Dato ' Sri Mustapa Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Beliau juga adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau dilahirkan pada 25 September 1950 di Bachok, Kelantan. Sekarang beliau merupakan Ahli Parlimen Jeli, Kelantan.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Bachok pada 1957 dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (inggeris) Bachok pada 1963.
1969, beliu menamatkan pengajian beliau di Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) Jalan Telipot,Kota Bharu dan menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi di University of Melbourne, Australia
1973 dan mendapat Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi pada 1982 dari Boston University, Amerika Syarikat.
Kerjaya pertama beliau adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1974.
Beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Sebelum menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , beliau pernah menjadi Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Rakyat keluar mengundi BN - Sumber gambar : Facebook
Mengikut trend nasional, BN dikatakan sedang mendahului di negeri Kelantan setakat jam 1 tengahari tadi. InsyaAllah jika trend ini berterusan, BN akan membentuk kerajaan negeri yang baru esok.
Berdasarkan trend sekarang, kemungkinan besar momentum PRU11 akan berulang di mana rakyat memberikan sokongan hebat kepada BN.
Trend ini bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain dan peringkat pusat juga. Penulis yakin BN akan memenangi 2/3 majoriti.
Masih ada masa lagi untuk rakyat Kelantan keluar mengundi. Pastikan undi Barisan Nasional untuk Kelantan baru, Kelantan maju.
Berikut adalah gambar calon BN Parlimen Ketereh,Tan Sri Annuar Musa dan calon BN Parlimen Kota Bharu, Dato Fatmi keluar mengundi pagi tadi.
57 perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan jika BN menang telah diumumkan oleh BN Kelantan.
Berikut adalah senarai 57 faedah yang bakal dinikmati rakyat Kelantan.
AKU JANJI DATO' SRI NAJIB
1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU. 2. STADIUM BARU. 3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR. 4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA. 5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN. 6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK. 7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU. 8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.
IKRAR DATO' PA 9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI. 10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI. 11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.
SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK 12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH. 13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK. 14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH. 15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG. 16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK. 17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK. 18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.
PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI
19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH. 20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI. 21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ. 22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.
PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN. 24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. 25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.
SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA
26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000. 27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000. 28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000. 29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.
SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA
30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500 31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100. 32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN. 33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.
BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK 34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500. 35. BANTUAN ANAK YATIM RM300. 36. BANTUAN OKU RM1,500. 37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.
SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG 38. IJAZAH PERTAMA RM1,500. 39. DIPLOMA RM1,000 40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800. 41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.
KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA 42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN. 43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU. 44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU. 45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA. 46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.
HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA 47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH. 48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB. 49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT. 50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU. 51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.
GERAN KEPADA NGO 52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.
KEMUDAHAN ASAS
53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL. 54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA. 55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS. 56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN. 57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.
Lihat video komen Pengerusi Gerakan TUKAR Negeri Kelantan, saudara Kamarudin Kasim (Jogho Kelate) mengenai 57 faedah yang menanti rakyat Kelantan jika BN memerintah.
1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.
Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar
2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.
Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan
3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.
Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa
4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.
PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera
5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal).
Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti
6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.
TUKAR vs KEKAL
7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.
Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli
Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.
Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!
Rakyat Kelantan yang mengundi di N42 DUN Dabong diseru supaya memilih Dato Ramzi Abdul Rahman dari Barisan Nasional sebagai wakil rakyat.
Dato Ramzi yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai pernah menjadi ADUN Dabong dari tahun 2004 sehingga 2008.
Sepanjang tempoh tersebut, BN telah banyak membawa pembangunan di Dabong. Antara pembangunan yang dibuat BN adalah Jambatan Dabong yang menjadi ikon kepada rakyat di sana.
Dato Ramzi juga sewaktu berkhidmat sebagai ADUN Dabong telah membawa masuk perkhidmatan telefon ke Dabong. Sebelum itu, tiada perkhidmatan telefon di sana.
Masalah bekalan elektrik juga telah berjaya diselesaikan oleh BN ketika itu. Banyak kawasan di Dabong yang tidak mendapat bekalan elektrik sebelum itu.
Jika BN sekali lagi diberi mandat untuk mewakili rakyat Dabong ke sidang DUN Kelantan, Dato Ramzi berjanji akan menyambung pembangunan yang terhenti sejak DUN tersebut diambilalih oleh calon PAS pada PRU12 yang lepas.
Jelas Dato Ramzi, Dabong adalah kawasan pedalaman yang memerlukan pembelaan dari kerajaan Barisan Nasional. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Dabong.
Ditanya mengenai kepimpinan Dato Seri Najib, beliau berkata Dato Seri Najib telah berjaya membawa transformasi kepada negara dalam pelbagai bidang.
Contoh sumbangan kerajaan yang banyak membantu rakyat adalah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Pada tahun 2012, seramai 22,000 ketua isi rumah menerima BR1M di Kuala Krai. Pada tahun 2013, 28,800 termasuk golongan muda menerima BR1M 2.0.
Dato Ramzi berharap rakyat akan terus memberi mandat dan sokongan kepada BN kerana BN terbukti sebuah parti yang menepati janji.
Beliau mengingatkan supaya membuat keputusan dengan tenang dan tidak mengikut emosi.
Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan.
Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi kemudian digantikan oleh Timbalan MB Kelantan.
Gambar Nik Aziz di banner pun tidak menarik orang ramai untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong. Mungkin wajah Nik Aziz kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.
Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan Nik Aziz. Bukan sahaja majlis seperti ini, malah ceramah-ceramah berkelompok PAS di Kelantan juga hambar.
PAS cuma mengharapkan ceramah-ceramah utama yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka.
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin rakyat Kelantan akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memerintah semula Kelantan selepas 23 tahun ditadbir oleh kerajaan negeri PAS.
Keyakinan beliau itu dibuat berdasarkan sentimen semasa rakyat yang katanya, dilihat lebih menyebelahi BN.
Mustapa berkata, rakyat Kelantan mengakui banyak masalah yang tidak berjaya diselesaikan kerajaan negeri Pas termasuk kegagalan menyelesaikan isu air sehingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
“Mereka (rakyat) mahu BN diberi peluang kerana mereka lebih terima konsep yang dibawakan oleh BN, seperti konsep 1Malaysia, “ kata Mustapa dalam satu temuramah eksklusif bersama penganalisis politik Karim Raslan untuk Astro Awani, baru-baru ini.
“Kalau dulu mereka selesa dengan Pas tetapi kini mereka lebih selesa dengan BN kerana kepada mereka Pas telah diberikan peluang selama 23 tahun untuk mengubah keadaan hidup mereka namun tiada apa yang berlaku,” tambah Mustapa.
BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.
Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.
Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.
Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.
"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.
Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.
Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.
Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.
Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.
Blog Tukar Kelantan sebelum ini pernah mendedahkan lokasi kedai yang bertukar menjadi "tarian punggung" yang terletak cuma 600 meter dari rumah Nik Aziz.
Tujuan pendedahan itu bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk dijadikan persoalan mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dan kerajaan negeri.
Turut menjadi persoalan adalah bagaimana kedai yang terletak begitu hampir dengan rumah ulamak yang diagung-agungkan penyokong-penyokong PAS itu boleh beroperasi pada lewat malam dan bebas memainkan musik dengan kuat, malah menayangkan tarian lucah.
Oleh kerana video tersebut banyak dikritik kesahihannya kononnya ia adalah satu fitnah, kali ini video yang lebih jelas menunjukkan lokasi kedai tersebut dan jaraknya dengan rumah Nik Aziz dikeluarkan.
Pendedahan asal mengenai aktiviti kedai tersebut boleh dilihat di pautan ini. Laporan mengenainya juga telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di pautan ini.
Melihat bendera-bendera PAS banyak digantung di dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, penulis sangkakan peniaga-peniaga di pasar tersebut majoritinya menyokong PAS. Rupanya sebaliknya!
Rata-rata peniaga yang penulis temui tidak berpuas hati dengan urustadbir pasar tersebut oleh kerajaan PAS Kelantan.
Pelbagai rungutan yang dilontarkan termasuklah keadaan pasar yang tidak diurustadbir dengan baik, kos yang dikenakan dan peraturan yang tidak dikenakan mengikut yang sepatutnya.
Mereka mempertikaikan kecekapan pengurusan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Pihak peniaga berkata mereka sudah banyak kali membuat aduan namun tiada tindakan susulan diambil.
Puan Rohana Jaafar merungut mengenai jumlah pengunjung yang makin berkurang
Seorang peniaga yang telah lama berniaga di sana, Puan Rohana Jaafar berkata jumlah pengunjung yang datang ke pasar tersebut pernah mencapai 1 juta orang. Kini jumlah pengunjung yang datang kurang 500 orang seminggu.
Mohd Kassim Hassan pernah memohon kipas dipasang tetapi tidak diluluskan MPKB
Selain itu, peniaga juga merungut tentang keadaan pasar yang panas dan tidak memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna.
Mohd Kassim Hassan berkata semasa beliau menjadi pengerusi peniaga pernah membuat surat untuk memohon kipas dipasang di pasar tersebut. Permohonannya mendapat kelulusan UMNO Bahagian Kota Bharu, namun Majlis Perbandaran pula tidak memberi kelulusan.
Mohd Razali Ismail berkata peraturan pasar tidak dikuatkuasakan MPKB
Mohd Razali Ismail yang sudah 40 tahun berniaga di pasar berkenaan menyatakan hasrat untuk melihat pasar berkenaan ditambahbaik, barang-barang jualan teratur dan peraturan dikuatkuasakan.
Ada peniaga yang tidak mengikut peraturan dengan menjual barangan runcit di tingkat bawah. Ini menjejaskan pendapatan peniaga lain.
Katanya peraturan dikuatkuasakan dengan baik pada zaman pemerintahan BN tetapi berubah sejak diambilalih kerajaan PAS.
Beliau berharap jika BN berjaya mengambilalih kerajaan Kelantan, pasar berkenaan akan dibaikpulih kerana Dato Seri Najib semasa melawat pasar berkenaan telah berjanji untuk membaikpulih pasar.
Pasar berkenaan menempatkan lebih 1500 peniaga dan dibina ketika Barisan Nasional mentadbir Kelantan pada tahun 1986.
Saksikan video temubual bersama peniaga-peniaga Pasar Siti Khadijah. Kredit kepada Astro Awani.
Pergolakan dalam PKR terus berlaku, bukan sahaja di peringkat nasional, malah di peringkat negeri. PKR Kelantan tidak terkecuali terlibat dengan pelbagai masalah.
Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Parlimen Jeli, Zamri Ahmad membuat sidang media pada jam 3.30 petang di Grand Riverview Hotel bagi menyatakan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon DUN Kuala Balah.
Beliau berpendapat calon yang dipilih bagi DUN Kuala Balah sekarang tidak sesuai dan tidak berpengalaman. Tambahan pula, DUN Kuala Balah tidak mendapat bantuan Majlis Pimpinan PKR Negeri.
Beliau menyifatkan calon PKR di DUN tersebut seolah-olah menikam kerajaan negeri Kelantan dari belakang dan menggagalkan pilihanraya kali ini. Calon tersebut dikatakan tidak menjalankan tugas dengan baik dan dilihat seperti akan membuat PKR tewas di kerusi tersebut.
Beliau berkata calon tersebut gagal melakukan kerja yang sepatutnya pada musim kempen. Pendekatan berkempen yang diambil calon tersebut tidak memenuhi kehendak suasana pilihanraya dan seolah-olah sambil lewa.
Jentera pilihanraya PKR DUN Kuala Balah kini lesu. Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku protes dari segi sabotaj pada kertas undi.
60% jentera Parlimen Jeli dikatakan tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih. PKR Parlimen Jeli mempunyai 780 orang ahli dan sebahagian besarnya dari DUN Kuala Balah.
Beliau menanggap peluang PKR untuk menang di DUN Kuala Balah cuma 40%. Beliau mengkritik gerak kerja calon dan juga Majlis Pimpinan PKR Negeri kerana tidak memantau keadaan di sana. Peruntukan dari negeri dan calon juga dikatakan tidak sampai.
Inilah petanda PKR sedang menghadapi masalah besar. PKR pusat juga boleh disalahkan kerana tidak mengambil tahu suara hati rakyat. Bukan sahaja mereka berbalah sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat, malah di dalam parti PKR sendiri berlaku pergolakan.
Akibat pergolakan ini, Dato Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Abdul Aziz Derashid dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi Parlimen Jeli dan DUN Kuala Balah.
Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media BN, Kota Bharu semalam. Sidang media diketuai Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, Datuk Hassan bin Harun. Beliau adalah mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, dua kali telah tercalon iaitu pada 70an dan awal 80an, dan pernah bertanding melawan dengan Datuk Haji Nik Aziz pada tahun 1982 tetapi nasibnya tidak baik pada masa itu dan tidak menang.
Beliau berharap BN akan menang kali ini dan selaku Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, beliau akan membuat tinjauan seluruh Kelantan.
Beliau melahirkan rasa dukacita atas kematian jurukamera RTM, Allahyarham Yaacob di Gua Musang yang diserang sakit jantung selepas berlaku pertengkaran di hadapan rumahnya berhampiran Pejabat PAS Gua Musang.
Turut hadir di sidang media berkenaan adalah calon BN DUN Bunut Payong, Ustaz Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim yang berkelulusan dalam bidang agama dan juga calon DUN Panchor, Che Rosli. Datuk Hassan yakin bahawa kedua-dua calon tersebut memang layak untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut.
Beliau berpendapat DUN Bunut Payong adalah istimewa kerana DUN tersebut dianggap kawasan berpontensi besar untuk dimenangi BN. Jika menang, ia akan menambah lagi kerusi untuk DUN bagi memenangi negeri Kelantan.
Beliau juga berkata wujud pergolakan ahli-ahli parti PKR di kawasan-kawasan tersebut.
"Saya difahamkan calon-calon bukan orang tempatan sedangkan pemimpin-pemimpin parti di tempat itu sudah ada calon yang rakyat minat, tiba-tiba bawa turun orang yang tidak dikenali. Bagi pendapat saya, ini merupakan satu class point untuk Barisan Nasional sekiranya calon-calon ini ditolak ke bawah sekaligus menimbulkan suasana resah dan kemungkinan kita ada peluang lebih baik untuk diterima oleh rakyat," kata beliau.
Menjawab soalan wartawan mengenai perjalanan kempen BN, beliau berkata jentera pilihanraya mulai panas.
"Saya pergi di Kubang Kerian semalam, ia menunjukkan bahawa pihak di bawah sudah menunggu sahaja untuk melakukan apa yang sepatutnya dalam pilihanraya ini. Saya rasa bukan Kubang Kerian sahaja, Kubang Kerian itu sudah terkenal dari dulu sebagai satu kawasan hitam, sekarang ini menjadi kawasan harapan. Malahan di Pasir Tumboh itu sendiri yang tidak pernah dimasuki oleh pihak BN. Kita boleh masuk di kawasan pondok dan apabila salah seorang penceramah bebas dari pihak kita membuat perjumpaan di sana, bukan seorang dua, malah ribuan manusia. Dua tiga malam lepas di Padang Enggang, sampai 4000 orang keluar, tidak pernah berlaku sebelum ini. Menunjukkan perubahan di bawah, ini menunjukkan imsplikasi apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.
Ditanya mengenai pengumuman manifesto PAS, beliau berkata PAS tidak membuat apa-apa dan janji-janji mereka juga tidak tertunai.
Beliau berkata BN telah membuat banyak pembangunan di bandar Kota Bharu.
"Kamu semua boleh tengok bangunan, jalanraya itu semuanya yang didatangi dari Kerajaan Persekutuan. Bukan dari duit kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak pernah pun, malahan hasil dalam negeri Kelantan sekadar cukup-cukup untuk membayar gaji. Kalau tidak ada “capitation ground”, Kelantan tidak akan dapat lihat apa yang ada sekarang ini. Kerajaan BN tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Saya rasa sebab ini untuk rakyat, kita tidak menunjuk-nunjuk kita buat sesuatu, sebab ini sudah “natural” dari Kerajaan Persekutuan. Itu menandakan macam sekolah, hospital, bayangkan hospital di Kota Bharu sahaja, kita ada dua hospital hospital besar, Hospital Kubang Kerian dan Hospital Kerajaan Kota Bharu," tegas beliau.
Ditanya mengenai peluang BN untuk merampas Parlimen Pengkalan Chepa, beliau berkata "Sebenarnya perkataan kubu kuat PAS atau “metal box”, kita hanya rasa kubu kuat PAS, kubu kuat PAS lah tapi dengan kerja kuat yang kita telah buat, sudah tidak jadi kubu kuat PAS lagi. Kita tengok cara pemikiran rakyat hari ini,rakyat sudah sedar bahawa PAS hari ini menggunakan agama untuk kepentingan politik, bukan hendak menggunakan agama dengan cara yang betul. Hari ini kita tengok penyelewengan pemikiran PAS, yang sanggup berkorban dengan kalimah ALLAH, sanggup memberi ruang kepada yang lain, sanggup berkorban dengan berkaitan kesucian agama Islam. Sebab itu hari ini, orang tua sudah mula berubah."
KOTA BHARU, 23 April - Seorang imam muda dan seorang penghulu masyarakat sebuah agensi kerajaan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mencetuskan pergaduhan yang berlaku di Kampung Permatang Gading di Pasir Puteh pada 20 April lalu.
Mohd Quawes Al-Khusrony, 26, dan Mohd Zulkepli Ismail, 51, dituduh telah bergaduh sesama sendiri sehingga mengganggu ketenteraman awam dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu.
Kedua-duanya telah didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh itu.
Mohd Yusoff juga mengenakan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin terhadap kedua-duanya.
Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhamizah Ghazali manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam.
Difahamkan kedua-duanya bergaduh kerana perbezaan politik.
- BERNAMA
Mengikut fakta mahkamah, imam muda tersebut bertindak memukul penggawa menggunakan besi dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan tindakan penggawa tersebut menegur pihak masjid kerana mengadakan ceramah politik di dalam masjid.
Sejak kebelakangan ini, politik kasar seperti ini sering berlaku di Kelantan. Baru-baru ini, seorang ahli UMNO dipukul semasa menaikkan bendera BN di Tanah Merah. Di Bachok, seorang penyokong BN ditetak oleh penyokong PAS yang datang bersama adiknya sendiri hanya kerana membuka pos BN.
Politik kasar seperti ini perlu ditolak. Yang menghairankan, politik kasar seperti ini sering dicetuskan oleh penyokong PAS di Kelantan. Pelik jika penyokong parti yang mengaku memperjuangkan Islam bertindak di luar batas kemanusiaan dan langsung tidak menunjukkan akhlak muslim yang baik.
Betul lah kata orang, berkopiah atau berjubah sekalipun belum dapat melambangkan peribadi seseorang itu baik. Yang penting adalah dalaman dan bukan luaran.
Lebuhraya Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan telah dirasmikan batu asasnya pada 28 Mei 2012.
Perasmian majlis pecah tanah bagi pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai itu diadakan di Kampung Berangan Mek Nab, Machang, Kelantan.
Pembinaan lebuhraya sejauh 73 kilometer itu dijangka siap dalam masa tiga tahun dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion.
Konsep yang diguna pakai untuk pembinaan lebuh raya itu ialah lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.
Memang ramai yang mengharapkan projek ini menjadi kenyataan untuk kemudahan rakyat Kelantan berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala krai khususnya pada musim perayaan, namun ternyata lebih ramai rakyat Kelantan yang tersenyum sinis setiap kali kepimpinan kerajaan PAS Kelantan berbicara mengenai projek berkenaan kerana bukan mudah untuk mempercayai kerajaan yang telah banyak kali gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Lebih menjadi tanda tanya, projek Lebuhraya Rakyat ini dilancarkan pada 28 Mei tahun lepas ketika ia belum pun lagi mendapat kelulusan Mesyuarakat Exco Negeri.
Status jumlah kutipan derma dan status balak di sepanjang laluan juga tidak disebut. Selain itu, kerajaan PAS Kelantan juga tidak memberitahu dengan jelas bagaimana lebuhraya itu akan diselenggara kerana ia bukanlah lebuhraya bertol.
Kutipan derma pula disalurkan ke akuan syarikat dan bukan akaun perbadanan negeri. Rakyat tidak akan tahu jika wujud ketirisan. Jajaran lebuhraya belum pun diluluskan oleh JKR.
Semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran rakyat, semakin sukarlah untuk rakyat percaya projek ini akan terlaksana.
Untuk mengetahui status batu asas projek lebuhraya tersebut, penulis telah pergi sendiri ke tapak pelancaran.
Banting Majlis Pelancaran Lebuhrakya Rakyat masih digantung
Melihat kepada corak sokongan penduduk di sana, nampak seperti ramai yang cenderung ke arah Barisan Nasional. Terdapat sekurang-kurangnya 5 pos BN di sana dan cuma 1 pos PAS.
Rata-rata penduduk kampung di sana melekatkan pelekat T dan TUKAR di kenderaan mereka. Mungkin mereka yang tinggal di sana lebih nampak dengan jelas bagaimana kerajaan PAS Kelantan cuba untuk membohongi rakyat.
Jalan masuk ke tapak pelancaran batu asas Lebuhraya Rakyat
Sekurang-kurangnya 5 pos BN di kampung berkenaan
Rata-rata kenderaan di kampung tersebut menggunakan pelekat T
Setelah hampir setahun majlis pelancaran diadakan, keadaan di tapak batu asas masih kekal seperti dahulu malah telah dipenuhi semak samun.
Tapak pelancaran dipenuhi semak samun
Tapak pelancaran dipenuhi tahi lembu
Keadaan di tapak pelancaran
Lagi keadaan di tapak pelancaran
Pohon yang dulunya ditumbangkan Nik Aziz menggunakan jentolak sebagai simbolik pelancaran
Batu asas masih gah berdiri
Batu asas masih gah berdiri di situ. Sekali pandang sudah macam tempat pemujaan atau tembok besar cina! Tak tahulah kenapa kerajaan PAS Kelantan suka sangat buat batu asas untuk ditinggalkan sebagaimana yang berlaku pada projek Jambatan Palekbang.
Sebelum pulang, penulis sempat melekatkan pelekat TUKAR di batu asas tersebut sebagai simbolik bahawa rakyat Kelantan sudah penat ditaburkan janji-janji manis dan kini rakyat Kelantan mahu menukar kerajaan Kelantan.
Cukup-cukuplah membuat rakyat tertanya-tanya dan ternanti-nanti. Itu bukan sifat kerajaan Islam! Kepada rakyat Kelantan yang masih mempercayai akan terbinanya lebuhraya ini oleh kerajaan PAS, lupakanlah!
Lebih baik undi BN pada PRU13 kerana salah satu janji dalam Manifesto BN adalah untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai. Mengapa masih perlu percaya kepada janji munafik PAS sedangkan janji BN sentiasa ditepati?
Penamaan calon di Kelantan pada PRU13 mungkin telah mencatat sejarah tersendiri di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila jumlah penyokong-penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon di bahagian masing-masing mendominasi setiap pusat penamaan calon di seluruh Kelantan.
Jumlah yang begitu ramai boleh dianggap sebagai manifestasi sokongan rakyat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan selepas 23 tahun diperintah oleh parti itu.
Nisbah penyokong-penyokong BN pada hari penamaan calon berbanding penyokong-penyokong PAS boleh dikatakan 3:1 dan 2:1 di kebanyakan kawasan, dan seimbang di beberapa kawasan.
Benar jumlah penyokong-penyokong yang berarak pada hari tersebut tidak melambangkan jumlah sokongan rakyat kepada sesebuah parti. Namun ia menunjukkan BN Kelantan mempunyai jentera yang begitu hebat dan bersemangat.
PRU kali ini sudah pasti memberi kelainan kepada BN Kelantan kerana BN Kelantan dilihat lebih bersedia pada tahun ini berbanding tahun 2008.
Jika pada PRU sebelum ini ceramah-ceramah BN tidak mendapat sambutan, kali ini ceramah-ceramah BN mendapat sambutan luar biasa dan seringkali mengalahkan ceramah-ceramah PAS.
Tidak hairan jika penyokong-penyokong BN mampu mendominasi pusat-pusat penamaan calon kerana selama ini mereka telah menanti selama 23 tahun untuk melihat perubahan kuasa berlaku di Kelantan.
Dengan semangat gelombang merah, InsyaAllah Kota Darulnaim akan kembali ke tangan BN pada 6 Mei 2013 nanti.
Saksikan video sekitar penamaan calon PRU13. Gambar-gambar boleh dilihat di entry ini.