Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

#TukarKelantan #PRU13 : PAS kutip derma untuk Lahad Datu atau dana pilihanraya?



Meskipun PAS tidak menyatakan dengan jelas pendirian mereka dalam Isu Lahad Datu, pemimpin PAS terutamanya daripada Dewan Pemuda PAS telah melancarkan kutipan derma bagi Lahad datu.

Pelancaran Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu jelas mengelirukan apabila tidak jelas sama ada ia dilancarkan memang khusus untuk insiden di Lahad datu atau kempen politik mereka menjelang Pilihan raya Umum ke-13 semakin hampir.

Malah, apabila semakan dibuat, akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan berkenaan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.


Promosi tabung tersebut juga dibuat oleh laman Harakah Daily dan boleh dilihat menerusi laman sesawang Harakah Daily.

Sudah terang lagi bersuluh apabila Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh insiden Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional dan PAS sehingga hari ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan membantah atau menyokong kenyataan Tian Chua tersebut.

Sebaliknya pemimpin PAS menuduh insiden pencerobohan yang mengorban 10 nyawa perjaurit tanah air itu adalah berpunca daripada kemiskinan penduduk yang diabaikan Barisan Nasional.

Sedangkan rakyat sedar kehadiran militan Sulu di bumi Sabah adalah untuk menuntut Sabah dan kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.

Sikap PAS melancarkan tabung itu dipuji, mungkin wujud perasaan patriotik dalam jiwa mereka, namun persoalan timbul adakah benar dana daripada tabung itu akan diterima keluarga perajurit yang terkorban dan cedera dalam insiden berdarah itu?

PAS juga perlu menyatakan secara terbuka pendirian mereka dengan kenyataan Tian Chua, bukan hanya tahu mengutip derma sahaja.

Pelancaran tabung tersebut sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik PAS untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.

Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat, PAS perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit. Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik.

Sunday, 31 March 2013

Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang. #UUlangISaman #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka. Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara. Atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.

Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.

Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.

Sedangkan  menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.

Namun begitu, Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media. Itu sahaja.

Sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?

Harakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?

Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.

Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.

Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.

Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim?

Betul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota, bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.


Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin! Kalau beginilah caranya, alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan.

Bukan main mereka membidas kerajaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan media, walhal sebenarnya merekalah yang kerap menghalang media.

Siapa yang paling banyak saman media selain Anwar Ibrahim? Itu pun saman sebagai langkah untuk buat rakyat fikir dia tidak salah.

Sudah banyak kali pemimpin pembangkang mengggertak wartawan, malah lebih teruk mengusir wartawan keluar. Bila tidak dapat menjawab soalan, maka wartawan dihalau. Hebat sungguh kebebasan media ala pakatan pembangkang.


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?