Showing posts with label umno kelantan. Show all posts
Showing posts with label umno kelantan. Show all posts
Saturday, 30 March 2013
#TukarKelantan : Calon Mantap Akan Ditonjolkan Di Kelantan
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menonjolkan barisan calon mantap dan diterima rakyat pada pilihan raya umum kali ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata senarai calon yang kini di peringkat akhir saringan memuatkan muka baharu dan lama selain tokoh ulama yang mampu membawa kemenangan kepada BN Kelantan.
"Kita buat yang terbaik, apa juga barisan calon yang kita tonjolkan tentu ada pihak yang mempertikai. Namun bagi saya dan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan memastikan inilah barisan terbaik dalam kalangan tokoh-tokoh yang ada di Kelantan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas melawat Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Mengulas pertemuan beliau dengan Najib yang juga Presiden Umno di Putrajaya semalam, Mustapa berkata pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas bagi membincangkan perkara berkaitan parti terutama senarai calon BN Kelantan.
Ditanya kenapa perdana menteri belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan termasuk dalam bidang politik, kerajaan dan ekonomi benar-benar dirasai rakyat.
"Tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang, ini strategi Datuk Seri Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi majlis peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan PAS Kelantan, dan menyifatkannya tidak lebih daripada gimik politik menjelang pilihan raya. - Bernama
Wednesday, 6 March 2013
#PrayForSabah : Sekitar Majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah
KOTA BHARU - Bertempat di Dewan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, UMNO Negeri Kelantan telah mengadakan majlis Solat Hajat & Tahlil Wira Sabah bagi mendoakan keselamatan anggota PDRM dan ATM yang sedang bertugas di Sabah serta bacaan tahlil untuk anggota yang terkorban.
Majlis solat hajat dan tahlil yang dihadiri sekitar 500 turut membuat kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban dalam insiden tersebut.
Setelah selesai solat hajat dan majlis tahlil, para jemaah turut diberikan penerangan khas mengenai krisis di Lahad Datu yang disampaikan oleh pegawai PDRM.
Al-fatihah buat perwira-perwira kita yang terkorban, jasamu dikenang...
Antara foto yang dirakam semalam :
Majlis solat hajat dan tahlil yang dihadiri sekitar 500 turut membuat kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga anggota-anggota yang terkorban dalam insiden tersebut.
Setelah selesai solat hajat dan majlis tahlil, para jemaah turut diberikan penerangan khas mengenai krisis di Lahad Datu yang disampaikan oleh pegawai PDRM.
Al-fatihah buat perwira-perwira kita yang terkorban, jasamu dikenang...
Antara foto yang dirakam semalam :
Friday, 15 February 2013
#HTK2013 : 10000 serang bandar Kota Bharu
Bagaikan semboyan pilihanraya umum ke 13 akan ditiup esok, itulah yang dapat menggambarkan betapa hebatnya semangat gelombang merah di Kelantan. Pada tanggal 15 Februari 2013, hampir 10,000 rakyat Kelantan membanjiri bandar Kota Bharu apabila Himpunan Tukar Kelantan diadakan di perkarangan bangunan UMNO Negeri Kelantan.
Himpunan bermula pada jam 3 petang dan tamat pada jam 5 petang. Himpunan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat dari seluruh bahagian di seluruh Kelantan. Antara pemimpin-pemimpin yang hadir adalah Dato Seri Mustapa Mohamed, Dato Dr. Awang Adek, Dato Dali, Dato Hanafi Mamat dan lain-lain. Himpunan juga turut disertai beberapa NGO seperti TUKAR, Minda Orang Muda dan lain-lain. Kumpulan-kumpulan strategik seperti Ustaz Muda, Ummati, Minda Pondok dan lain-lain turut menyertai himpunan. Selain itu, himpunan juga disertai lebih 4 kumpulan konvoi yang melibatkan hampir 1000 buah motosikal dan 100 buah kereta. Lebih 400 orang pemandu teksi dan kereta sewa turut bersama bagi menyatakan sokongan terhadap BN Kelantan.
Himpunan bermula dengan sesi pidato dan diikuti dengan persembahan oleh Mat Glamour yang menyanyikan dua buah lagunya yang semakin popular di Kelantan iaitu 'Acu test sepenggal' dan 'Ambo mitok tolong'. Kemuncak himpunan adalah apabila Dato Seri Mustapa Mohamed menyampaikan ucapan dan membakar semangat rakyat yang berhimpun untuk terus berjuang bagi memastikan Kota Darulnaim kembali ke tangan BN pada PRU13. Di saat inilah kawasan tersebut bergema dengan laungan 'tukar' dan 'gelombang merah'. Tok Pa kemudiannya melancarkan skuad Kembara TUKAR dan melepaskan peserta-peserta konvoi.
Jom lihat betapa hebatnya gelombang merah!
![]() |
| Peserta-peserta konvoi |
![]() |
| Pandangan dari Taman Hijau |
![]() |
| Pandangan dari cabang tiga jalan utama |
![]() |
| Pandangan dari jalan utama |
![]() |
| Pandangan dari bangunan UMNO Kelantan |
![]() |
| Pandangan dari Nick Cafe |
![]() |
| Pandangan dari Nick Cafe |
![]() |
| Pandangan dari Taman Hijau |
![]() |
| Pandangan dari bahagian kiri bangunan perhubungan UMNO Kelantan |
![]() |
| Pandangan dari cabang tiga jalan utama ke arah bahagian kanan bangunan perhubungan UMNO Kelantan |
![]() |
| Pandangan di Taman Hijau |
![]() |
| Padangan di Taman Hijau |
![]() |
| Banner dari setiap bahagian |
![]() |
| Pandangan dari jalan utama |
![]() |
| Pandangan dari Nick Cafe |
![]() |
| Pandangan dari Nick Cafe |
![]() |
| Peserta himpunan dari pelbagai kelompok masyarakat |
![]() |
| Lautan merah |
![]() |
| Konvoi motosikal |
![]() |
| Gelombang merah! |
![]() |
| Ruang penuh |
![]() |
| Pandangan dari Nick Cafe |
![]() |
| Pemimpin-pemimpin di atas lori |
![]() |
| Pemandu-pemandu teksi turut bersama |
![]() |
| Ucapan Pengerusi TUKAR, En. Kamaruddin Kassim |
![]() |
| Ketibaan peserta-peserta konvoi |
![]() |
| Pelepasan peserta konvoi |
![]() |
| Panglima-panglima merah |
![]() |
| Tok Pa merasmikan skuad kembara TUKAR |
![]() |
| Dato Fatmi turut hadir |
![]() |
| Dato Dali juga bersama |
Thursday, 14 February 2013
Himpunan Tukar Kelantan #HTK2013
Himpunan Tukar Kelantan akan diadakan pada hari Jumaat, 15 Februari 2013, jam 3 petang di perkarangan bangunan UMNO Kelantan.
8000 rakyat akan berhimpun bagi menyatakan sokongan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan. Rakyat bukan sahaja sudah bosan dengan kemelut isu air di negeri Kelantan, malah sudah muak dengan sifat munafik kerajaan Kelantan yang tidak menunaikan janji. Rakyat juga semakin bengang dengan tindakan kerajaan Kelantan yang dengan rakus menggondol hutan dan tanah rakyat.
Jom turun ke HTK2013 untuk mendengar amanat pemimpin-pemimpin BN Kelantan.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun, anda boleh mengikuti live updates di Facebook Tukar Kelantan dan juga melalui Twitter dengan mencari hashtag #HTK2013.
Tukar kerajaan PAS Kelantan demi rakyat!
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz...
-
Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal duni...
-
Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera...
-
Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Su...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!
SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?





































