Setelah 4 tahun di Pulau Pinang, Selangor & Kedah, dan 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji manis Pakatan Rakyat masih belum ditunaikan.
Di Kelantan pelbagai janji manis yang ditaburkan oleh Kerajaan PAS kepada rakyat, tetapi rakyat tidak nampak hasilnya. Salah satu janji yang ditaburkan oleh Kerajaan PAS kepada rakyat Kelantan adalah sebuah stadium bola sepak di Bukit Merbau.
Pada 18 Mei 2011, Menteri Besaar Kelantan iaitu Nik Aziz telah mengumumkan berkaitan projek berkenaan.
Pada Oktober 2011, projek berkenaan telah dibentangkan dalam sidang DUN dan dijangka projek akan dimulakan pada bulan Mac 2012.
Tetapi pada 30 Mac 2013 ini akan berlangsungnya Majlis Pecah Tanah. Adakah ini akan berlaku atau sebaliknya seperti sebelum ini yang hanya biarkan tarikh itu berlalu begitu sahaja tanpa mencatat apa-apa sejarah seperti yang dijanjikan.
Agak-agak bila stadium ini akan sempurna disiapkan dan digunapakai oleh 'The Red Warriors'. Nak tunggu sampai PRU-18 baru nak siap ke?
Rakyat di negeri Kedah, Pulau Pinang , Selangor dan Kelantan harus sedar dan menolak pembangkang dari mentadbir negeri anda. Mereka ini hanya pandai menjanjikan intan permata, tetapi yang diberi hanya kaca.
Bak kata menteri besar Selangor, Manifesto Bukan Janji. Kalau bukan janji, janganlah berjanji dengan rakyat. Orang yang memungkiri janji ini adalah salah satu ciri-ciri orang munafik. Adakah anda ingin menyokong orang munafik seperti ini lagi? Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment