Kerajaan PAS Kelantan terus didesak oleh pelbagai pihak untuk berhenti merampas tanah rakyat Kelantan.
ADUN Nenggiri, YB Mat Yusoff Ghani berkata kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya merampas tanah yang secara sah milik rakyat Kuala Betis. Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan PAS Kelantan yang didakwa merampas tanah dari seluas 378.8 hektar dari peneroka-peneroka tanah.
Beliau hairan bagaimana kerajaan dan pejabat tanah boleh menerima dan menjual tanah rakyat apabila mereka telah berjaya memperolehinya secara sah.
Kata beliau lagi, pejabat tanah telah mengambil semula tanah tersebut kerana mendakwa peneroka-peneroka tidak memiliki tanah tersebut secara sah.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seramai 300 penero\ka dari Kuala Betis mendakwa kerajaan Kelantan telah meluluskan permohonan tanah untuk dua syarikat pada bulan November tahun lepas dan geran tanah pada 28 Jan tahun ini.
Lagi berita di The Mole.
"Biar berputih tulang, jangan berputih mata"
No comments:
Post a Comment