sejahtera. Apa yang perlu hanyalah penambahbaikan sahaja dan bukannya perubahan drastik.

Kedudukan negara yang ‘lengkap’ inilah yang menyukarkan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan iaitu dari segi mencari isu yang cukup penting untuk dijuarai.

Justeru, mahu tidak mahu mereka terpaksa memfitnah, mencipta isu atau menimbulkan isu daripada sesuatu yang bukan isu, untuk diperjuangkan. Oleh kerana isu yang ditimbulkan bukanlah isu yang ‘genuine’, maka ia selalunya membawa akibat yang buruk atau merugikan sahaja. Contohnya, isu ISA dan isu dakwat kekal dalam pilihanraya.

Sedangkan, kedua-dua isu ini bukanlah satu isu, buktinya ia tidak pernah menjadi masalah kepada negara dan rakyat selama ini. Malah negara terus tumbuh dan berkembang maju dengan amalan demokrasi yang cemerlang, serta sentiasa aman dan stabil sama ada dengan kewujudan ISA mahupun tanpa penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya.

Oleh itu, sejak dari awal lagi kita meragui desakan pembangkang yang ingin sangat menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya. Sedangkan sistem itu adalah ‘primitif’, terdedah kepada berbagai cara manipulasi dan tidak effisien. Hairan sekali kita apabila pembangkang bermati-matian memperjuangkannya sambil menolak sistem biometrik yang lebih canggih dan ‘reliable’.

Malang sekali apabila desakan pembangkang ini telah tidak dikekang dengan hujah yang tegas. Bagaikan tidak mampu menahan asakan maka akhirnya sistem dakwat kekal pun diluluskan walaupun semua pihak cukup sedar akan kelemahan sistem tersebut.

Kini, apabila pilihanraya menjelang tiba, muncullah beberapa pihak yang mendedahkan taktik kotor pembangkang berkaitan dakwat kekal. Sedangkan semua taktik itu telah pun dijangka sedari mula lagi dan boleh dielakkan. Semalam, bekas orang kuat Anwar, iaitu Dato’ Zulkefli Nordin telah menyebarkan maklumat tentang bagaimana dakwat kekal akan dimanipulasi pembangkang ketika pengundian berjalan.

Menurut beliau, antara cara manipulasinya adalah dengan terlebih dahulu mewarnakan tangan pengundi yang terpilih sebelum ke pusat pengundian. Apabila disekat, pengundi tersebut akan memberitahu bahawa ‘ada pihak UMNO yang memaksa mereka mewarnakan tangan jari terlebih dahulu sebelum tiba, bagi menghalang mereka mengundi’. Dari situ, ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ akan mencetuskan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus.

Sekiranya, pengundi tersebut tidak disekat dan pihak pemantau mengesahkan yang dakwat tersebut bukan dakwat yang digunakan oleh SPR, dan nama mereka masih belum dipotong, maka ‘orang-orang mereka’ yang telah bersedia di situ, tetap akan memulakan kekecohan dan menuduh SPR tidak telus juga.

Objektifnya satu sahaja iaitu menuduh SPR tidak telus serta menimbulkan huru-hara sehingga keputusan pilihanraya tidak ditolak.

Apa yang PR terlepas pandang ialah, tidak logik jika menuduh SPR atau UMNO/BN/Kerajaan yang memanipulasi dakwat kekal kerana terbukti sejak dari mula lagi SPR, UMNO, BN atau Kerajaan begitu keberatan untuk menggunakan sistem itu. Tentulah lebih logik jika pihak yang mendesak penggunaan sistem itu, iaitu PR sendiri, yang sebenarnya mempunyai perancangan awal untuk memanipulasinya.

Rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti penyokong PR yang sanggup menelan apa saja yang disumbat ke minda mereka. Majoriti rakyat Malaysia mampu menggunakan logik akal dalam menilai sesuatu isu atau kejadian. Buktinya, Malaysia kekal aman di bawah pemerintahan BN selama lebih separuh abad.

Lagipun, bukan sekali PR berbuat silap sebegini. Sebelum insiden Lahad Datu, PR juga yang begitu sibuk sekali membangkitkan soal ‘Sabah nak hilang’. Begitu juga sebelum demo BERSIH bertukar ganas, PR juga yang sibuk membangkitkan soal keganasan polis. Taktik yang sama digunakan dalam isu dakwat kekal ini, iaitu menuduh ia bakal dimanipulasi BN, di mana PR sendiri yang akan memanipulasinya.

Untuk pengetahuan PR, taktik itu sudah tidak laku kerana rakyat sudah kenal siapa mereka.

Sebuah perjuangan tanpa asas, tanpa isu yang ‘solid’, ‘valid’ atau ‘genuine’ memanglah sukar untuk diteruskan. Fitnah dan penipuan perlu sering diperbaharui di mana akhirnya pasti memakan diri.

Walaupun taktik ini telah terbongkar, jangan kita sekali-kali menyangka yang PR tidak akan meneruskannya. Percayalah yang mereka tetap akan mencubanya kerana mereka tahu ada di kalangan penyokong mereka dan rakyat Malaysia yang tidak mendapat maklumat mengenainya serta bakal percaya kepada apa saja pembohongan mereka.

Kesimpulannya, PR benar-benar bergantung kepada undi dari golongan yang buta tuli dan yang tidak mendapat maklumat untuk menang dalam PRU kali ini. Justeru, andainya BN dapat memastikan semua rakyat mendapat maklumat yang tepat, maka yang tinggal menyokong PR tentulah di kalangan buta tuli sahaja.

Apapun, semua pihak harus berjaga-jaga bagi memastikan taktik kotor PR tidak menjadi pada hari pengundian nanti. Kamera, CCTV, pemerhati dan pemantau wajar diletakkan sebanyak mungkin bagi memastikan PRU-13 berjalan lancar, bersih dan adil sepertimana biasa.

Wednesday, 3 April 2013

100 pencapaian BN di bawah Dato Seri Najib Tun Razak. #BNBagus #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #Najib4PM #Transformasi #BetterNation


1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.


3. PENTADBIRAN

9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).


4. EKONOMI DAN KEWANGAN

10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.


5. LUAR NEGARA

10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".

12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI
24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.


7. POLITIK

26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.


8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan.

Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing.

Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.


9. PENDIDIKAN

25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.


Sungguh hebat rekod dan pencapaian kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato Seri Najib  Tun Razak. Lagi rekod Dato Seri Najib boleh dilihat di laman web 1 Malaysia.

Inilah kerajaan yang menepati janji. Inilah kerajaan yang mendahulukan rakyat. Kerajaan BN perlu terus diberi mandat oleh rakyat Malaysia untuk negara kita menuju ke wawasan 2020.

Pakatan pembangkang dan Anwar Ibrahim jelas gagal mentadbir negeri-negeri di bawah pemerintahan mereka.

Sudahlah gagal, mereka seringkali membuat kucar-kacir dan memalukan nama Malaysia di mata dunia.

Anwar Ibrahim juga banyak disabitkan dalam aktiviti tidak bermoral. Sesungguhnya rakyat Malaysia perlu bijak menilai dan membuat perbandingan antara Anwar Ibrahim dan Dato Seri Najib.

Ayuh kita mengundi BN pada PRU-13!

#TukarKelantan : Nik Aziz Akui Senarai Daftar Pemilih Sudah Bersih?


Semakin hampir dengan pilihanraya, bermacam-macam kenyataan seakan mendesak pembubaran parlimen disegerakan. Desakan-desakan ini bukan sahaja di pentas politik malah dari pemimpin Parti Pembangkang.

Secara tidak langsung, desakan ini menandakan Pakatan Pembangkang telah mengakui bahawa senarai daftar pemilih sudah bersih. Mungkin mereka lupa suatu ketika dahulu mereka sepakat untuk tidak akan membubarkan dun jika senarai undi masih lagi diragui. Berbeza dengan sekarang, kenyataan demi kenyataan oleh mereka seolah sudah mengiktiraf sistem pilihanraya di negara kita adalah telus!

Berikut adalah kenyataan dari Nik Aziz :-
Parlimen tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya parti PAS dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Senarai calon, kita kira sudah selesai...tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. 
Nampaknya Nik Aziz sudah cukup mengakui bahawa senarai daftar pemilih telah bersih dengan menyatakan kesediaan beliau. Jadi, bila keputusan PRU diumumkan nanti janganlah jadi lidah bercabang dengan menyalahkan mana-mana pihak.

Dalam keyakinan kesediaan Nik Aziz, beliau masih lagi mengkritik pemberian BR1M oleh kerajaan.
Dari blog Gelombang Kick : -
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seakan tidak bersedia dan kurang yakin Pas dapat mengekalkan kuasanya di Kelantan jika parlimen benar-benar dibubarkan esok.

Dalam satu kenyataan ketika memberi respon kepada soalan wartawan mengenai pembubaran parlimen akan dibuat esok, Nik Aziz dalam nada tak bersemangat enggan mengulas lanjut selain berkata, "Kira selesai, tiada masalah"

Bimbang reaksi ketakutannya dapat dihidu, Nik Aziz cuba mengalihkan jawapannya dengan mengatakan semua yang dilakukan oleh Umno adalah salah termasuklah membantu meringankan beban rakyat menerusi sumbangan BR1M juga adalah salah.

"Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang, sebab tu dia bagi duit, bagi duit kerana apa ? Samada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram, kalau beri tu upah suruh rakyat undi dia, politik bukan kerja upah, mengundi hak masing-masing, salah belaka Umno".

Bagaimanapun rakyat mungkin agak bingung dengan kenyataan Nik Aziz dan pemimpin pembangkang, mereka tahu kata mengundi itu adalah hak masing-masing, namun masih juga mempersoalkan pemberian BR1M yang diberikan oleh kerajaan BN sebagai rasuah pilihanraya.

Sedangkan rakyat bebas untuk memilih mana-mana kerajaan sekalipun tanpa terikat dengan pemberian BR1M yang disumbangkan oleh kerajaan, sumbangan itu menguntungkan rakyat, dengan keuntungan yang telah diberi buktikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab tadi, maka sudah menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa perlu dipaksa untuk terus mengekalkan kerajaan Barisan Nasional mentadbir negara kita, tidak ada sebab untuk kita menolaknya.
 
Baca selanjutnya....

Pssst :- Sekarang dah bubar!!! Bakpo tak nafi?

SPR dan sistem pilihanraya di Malaysia belum cukup adil?



Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar mengundi untuk memilih calon serta parti yang dirasakan layak untuk diberi kuasa mentadbir negara selama tempoh beberapa tahun. 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil. 
Pertamanya, SPR telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu. Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang telah didaftarkan. 
Keduanya, SPR juga telah mula membenarkan undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh mengundi lebih awal. 
Ketiga, penggunaan dakwat kekal juga diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.
Kesemua insiatif itu adalah sebahagian daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila menandatandangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International baru-baru ini dan saya juga akan memastikan setiap calon Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama.
Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menghadapi musim pilihan raya yang bakal tiba. Mari maju ke hadapan bersama.
- PM Najib Razak

Sedar atau tidak, telah banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Kebanyakan tuntutan-tuntutan Bersih telah pun diambil pertimbangan sewajarnya oleh SPR dan sebahagian daripadanya telah pun dipersetujui untuk dilaksanakan.

Bagi penyokong pembangkang yang masih lagi menuduh SPR tidak bersih, apa lagi yang anda mahukan? Belum puaskah dengan segala penambahbaikan yang telah SPR lakukan? Belum yakinkah anda pada SPR?

Bagi penyokong pembangkang yang masih mengatakan demokrasi tidak subur di Malaysia, bukankah suara anda melalui Bersih turut didengar oleh kerajaan dan itu membuktikan demokrasi dan kebebasan bersuara subur di Malaysia?

Sepatutnya penyokong pembangkang berterima kasih kepada kerajaan BN kerana masih menerima sebahagian daripada tuntutan-tuntutan mereka walaupun tuntutan-tuntutan itu dibuat dengan cara yang tidak betul. 

Setelah SPR banyak melalui proses transformasi, sewajarnya badan bebas itu semakin diyakini oleh rakyat Malaysia.

Kalaupun SPR tidak melakukan sebarang penambahbaikan untuk proses pilihanraya, belum cukupkah keputusan pilihanraya sebelum ini untuk meyakinkan penyokong pembangkang?

Jika SPR dan pilihanraya tidak bersih, mana mungkin pembangkang mampu merampas banyak negeri daripada BN pada PRU yang lepas dan mana mungkin Kelantan dapat ditadbir PAS lebih daripada 23 tahun. Kalaulah kerajaan mampu mengawal keputusan pilihanraya, sudah tentu negeri Selangor tidak dilepaskan begitu sahaja kepada pakatan pembangkang.

PRU 13 semakin hampir. Sepatutnya tiada lagi pertikaian dibuat ke atas SPR dan sistem pilihanraya di Malaysia. Marilah kita menanti semboyan dibunyikan untuk kita terus memberi mandat kepada Barisan Nasional.



Wednesday, 27 March 2013

#TukarKelantan : Rakyat Kelantan sekali lagi berhimpun bantah isu tanah


Satu perhimpunan bernama Himpunan Bantahan Isu Tanah dan Mohon Sembah Memorandum kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan akan diadakan untuk menyampaikan suara rakyat Kelantan kepada pihak berwajib.

Perhimpunan tersebut akan diadakan pada hari Khamis, 28 Mac 2013 pada jam 9.30 pagi. Perhimpunan akan bermula di Dataran Muhammadi dan kemudian peserta perhimpunan akan berarak ke Istana Balai Besar.

Rakyat Kelantan yang menjadi mangsa kezaliman Kerajaan PAS Kelantan sekali lagi akan berhimpun selepas siri-siri perhimpunan sebelum ini mencecah angka puluhan ribu rakyat.

Rakyat sebelah Kelantan Utara juga akan bersama menyokong penyerahan memorandum ini bagi memanifestasikan ketidakpuasan hati mereka.

Ini merupakan kemuncak kepada bantahan rakyat mengenai isu tanah yang diambil mudah oleh kerajaan PAS Kelantan.

Ayuh bersama ribuan rakyat berhimpun di Dataran Muhammadi dan berarak ke Istana Balai Besar.

Untuk makluman, perhimpunan ini sudah mendapat permit dan kebenaran dari pihak berkuasa. Maka tidak perlu dirisaukan kerana perhimpunan ini tidak akan menjadi seperti perhimpunan haram Bersih.

 

Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan!

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?