Showing posts with label kelate. Show all posts
Showing posts with label kelate. Show all posts

Monday, 29 April 2013

#TukarKelantan : "Rakyat Kelantan menyebelahi BN" - Dato Seri Mustapa Mohamed #PRU13 #GE13


Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.

Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.

Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.

“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.

Baca lebih lanjut di Astro Awani.

Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Monday, 22 April 2013

[VIDEO] : Ribuan Rakyat Kelantan Berarak Bersama Calon BN. #TukarKelantan


Penamaan calon di Kelantan pada PRU13 mungkin telah mencatat sejarah tersendiri di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila jumlah penyokong-penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon di bahagian masing-masing mendominasi setiap pusat penamaan calon di seluruh Kelantan.

Jumlah yang begitu ramai boleh dianggap sebagai manifestasi sokongan rakyat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan selepas 23 tahun diperintah oleh parti itu.

Nisbah penyokong-penyokong BN pada hari penamaan calon berbanding penyokong-penyokong PAS boleh dikatakan 3:1 dan 2:1 di kebanyakan kawasan, dan seimbang di beberapa kawasan.

Benar jumlah penyokong-penyokong yang berarak pada hari tersebut tidak melambangkan jumlah sokongan rakyat kepada sesebuah parti. Namun ia menunjukkan BN Kelantan mempunyai jentera yang begitu hebat dan bersemangat.

PRU kali ini sudah pasti memberi kelainan kepada BN Kelantan kerana BN Kelantan dilihat lebih bersedia pada tahun ini berbanding tahun 2008.

Jika pada PRU sebelum ini ceramah-ceramah BN tidak mendapat sambutan, kali ini ceramah-ceramah BN mendapat sambutan luar biasa dan seringkali mengalahkan ceramah-ceramah PAS.

Tidak hairan jika penyokong-penyokong BN mampu mendominasi pusat-pusat penamaan calon kerana selama ini mereka telah menanti selama 23 tahun untuk melihat perubahan kuasa berlaku di Kelantan.

Dengan semangat gelombang merah, InsyaAllah Kota Darulnaim akan kembali ke tangan BN pada 6 Mei 2013 nanti.

Saksikan video sekitar penamaan calon PRU13. Gambar-gambar boleh dilihat di entry ini.

Monday, 8 April 2013

[FOTO] : 10 Kambing Unik ? #TukarKelantan

[10]
Kambing Senyum Manis


[9]
Kambing Bunuh Diri


[8]
Kambing Terbang


[7]
Kambing Rempit


[6]
Kambing Gersang


[5]
Kambing Sulu


[4]
Kambing Retis


[3]
Kambing Jiwa Rock


[2]
Kambing Kacukan Unta


[1]
Yang Mana Satu Kambing Ni???


Pssst... Kemana hilang hilangnya duit RM 6 juta untuk projek kambing Jamnapari???

Friday, 5 April 2013

#TukarKelantan : Penjaga syurga dan neraka bernama Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan antara beberapa pemimpin utama PAS yang tak pernah serik dari mencetuskan kontroversi demi kontroversi gara-gara tutur katanya yang kasar, celupar dan tidak berhikmah.

Tak berapa lama dulu Nik Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya penjaga kunci yang akan menentukan orang yang sokong PAS masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.

Sebelumnya, Nik Aziz dengan selamba menyatakan kesediaan bersahabat dengan syaitan semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama PAS dengan DAP.

Terbaru, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.


Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Makin tua makin merapu pula orang tua tak sedar diri yang gila kuasa mahu bertongkat langit sampai mati ini.

Nampak sangat Nik Aziz dah tersesat arah kerana salah memahami maksud kebangsaan mengikut fahaman sempit, tapi peliknya liberalisme dan pluralisme yang berakar umbi dalam PKR sedikit pun tak berani disentuhnya.

Ada pemimpin Melayu yang bersekongkol dalam DAP yang berpegang pada fahaman sosialis, tak pula Nik Aziz pertikaiannya. Mentang-mentang geng sendiri, hipokrit punya manusia bertopengkan agama.

Nik Aziz sebenarnya terdesak nak memainkan semula persepsi yang PAS itu Islam dan Islam itu PAS, menyokong PAS bermakna menyokong Islam dan menolak PAS maka dituduhnya menolak Islam.

Hakikatnya, Nik Aziz tak sedar yang PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata yang tertubuh akibat kekecewaan pemimpin-pemimpin awalnya.

Untuk pengetahuan Nik Aziz, semangat kebangsaan atau nasionalisme yang mendasari perjuangan UMNO merujuk pada wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam, maksudnya satu perjuangan mendaulatkan tanah air tanpa mengetepikan ajaran Islam.

Susur galur fahaman yang sama juga yang mendasari kelahiran PAS di zaman Ahmad Fuad yang kemudian diteruskan oleh Burhanuddin Al Helmi dan Asri Muda. Adakah Nik Aziz sanggup mengira pahala dan dosa mereka, atau sebab mereka ini pernah bersama PAS maka terkecuali dari timbang tara Nik Aziz dan PAS?

Orang UMNO yang Nik Aziz kata tak dapat pahala bila bersolat inilah yang sakan berjuang memerdekakan tanah air dan berjuang memajukan ummah untuk bersaing dengan penganut agama lain supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.

UMNO ini jugalah yang sibuk berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah S.W.T dari dinodai oleh DAP dan PKR, sedangkan PAS sehingga sekarang gagal mengubah dasar PR supaya kembali menghormati kalimah Allah S.W.T.

Justeru itu, tak usahlah Nik Aziz memesongkan orang ramai tatkala diri sendiri gagal memahami realiti, lebih baik Nik Aziz cermin diri sendiri dan perbetulkan hala tuju PAS yang semakin dekat bergelumang dengan fahaman PR yang liberalisme dan pluralisme, ada juga faedahnya.

Wednesday, 3 April 2013

#TukarKelantan : Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan!

UMNO Kelantan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed berkeyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Kelantan yang berdiri teguh di belakang Barisan Nasional.

Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satu pun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Kelantan merasa jelek dengan mereka.

Pada masa yang sama, UMNO Kelantan telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan pemimpin UMNO dengan rakyat Kelantan dan memberi maklumat jelas kepada rakyat Kelantan.

Antara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Kelantan adalah Gerakan TUKAR. Mereka membawa mesej "Gelombang Merah" untuk menawan Kota Darul Naim. 


"Gelombang Merah" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .

UMNO Kelantan percaya "Gelombang Merah" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu menjadikan pilihanraya kali ini menjadi "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan".


Agenda untuk menjadikan "Tahun TUKAR Kerajaan PAS Kelantan" ini bukan sahaja melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Kelantan, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Kelantan.

UMNO Kelantan amat berharap rakyat Kelantan tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah malahan menggunakan pengaruh Gerakan TUKAR untuk memenuhi ceramah.


UMNO Kelantan akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Kelantan untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tonton video 6 janji Tok Pa untuk rakyat Kelantan :-



Gelombang Merah, BN Merentah! TUKAR Kerajaan PAS Demi Rakyat!

#TukarKelantan : NGO R Terdesak, Jawatankuasa Khas Diperkenan Tuanku Sultan Muhammad V.

Ketika rakyat kelantan dihasut, ketika NGO ROYALTI menjaja isu, kita bersyukur dan bangga kerana khabarnya YTM Tengku Mahkota Kelantan telah diperkenankan Tuanku Sultan Muhammad V sebagai wakil Negeri Kelantan di dalam jawatankuasa khas. Dan khabarnya sudah dua kali jawatankuasa ini bersidang. Kita selaku rakyat percaya sepenuh hati Tengku Mahkota merupakan pilihan terbaik. Kita berharap tiada lagi perbuatan tidak rasional atau cakap 'lidah bercabang' dalam cubaan mengelirukan rakyat mengenai isu tuntutan Royalti oleh pimpinan PAS dan NGO R.
KUALA LUMPUR: Tuntutan royalti petroleum RM12 bilion oleh kerajaan negeri Kelantan tidak bersandarkan kepada asas-asas munasabah, menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri (PMO).  
Menurut PMO, tuntutan itu bukan sahaja tidak munasabah dari segi perundangan, tetapi juga dari tatacara teknikal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran gas dan minyak di kawasan yang terbabit. 
"Mengikut undang-undang, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan, sepertimana juga Negeri Terengganu dan semua negeri di Semenanjung Malaysia hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran hasil petroleum yang dikeluarkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari ukuran garis air surut ataupun pesisiran pantai negeri," menurut PMO.  
Menurut PMO, kawasan-kawasan yang mengeluarkan hasil petroleum di luar perairan negeri Kelantan adalah Blok PM301, Blok PM2, Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA) dan Kawasan Pengaturan Komersil di antara Malaysia and Vietnam (PM3 CAA).  
"Blok PM301 dan Blok PM2 melebihi tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai Negeri Kelantan tetapi berada dalam kawasan perairan Malaysia. MTJDA pula merupakan kawasan yang dituntut Thailand dan PM3 CAA merupakan kawasan yang dituntut Vietnam," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.  
Menurut PMO, kawasan yang dituntut Thailand iaitu MTJDA adalah di bawah pihak berkuasa bersama Malaysia-Thailand (MTJA) yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti-aktiviti di dalam kawasan ini dan bukan hanya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sahaja. 
"Ini adalah kerana isu sempadan laut di antara kerajaan Malaysia dan Thailand sehingga kini masih belum diselesaikan secara muktamad," kata PMO.  
Oleh itu, Malaysia dan Thailand sudah memeterai Memorandum Persefahaman yang perlu dipatuhi kedua-dua negara selagi isu sempadan laut tidak dapat diselesaikan, menurut PMO. 
"Ini adalah untuk mengelakkan pertelingkahan di antara Malaysia dan Thailand. Kedua-dua negara telah bersetuju supaya bayaran lima peratus daripada nilai pengeluaran petroleum dibuat kepada Malaysia, dan Thailand juga menerima lima peratus daripada nilai pengeluaran petroleum," menurut PMO.  
Menurut PMO, kawasan ini telah mengeluarkan hasil semenjak tahun 2005 dan sehingga tahun 2012, kerajaan Persekutuan sudah menerima bayaran berjumlah US$600.27 juta ataupun RM2.1 bilion daripada kawasan terbabit.  
Menurut PMO, berdasarkan perjanjian di antara Malaysia dan Vietnam bagi kawasan tuntutan Vietnam iaitu PM3 CAA, Kerajaan Persekutuan menerima bayaran lima peratus iaitu sejumlah RM2.2 bilion daripada hasil yang dikeluarkan di kawasan tersebut semenjak tahun 2005.  
"Kerajaan Persekutuan sudah menerima sejumlah RM285.1 juta hasil daripada pengeluaran petroleum di kawasan Blok PM301 dan Blok PM2 yang bermula pada tahun 2009," menurut PMO.  
Memandangkan Blok PM301 dan Blok PM2 terletak di luar perairan Negeri Kelantan kerana melangkaui tiga batu nautika dari garis air surut atau persisiran pantai negeri itu, kerajaan Kelantan tidak layak dari segi undang-undang untuk mendapat bayaran daripada hasil pengeluaran kedua-dua blok itu," menurut PMO.  
Menurut PMO, kerajaan Persekutuan tetap membuat bayaran kepada negeri Kelantan dalam bentuk wang ehsan daripada hasil pengeluaran kedua-dua blok itu di mana sehingga Februari tahun ini, bayaran tunai yang dikreditkan ke Akaun Amanah Wang Ehsan Negeri Kelantan adalah berjumlah RM142.6 juta.  
"Daripada jumlah tersebut sebanyak RM100.8 juta telah disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan untuk membiayai program wang ehsan seperti bantuan bagi pelajar IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), khairat kematian, membaiki rumah bagi golongan miskin, bantuan bencana, bantuan persekolahan dan bantuan anak yatim," menurut PMO.  
Selain itu, tuntutan RM12 bilion kerajaan negeri Kelantan adalah tidak munasabah kerana jumlah bayaran yang diterima oleh kerajaan Persekutuan daripada kesemua empat kawasan, iaitu MTJDA (Malaysia-Thailand), PM CAA (Malaysia-Vietnam), Blok PM301 dan Blok PM2 yang mengeluarkan hasil petroleum sehingga kini adalah RM4.58 bilion.  
"Kerajaan Negeri Kelantan bukan sekadar menuntut apa yang tidak termaktub dalam undang-undang bahkan tuntutan mereka itu berkali-kali ganda lebih daripada apa yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan.  
"Memandangkan tuntutan ini tidak ada asasnya, maka tindakan pihak-pihak tertentu dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk mengelirukan rakyat Kelantan adalah amat dikesali," kata PMO.  
Menurut PMO, kerajaan Persekutuan sebenarnya berbelanja dalam jumlah yang lebih besar melebihi jumlah hasil yang dikutip daripada negeri Kelantan.  
Menurut PMO, umpamanya bagi tempoh tahun 2008 hingga tahun 2012, perbelanjaan kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM26.37 bilion berbanding hasil yang dikutip daripada negeri Kelantan bagi tempoh yang sama berjumlah RM2.07 bilion.  
"Jika dinisbahkan, jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berbanding dengan kutipan hasil di negeri Kelantan, adalah sangat besar, iaitu 13:1.  
Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan adalah merangkumi perbelanjaan mengurus berjumlah RM20.03 bilion, perbelanjaan pembangunan berjumlah RM4.84 bilion dan pemberian kepada kerajaan negeri berjumlah RM1.5 bilion.  
Hasil dikutip dalam bentuk Cukai Langsung oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM1.41 bilion, Cukai Tak Langsung oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjumlah RM0.31 bilion dan Hasil yang dipungut oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjumlah RM0.35 bilion.  
Selain itu menurut PMO, kerajaan Persekutuan sudahpun bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur.  
"Kerajaan Persekutuan telah melantik ahli-ahli yang non-partisan, pakar-pakar dalam bidang berkenaan dan wakil-wakil Kerajaan Negeri yang terbabit untuk menganggotai Jawatankuasa Khas ini yang akan menentukan sama ada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia berhak dari segi undang-undang menerima bayaran tunai hasil petroliam di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan kaedah pembayarannya," menurut PMO.  
"Jelas daripada semua yang tersebut di atas, Kerajaan Persekutuan telah berlaku adil kepada negeri dan rakyat Kelantan," menurut PMO sambil menambah, ini membuktikan keterbukaan kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan perselisihan faham antara semua pihak secara munasabah dan konstruktif.  
Usaha Kerajaan Persekutuan ini adalah untuk menjamin bahawa hak-hak semua pihak ditentukan berlandaskan undang-undang yang terpakai pada masa kini, menurut PMO. - BERNAMA
Tonton penjelasan lanjut  mengenai Royalti dan Jawatankuasa Bayaran Tunai : -



Pssst :- Siapa pengkhianat sebenar? Ulamak lidah bercabang ke?

Thursday, 28 March 2013

#TukarKelantan : Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan #BoLaWei

Pada jam 9.30 pagi tadi telah diadakan Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan Mohon Sembah Memorandum Kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Gerakan TUKAR, PERKASA, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan(MTRK) dan kira-kira 4,000 rakyat yang hadir dari seluruh pelusuk negeri Kelantan ke Dataran Muhammadi bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan PAS Kelantan yang merampas tanah hak milik anak-anak Kelantan dan dijual kepada syarikat swasta.

Rakyat Kelantan kini sedar bahawa Kerajaan PAS ibarat kera hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Kita patut TUKAR Kerajaan PAS Kelantan pada PRU13 yang akan datang.

KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan adalah Payung Rakyat dan menjadi Ketua kepada Jajahan/ Tanah Takluk. Kami rakyat Memohon Sembah Memorandum setebal 314 muka surat berkenaan lot-lot tanah yang DINODAI oleh Kerajaan JIN Tanah.








Sumber : Kaki Rayau KB

Wednesday, 27 March 2013

[FOTO] : 10 Stadium Ajaib Di Dunia #TukarKelantan

Untuk peminat bola sepak patut tahu wujudnya stadium yang unik di dunia, jom kita saksikan 10 stadium terunik di dunia.

[10]
South Africa Mmabatho Stadium




[9]
Norway FC Aalesund 




[8]
Bulgaria FC Chernomorets Balchik 


[7]
Singapore, Marina Bay. Made 





[6]
The Faroe Islands 


[5]
Brazil Eco-Stadium 





[4]
Croatia Gospin 




[3]
Portugal, Braga. One 





[2]
Venezuela, Caracas "Cocodrilos Sports Park"


[1]
Stadium Bukit Merbau, Kelantan





Uniknya mengenai Stadium Bukit Merbau ini mari kita lihat tarikh betapa efisyennya Kerajaan Kelantan melaksanakan projek untuk Rakyat:


18 Mei 2011 - Sidang Media oleh Menteri Besar Kelantan mengumumkan projek berkenaan.
Oktober 2011 - Dibentangkan di Sidang DUN. Dijangka projek bermula Mac 2012.
30 Mac 2013 - Majlis pecah tanah!!!!


Kita tidak tahu bilakah projek berkenaan akan siap sekiranya PAS terus memerintah. Selepas projek pecah tanah, mungkin Husam Musa akan panggil pula untuk perasmian perletakaan batu asas, tahun depan. Inilah PAS. Sentiasa menggula-gulakan Rakyat Kelantan dengan perasmian pecah tanah dan perletakan batu asas. Projek-projeknya tidak pernah siap!!!


psstt : Demo raso hok mano sor paling unik...????

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?