Skandal peribadi sememangnya sukar dipisahkan dengan
pemimpin politik di negara ini dan yang pastinya ia bagaikan cukup sinonim
dengan Pakatan Rakyat (PR), seakan akrab bagaikan aur dan tebing.
Mengikut sebuah artikel di Wikipedia bertajuk
"Malaysian Politician Sex Scandals" terdapat sekurang-kurangnya 6
orang pemimpin PR pernah popular dengan skandal peribadi yang menjadi perhatian
umum.
Antaranya ialah Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Elizabeth Wong,
Nurul Izzah dan Badrul Amin yang mana kelima-lima mereka merupakan pemimpin
kanan PKR. Manakala seorang lagi merupakan pemimpin PAS iaitu Mat Sabu.
Ada yang cukup dekat dengan aktiviti liwat dan berseksual,
ada yang selesa beraksi dalam tandas, ada juga yang pernah bermesra dengan
pegawai parti malah ada yang galak dan nakal dengan pensyarah. Pun ada juga
seorang dua yang ditangkap khalwat dengan isteri rakan baik sendiri.
Pendek kata macam-macam ada, serba warna-warni kehidupan
mereka. Patutlah ramai golongan LGBT dan pendukung liberalisme serta pluralisme
agama lebih selesa bersama PR.
Walau pun begitu artikel di Wikipedia bukanlah satu-satunya
sumber rujukan yang wajib diperakui, namun kompilasi pendedahan yang tercatat
itu menarik untuk dianalisis kerana ada antaranya kes yang disebut turut
disertakan rujukan sahih yang lain.
Lagi pun dalam artikel tersebut, semua skandal peribadi yang
diperkatakan oleh Wikipedia sudah menjadi pengetahuan umum malah ada antaranya
pernah dibicarakan di Mahkamah. Itu pun ada yang sepanjang proses perbicaraan
dilakukan asyik meminta penangguhan kes dengan pelbagai alasan.
Satu perkara yang cukup menarik dalam semua skandal
melibatkan pemimpin PR itu, pasangan masing-masing merupakan orang yang mereka
kenali rapat sekian lama. Ada yang merupakan bekas pemandu peribadi, adik
angkat, isteri rakan seperjuangan dan individu yang rapat dengan parti.
Uniknya bila diimbas kembali skandal yang mereka alami,
masing-masing tidak mengaku salah dan lebih gemar mengambil pendekatan menyalahkan
pihak lain. Di masa yang sama, pemimpin politik yang beragama Islam juga enggan
melakukan sumpah laknat (mubahalah) bersaksikan pengadilan Allah S.W.T.
Sama ada sukar bagi mereka menyebut kalimah "Wallahi,
Wabilahi, Wataallahi" atau pun memang masing-masing tiada keyakinan
terhadap keadilan Allah S.W.T yang menjanjikan sesiapa yang bersumpah palsu
akan menerima laknatnya, sukar ditentukan.
Terpulang pada diri pembaca untuk mentafsirkannya, tapi
pepatah Melayu ada menyebut, "berani kerana benar, takut kerana
salah" maka jika kita berada di pihak yang benar apa perlu untuk takut
bersumpah laknat.
Lagi pun sejarah Islam pernah menceritakan kisah seorang
ulama, Ibn Hajar Al Salam as Qalani yang melakukan sumpah laknat yang berakhir
dengan kematian mengaibkan seorang sufi palsu dari golongan Mulhid.
Malah seorang ulama India iaitu al-Syeikh Abi al-Wafa Thana
al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan nabi palsu bernama Mirza Ghulam
Ahmad al-Qadyani yang juga berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza
Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.
Melihat pada kompilasi skandal pemimpin PR seperti yang
didedahkan oleh artikel di Wikipedia itu, tentunya ada sesetengah kita tak
menyangka sebegitu ramai pemimpin utama pembangkang yang terjebak dengan
skandal peribadi.
Barangkali ia terjadi sedemikian dek kerana gabungan
parti-parti pembangkang itu sendiri bergerak secara haram maka sebab itu
perkara haram seperti skandal sebegini sering dekat dengan mereka. Tapi bagi
segelintir orang, benda yang haram itulah yang sedap, betulkah?
No comments:
Post a Comment