Showing posts with label pasir mas. Show all posts
Showing posts with label pasir mas. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

Solidariti BN dan PERKASA di Pasir Mas pastikan kemenangan Tok Him. #PRU13 #GE13


BN dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pasir Mas telah mencapai kata sepakat untuk sama-sama memastikan kemenangan calon bebas yang juga merupakan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali di kerusi P22 Parlimen Pasir Mas.

Kata sepakat itu dicapai pada Majlis Penyelarasan BN dan PERKASA Pasir Mas yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa dan Presiden PERKASA, Dato Ibrahim Ali. Turut hadir adalah YDP Perkasa Kelantan dan calon BN di DUN dalam parlimen Pasir Mas.

Kesemuanya bersatu bagi memastikan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas di kerusi tersebut. Dato Hj. Hanafi Mamat dalam ucapannya menyeru penyokong-penyokong BN untuk bersatu hati menyokong Dato Ibrahim Ali dan memastikan PAS tersungkur di Pasir Mas.

"Dacing dan bunga raya adalah satu. Pastikan Nik Abduh tewas di Pasir Mas," seru beliau.

Dato Ibrahim Ali dalam ucapannya menyeru rakyat Pasir Mas untuk terus memberi peluang kepadanya berkhidmat demi agama, bangsa dan tanahair setelah sekian lama beliau menabur bakti di sana.

Kerusi Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dato Ibrahim Ali dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas Che Johan Che Pa yang dicalonkan BN tidak menyerahkan borang pencalonan bagi memberi laluan kepada Dato Ibrahim Ali.

Kesepakatan yang dapat dilihat di antara BN dan PERKASA menunjukkan solidariti bersama bagi menjayakan agenda mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada dikhianati Pakatan Pembangkang.

Rakyat Pasir Mas diseru untuk terus menyokong Tok Him kerana beliau adalah anak tempatan Pasir Mas, manakala Nik Abduh adalah orang luar yang tidak tahu menahu mengenai hal ehwal di Pasir Mas.

Lihat gambar-gambar di sekitar majlis tersebut.









Sunday, 31 March 2013

#TukarKelantan : Kerajaan Pusat Memberi 5 Juta Untuk Atasi Masalah Air Di Kelantan #Vote4BN



PASIR MAS – Kerajaan pusat meluluskan RM5 juta kepada penduduk Felda Kemahang 1,2 dan 3 di Tanah Merah untuk membantu penduduk mengatasi masalah air bersih yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri walaupun penduduk berada di kawasan Felda, memandangkan urusan membekalkan air di negeri ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah rakyat, setuju meluluskan peruntukan yang kini dalam peringkat akhir untuk disalurkan.
“Kita berharap dengan peruntukan RM5 juta ini, pelbagai kemudahan dan keperluan untuk membolehkan rakyat di ketiga-tiga Felda di Tanah Merah itu menikmati bekalan air bersih dapat diberikan.
“Saya juga melihat, kerajaan negeri tidak dapat diharapkan untuk menyelesaikan masalah air yang menyebabkan kerajaan pusat meluluskan peruntukan untuk membantu menyelesaikan masalah air dihadapi rakyat Kemahang 1,2 dan 3,” katanya  kepada  selepas Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tiang Chandi dan Bekwoh Kesyukuran, semalam.
Terdahulu beliau menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada 12 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2012 dan turut memecahkan Tabung Kutipan untuk Perwira Lahad Datu.
Pada sidang media itu, Ahmad meminta rakyat Kelantan memberikan peluang kepada Kerajaan Pusat menerajui pentadbiran negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang kerana kerajaan negeri gagal membawa perubahan setelah lima penggal diberikan peluang mentadbir. – Sinar Harian

Friday, 15 March 2013

#PrayForSabah : Sultan Muhammad V Turut Serta Dalam Majlis Tahlil Wira Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah

Sultan Muhammad V bersalaman dengan penduduk kampung setelah tiba di perkarangan rumah Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Sultan Muhammad V ketika turut serta dalam majlis tahlil. Sebelah kiri baginda ialah bapa kepada Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah.

SULTAN Muhammad V bertanyakan perkembangan semasa peristiwa pencerobohan berdarah di Lahad Datu kepada Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman selepas majlis tahlil Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, di kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, Kelantan malam tadi. - UTUSAN







PASIR MAS 15 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat menziarahi dan menyertai majlis tahlil untuk Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, di kediaman keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini malam tadi.

Mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Baginda yang tiba kira-kira pada pukul 9.30 itu kemudiaanya mengetuai bacaaan tahlil yang turut disertai kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga Allahyarham dan penduduk setempat.
Selesai majlis berkenaan, baginda kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan kedua-dua ibu dan bapa Allahyarham dan mengucapkan takziah diatas pemergian anak kesayangan mereka itu ketika berjuang mempertahankan negara.

Bapa Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, Ismail Husin, 50, berkata, dia berasa begitu bangga apabila Sultan Kelantan datang menziarahi mereka sekeluarga dan menyertai bacaan tahlil untuk arwah anaknya.
Katanya, dia bagaikan bermimpi apabila dapat berbual-bual dengan Sultan secara dekat dan baginda Sultan turut menyuruh dia sekeluarga supaya bersabar dan mengucapkan takziah kepada mereka.

Sementara itu, ibu Allahyarham Hurairah pula berkata, kedatangan baginda Sultan malam ini sedikit sebanyak telah mengubat hatinya ketika masih meratapi dengan pemergian arwah.

"Saya rasa begitu bangga dan bersyukur dengan kedatangan baginda Sultan menziarahi dan membaca tahlil untuk arwah anak saya. Baginda Sultan turut bertanya khabar kepada saya dan menyuruh saya supaya banyak-banyak bersabar,"katanya. 

- UTUSAN-

 

Wednesday, 13 March 2013

#PrayForSabah : Anggota Keselamatan Yang Terkorban Selamat Dikebumikan







PASIR MAS - Jenazah dua wira negara Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat menentang militan dari Sulu semalam, selamat dikebumi di kampung halaman masing-masing.

Jenazah Ahmad Hurairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang, tidak jauh dari rumah keluarganya di sini, manakala Ahmad Farhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Baharu.

Upacara pengebumian kedua-dua wira negara itu diadakan penuh istiadat ketenteraan dan turut dihadiri anggota dan pegawai tinggi tentera.

Jenazah Ahmad Hurairah dan Ahmad Farhan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan pesawat Charlie C-130 pada pukul 9.50 pagi, dan dibawa ke kampung halaman masing-masing dengan van jenazah.

Terdahulu jenazah kedua-dua wira negara itu tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang sejurus sebelum 8 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu.

Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan militan di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah semalam manakala Ahmad Farhan, 21, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Di KOTA BAHARU, jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Darulnaim II, di Pasir Tumboh di sini dan disemadikan pada pukul 12 tengah hari.

Antara yang hadir pada pengebumian wira negara itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Abdul Latiff kemudian menyerahkan bendera Malaysia yang membaluti keranda kepada bapa Allahyarham.

Ruslan ketika ditemui di tanah perkuburan itu berkata beliau amat berterima kasih di atas penghargaan pasukan tentera apabila memberi  penghormatan terakhir yang begitu tinggi terhadap anaknya.
"Saya reda dengan pemergian anak saya yang memang berminat mewarisi jejak saya untuk menjadi askar sejak kecil lagi," kata bekas tentera itu yang
menamatkan perkhidmatan terakhirnya di Kem Terendak, Melaka pada 2004. 
- Bernama



Kata-kata di dalam video ini diambil dari SMS yang dihantar oleh pewira kita kepada keluarga mereka sebelum terkorban di dalam pertempuran. Sangat sedih dan mengayat hati apabila melihat video ini.
AL-FATIHAH buat pewira negara kita.

Sunday, 10 March 2013

[VIDEO] : Ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin


Saksikan video ringkas yang memetik ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Orang Kelate Naik Angin yang diadakan di padang SMK. Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas, Kelantan semalam.



Lebih 20,000 rakyat Kelantan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir ke perhimpunan tersebut.

Antara petikan menarik ucapan Tun Dr. Mahathir dalam program tersebut adalah ‎"Malangnya apabila kita gunakan sistem demokrasi, yang rakyat berhak memilih kerajaan dan pemimpin mereka, maka timbullah ketamakan manusia, untuk mendapatkan kuasa ini. Mereka memperalatkan agama Islam".

Laporan dan gambar-gambar program tersebut boleh di lihat di sini dan juga di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?