Wednesday, 27 March 2013
#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri
Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.
Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.
Namun setelah mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’. Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)
Malah, dalam ayat lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t., seperti firman-Nya yang bermaksud:
“…..Dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat janji……” – (Al-Baqarah:177)
Oleh yang demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.
“Tanda orang munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”. (Hadis riwayat Bukhari).
Semua petikan surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat sebagai pemimpin.
Namun berlainan dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya digunakan untuk membodohkan rakyat.
Bukanlah niat untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut ditujukan kepada pemimpin mereka.
Antara janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75 bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).
Itulah antara janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.
Kesimpulannnya rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.
Berikut adalah antara janji-janji yang tidak ditunaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Sebelum ini beberapa sahabat penulis melontarkan persoalan siapakah yang bakal diketengahkan oleh barisan Pemuda UMNO Negeri Kelantan se...
-
Bo la weii...(sudah-sudahlah) Itulah pesanan PM kepada PAS Kelantan yang telah menipu rakyat Kelantan dengan pelbagai janji tetapi ti...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Sebahagian pasukan tentera darat Israel termasuk kereta kebal mula berundur dari beberapa kawasan di Genting Gaza sehari selepas rejim Zioni...
-
Selepas sejarah baru 2013 tercipta semalam apabila hampir 10,000 rakyat Kelantan berhimpun di perkarangan bangunan UMNO Kelantan, satu l...
-
Satu himpunan yang diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diadakan di Dataran Pasir Pekan pada 9 Februari 2013. Himpunan itu adal...
-
PASIR MAS - Jenazah dua wira negara Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat m...
-
Kerusi Parlimen P22 Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik ...
-
Rakan Tok Pa adalah satu kelab yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2012 untuk mengumpul rakan-rakan siber YB Dato Seri Mustapa Moh...
ARTIKEL HOK SEBELUM NIE
-
▼
2013
(260)
-
▼
March
(57)
- #TukarKelantan : [VIDEO] Hangat!! Suasana Malam Di...
- #TukarKelantan : Kegiatan tak bermoral bukti Kelan...
- #TukarKelantan : Kerajaan Pusat Memberi 5 Juta Unt...
- Kebebasan Media ala Pakatan Pembangkang. #UUlangIS...
- #TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan akui kadar ...
- #TukarKelantan : Calon Mantap Akan Ditonjolkan Di ...
- PM Najib Razak yakin BN menang majoriti 2/3! #PRU1...
- ADUN Wakaf Bharu, Che Abdullah bakal serang periba...
- Wikipedia dedah skandal pemimpin Pakatan Rakyat
- #TukarKelantan : Himpunan Bantahan Isu Tanah Dan M...
- WAJIB BACA : 13 perkara yang akan Anwar Ibrahim la...
- #TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di ...
- #SKT2013 : Rakyat bersama alim ulamak bersatu mend...
- #TukarKelantan : Rakyat Kelantan sekali lagi berhi...
- #TukarKelantan : Jangan Mudah Percaya Dengan Pakat...
- [FOTO] : 10 Stadium Ajaib Di Dunia #TukarKelantan
- #TukarKelantan : Kerajaan PAS Kelantan didesak ber...
- Tun Daim mahu Najib menang, dakwa Anwar tidak laya...
- Ulamak PAS tergolong dalam senarai ulamak paling b...
- #TukarKelantan : Alim ulama tidak sokong PAS? Kali...
- Al-Fatihah! Negara kehilangan seorang ulamak berwi...
- #TukarKelantan : [VIDEO] 3000 Pemuda Rantau Panjan...
- @Mustapa_Mohamed Pembangun Ekonomi Kelate - #Tukar...
- #TukarKelantan : Nik Aziz meraung tengok Amy Searc...
- #TukarKelantan : Gerakan TUKAR sekali lagi membada...
- Anwar kalut bila ditanya biseksual atau tidak!
- #TukarKelantan : 60,000 Golongan Wanita Jayakan Ac...
- #TukarKelantan : Rakyat Kelantan Teruja PM @NajibR...
- #TukarKelantan : 11 sebab Anwar tak layak jadi PM
- #TukarKelantan : Janji Tok Pa Kepada Rakyat Kelantan
- #TukarKelantan : Demi Kepentingan Politik Peniaga ...
- #PrayForSabah : Sultan Muhammad V Turut Serta Dala...
- [VIDEO] : Ketibaan Jenazah Perwira Negara Yang Ter...
- #PrayForSabah : Anggota Keselamatan Yang Terkorban...
- Al-Fatihah! 2 orang anak Kelantan terkorban di Lah...
- #TukarKelantan : Bakal calon PAS Dun Gaal kantoi b...
- [VIDEO] : Ucapan Tun M - Hak Melayu, Islam Tergada...
- [VIDEO] : #TukarKelantan - Dulu PAS Membangun Bers...
- #TukarKelantan : 2000 hadiri ceramah Minda Pondok ...
- [VIDEO] : Ucapan Tun Dr. Mahathir di Himpunan Oran...
- [FOTO] : 20 Ribu Orang Kelantan 'Naik Angin' Bersa...
- #TukarKelantan : 20 ribu rakyat Kelantan naik angi...
- #SKT2013 : 3000 buah motosikal serang Pasir Mas da...
- Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #...
- #Tukar Kelantan : [GAMBAR] Kebangkitan Rakyat Kela...
- #PrayForSabah : Sekitar Majlis Solat Hajat & Tahli...
- #SKT2013 : Foto & Video Yang PAS Tak Mahu Tengok!
- [VIDEO] : Tian Chua Fitnah UMNO - Pemuda UMNO Kela...
- #TukarKelantan : 'Gelombang Merah' Dan 'Tukar' Men...
- #TukarKelantan : Perjuangan PAS Terkubur Apabila H...
- #SKT2013 : Parlimen Machang dan Kuala Krai pula di...
- #PrayForSabah : Nik Aziz Digesa Mengetuai Doa K.O ...
- #TukarKelantan : 3000 banjiri ceramah PENDITA anju...
- #TukarKelantan : Kelantan boleh capai negeri maju ...
- PAS Kekal di Kelantan Selagi Nik Aziz Ada Hanya Mi...
- #TukarKelantan : Lebih 60,000 bersama YAB TPM di K...
- Eddie Hamid Dicaci Penganut PAS Walaupun Tak Bergo...
-
▼
March
(57)
No comments:
Post a Comment