Showing posts with label manifesto bn. Show all posts
Showing posts with label manifesto bn. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

#PRU13 : Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman bakal diboikot kerana bersama BN?

Danny X-Factor & Syed mengedar manifesto BN bersama Hj. Anuar Safian - Gambar Berita Harian
Selepas beberapa artis terkenal tanahair seperti Johan Raja Lawak, Salleh Yaacob, Afdlin Shauki dan ramai lagi artis yang pro Barisan Nasional diboikot penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang, kali ini mungkin giliran Danny X-Factor dan Syed Kamaruzzaman pula diboikot?

Danny dan Syed kelmarin mengiringi calon BN Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Safian mengedarkan manifesto BN di Kubang Kerian.

Hj. Anuar Safian adalah anak jati Kubang Kerian dan bakal merebut kerusi tersebut bersama calon PAS, Ahmad Baihaqi Atiqullah.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata perumahan adalah antara masalah besar di Kelantan yang gagal diselesaikan PAS sekalipun meneraju kerajaan negeri lebih dua dekad. 

Segala pembangunan yang ada di Kubang Kerian ketika ini adalah projek kerajaan persekutuan termasuk yang terbaru Jambatan Pasir Hor bernilai hampir RM100 juta.

Beliau akan memberi fokus pada rumah mampu milik sekiranya diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah

Friday, 12 April 2013

#TukarKelantan : AkuJanji BN Kelantan.




IKRAR PERDANA MENTERI
…BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji untuk memajukan negeri ini akan ditunaikan….
               ” Ucapan semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada 15 Mac 2013.
Janji Ditepati-kecik





  • Pembinaan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu.
  • Stadium Baru.
  • Perumahan Rakyat 3,000 unit.
  • Kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar.
  • Membina masjid ikon dengan kos RM50 juta.
  • Mewujudkan Sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.
  • Menyelesaikan masalah air.
  • Beri tanah pada rakyat Kelantan yang layak.

 7 Janji Dato’Pa
JIKA BN DIBERI MANDAT
  • Pentadbiran yang adil, urus tadbir yang telus, amanah dan bertanggungjawab.
  • Kerajaan BN akan mengutamakan anak-anak tempatan dalam pengagihan tanah.
  • Mengamal, menggalakkan serta menerapkan nilai-nilai murni sekali gus mengelakkan amalan fitnah, tuduhan, tohmahan atau kata-kata kesat di kalangan masyarakat.
  • Kerajaan BN tidak akan menggondolkan tanah di Hulu Kelantan.
  • Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan negara.
  • Menyediakan masa depan yang lebih baik untuk orang muda.
  • BN akan mengotakan apa yang dijanjikan.
Dato’Pa semasa berucap Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada 15 Mac 2013
ISLAM, PERPADUAN DAN KESEJAHTERAAN UMMAH
  • BN AKAN MENGUBAH LANDSKAP NEGERI INI DENGAN PELBAGAI PEMBANGUNAN YANG MENJADIKAN KELANTAN MEMBANGUN DAN MAJU, BERPAKSIKAN KEPADA ISLAM.
      Ucapan Perdana Menteri, semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli, Kelantan pada 2 Mac 2012.
  • BN MAHU INGIN MENAMPIlKAN IMEJ ISLAM SEBAGAI AGAMA KEMAJUAN, PROGRESIF DAN BERPAKSIKAN KEPADA KEJAYAAN DALAM USAHA MEMBACA PERUBAHAN BESAR DI KELANTAN.
  • BN AKAN MEMPERLIHATKAN ISLAM DARI SEGI KEMULIAAN AKIDAH BAGI MEMASTIKAN KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN UMAT ISLAM DAN RAKYAT KELANTAN MENJADI KENYATAAN BERDASARKAN PRINSIP MAQASID SYARIAH. INI KEWAJIPAN KITA, SEBAB KITA AKAN BERDIRI DI ATAS DUA PRINSIP PENTING. YANG PENTING ISLAM DAN KEDUANYA KECEMERLANGAN.
    Ucapan Perdana Menteri, semasa berucap merasmikan Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Febuari 2013.
  • MELAKSANAKAN PENTADBIRAN NEGERI BERTERASKAN ISLAM. 
  • MEMPROMOSIKAN PRINSIP KESEDERHANAAN (WASATIYYAH) DALAM SEMUA PENDEKATAN
  • MENINGKATKAN PERANAN INSTITUSI MASJID DAN SURAU  SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP.
  • MENGADAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN UMMAH DAN PEMBINAAN INSAN SECARA TERSUSUN DAN BERSEPADU.
  • MEMANTAPKAN INSTITUSI PENGAJIAN AL-QURAN.
  • MENUBUHKAN PUSAT LATIHAN PERKADERAN ISLAM DALAM MELAHIRKAN PADA DAEI, IMAN DAN PEGAWAI MASJID YANG BERWIBAWA.
  • MENAIKKAN PENGECUALIAN CUKAI UNTUK SUMBANGAN KE ATAS PEMBINAAN, MEMBERSARKAN DAN MEMULIHARA RUMAH-RUMAH IBADAT.
  • MENERUSKAN PERUNTUKAN TANAH UNTUK PEMBINAAN RUMAH IBADAT.
  • MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK BANTUAN KEWANGAN KEPADA INSTITUSI-INSTITUSI AGAMA BERDAFTAR DAN RUMAH-RUMAH IBADAT.
  • MEMPROMOSIKAN KEBAJIKAN IMAN, PEGAWAI MASJID DAN KENAIKKAN GAJI.
  • MENINGKATKAN KUALITI SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAM MEMBENARKAN PARA PELAJARNYA MENDAPAT AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI DAN INFRASTRUKTUR PENDIDIKAN KERAJAAN.
  • MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DAN SEKOLAH PONDOK.
ORANG MUDA
  • BN BERIKRAR AKAN MEMBAWA SATU PERUBAHAN YANG LEBIH BESAR UNTUK ANAK-ANAK MUDA DENGAN PEMBAHARUAN, TEKAD DAN CITA-CITA BAGI MEMASTIKAN MASA DEPAN MEREKA MENDAPAT PEMBELAAN SELEPAS 23 TAHUN DI ABAIKAN OLEH PAS.
  • 30,000 PELUANG PEKERJAAN DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
  • IMAN MUDA DAN ULAMA MUDA KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI BERTAKWA, BERAMAL SOLEH.
  • AKADEMI BELIA KELANTAN MELAHIRKAN PEMIMPIN MUDA YANG BERKALIBER.
  • PROGRAM DANA MESRA BELIA DAN MENYEDIAKAN DANA KHAS DALAM BENTUK GERAN DAN PINJAMAN UNTUK BELIA BELIAWANIS BERNIAGA.
  • MEMPERKASAKAN PERTUBUHAN BELIA.
  • MEWUJUDKAN PUSAT-PUSAT KEGIATAN SUKAN LASAK.
  • MENUBUHKAN PUSAT INKUBATOR MEMASARKAN PRODUK-PRODUK BELIA.
  • MENYEDIAKAN LITAR MOTORSIKAL (CUB PRIX)
KELANTAN PUSAT KECERMERLANGAN ILMU
  • MEMBELA KEBAJIKAN GURU-GURU SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) DAN SEKOLAH GAMA RAKYAT (SAR) SUPAYA SETARAF DENGAN GURU-GURU KEMENTERIAN PELAJARAN.
  • MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN PELAJAR SETIAP JAJAHAN.
  • MEMPERKASAKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN)
  • MEMANTAPKAN SEKOLAH PONDOK DENGAN MEWUJUDKAN TENAGA PENGAJAR DAN PRASARANA YANG LEBIH BAIK.
KEMUDAHAN ASAS
  • MELENGKAPKAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN TERKINI SETIAP HOSPITAL DAERAH.
  • MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HAB PEMPROSESAN HASIL LAUT DAN PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
  • MENAIKTARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA: KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTIH, PASIR MAS, TUMPAT, RANTAU PANJANG, MACHANG, TANAH MERAH, JELI, KUALA KRAI DAN GUA MUSANG.
  • PERUMAHAN KOS RENDAH SECARA TERSUSUN.
  • MENAIKTARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS
  • MELAKSANAKAN TEBATAN BANJIR SUNGAI KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK.
  • LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA BERTARAF ANTARABANGSA DAN HAB PENERABANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.
EKONOMI
  • MEINGKAT DAN MENAMBAH PELABURAN SUPAYA SETANDING DENGAN NEGERI LAIN.
  • MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG PERNIAGAAN DAN PELUANG PEKERJAAN.
  • MEMBINA GRAND BAZAAR DI KOTA BHARU
  • MEWUJUDKAN PUSAT-PUSAT PERTUMBUHAN EKONOMI YANG BARU.
  • MELIPAT GANDAKAN USAHA MENCARI GALI SUMBER ASLI DAN HASIL BUMI NEGERI KELANTAN.
  • MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
TANAH MILIK RAKYAT
  • MEMASTIKAN TANAH DAPAT DIMILIKI OLEH RAKYAT KELANTAN
  • MEMPERTAHANKAN TANAH REZAB MELAYU DARIPADA TERUS TERGADAI.
  • MENYELESAIKAN ISU TANAH ORANG ASLI.
  • MENYEDIAKAN PELUANG PEMILIKAN TANAH UNTUK MASRYAKAT BUKAN MELAYU.
  • MENYUSUN SEMUA LADANG RAKAT BAGI MENJAMIN HAK RAKYAT TERPELIHARA.
BELA RAKYAT TERPINGGIR
  • TAMBAH PERUNTUKAN MEMBAIKI DAN MEMBINA RUMAH RAKYAT MISKIN.
  • BANTUAN BULANAN PESAKIT KRONIK DAN TERLANTAR.
  • BANTUAN PERKAHWINAN KALI PERTAMA BAGI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN.
  • BANTUAN GOLONGAN BALU/DUDA MISKIN.
  • BANTUAN KHAS ANAK YATIM MISKIN.
  • BANTUAN KHAS GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU).
MASYARAKAT BUKAN MELAYU
  • GERAN TAHUNAN KEPADA SRJK ( CINA DAN TAMIL ) SMJK CINA DAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN
  • GERAN TAHUNAN UNTUK KELAS BAHASA SIAM DAN DHAMMA.
  • TABUNG KEBAJIKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM.
  • MENYEDIAKAN TAPAK PERKUBURAN CINA,INDIA,SIKH,KRISTIAN,SIAM DAN ORANG ASLI.
  • PENYELENGGARAN RUMAH IBADAT, PUSAT PEMBAKARAN MAYAT DAN TANAH KUBUR.
  • MENJAMIN SEMUA HAK-HAK KAUM MINORITI TERBELA SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN.
MELESTARIKAN BUDAYA
  • MENGGALAKKAN SEKTOR PERLANCONGAN BERTERASKAN SUMBER ALAM SEMULAJADI, TRADISI DAN WARISAN.
  • MEWUJUDKAN PERKAMPUNGAN BUDAYA SEBAGAI PUSAT PENGEMBANGAN DAN KEGEMILANGAN WARISAN TAMADUN SILAM.
  • MEMBAIK PULIH DAN MENAMBAH PUSAT-PUSAT BARU PERLANCONGAN.
  • MEMPERKASA SENI WARISAN BUDAYA TEMPATAN.
WANITA
  • MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASUHAN KANAK-KANAK DALAM KOMUNITI DAN DI TEMPAT KERJA.
  • MELINDUNGI HAK DAN KEBAJIKAN WANITA DITINGGALKAN SUAMI TANPA NAFKAH
  • MERANCAKKAN PROGRAM PEMBANGUNAN WANITA DALAM PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN.
  • SKIM PINJAMAN KHAS WANITA DALAM PERNIAGAAN.
ALAM SEKITAR
  • PEMULIHAN SUNGAI DAN PANTAI
  • PENANAMAN DAN PENGURUSAN HUTAN YANG LESTARI
  • MEWUJUDKAN SISTEM PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN PENGURUSAN SAMPAH YANG BERSISTEMATIK DAN BERKESAN
  • MENGGALAKKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU.
PERTANIAN, PERIKANAN DAN TERNAKAN
  • KELANTAN PUSAT PENGELUARANN MAKANAN NEGARA.
  • MEMBUKA KAWASAN PERTANIAN BARU.
  • MENAIK TARAF SISTEM PENGAIRAN DAN SALIRAN DI KAWASAN PERTANIAN
  • MENUBUHKAN PUSAT PERTERNAKAN RUMINAN
  • MENUBUHKAN PUSAT TERNAKAN AKUAKULTUR.
  • MEWUJUDKAN INDUSTRI PEMEROSESAN DAN HILIRAN SERTA PEMESARAN KE LUAR NEGERI.

Baca Selanjutnya :- Blog Ariyako

Sunday, 7 April 2013

#GE13 #PRU13 : Gambar Himpunan Janji 1 Malaysia dan senarai Manifesto BN #PRU13 #ManifestoBN #Vote4BN #Najib4PM



Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.


1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.


2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar:

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.
* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.
* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.


3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.
* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.
* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.
* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.


4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.
* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.


5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.
* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.
* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.


6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.


7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.
* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.
* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.
* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.
* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.
* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.
* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.
* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.
* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.


8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap 'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.
* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.
* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.
* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
* Mengembangkan persekolahan satu sesi.
* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.
* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.
* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.
* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.
* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.
* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.
* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.
* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.
* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.


9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.
* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.
* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.
* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.
* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.
* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.
* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.
* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.
* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.
* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.


10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.


11. Memenuhi Aspirasi Belia:

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.
* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.
* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.


12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.
* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.
* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.


13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.
* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.
* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.
* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.
* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.


14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.
* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri .


15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:


* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.
* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.
* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
* 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.
* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.
* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.


16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
* Memperbanyakkan program 'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.


17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.
* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.
* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.
* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.
* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.
* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal.
- BERNAMA

Berikut adalah gambar-gambar di Himpunan Janji 1 Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.



Saturday, 6 April 2013

#GE13 #PRU13 : Pelancaran Manifesto BN Di Bukit Jalil - Himpunan Janji 1Malaysia



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan pada Sabtu ini di Stadium Putra, Bukit Jalil yang merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini.

Malah ketika mengulas sebelum ini Datuk Seri Najib menegaskan manifesto gabungan pemerintah itu antara lainnya akan memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan ekonomi.

"Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

"Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan  masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya.

Pengerusi BN dan Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Berbanding pakatan pembangkang yang sebelum ini mengatakan ‘Manifeso Mereka Bukan Janji’ ketika ditanya mengenai janji-janji yang masih belum ditunaikan sehingga kini seperti yang pernah dibentangkan di dalam manifesto mereka pada PRU-12.

“Ini berbeza dengan kerajaan pakatan pembangkang, walaupun mereka juga mempunyai manifesto namun manifesto mereka hanya sebuah janji populis, janji bulan dan bintang tetapi apabila tiba masa rakyat menuntut janji-janji tersebut maka mereka mengatakan manifesto bukan janji,” menurut salah seorang rakyat Selangor sebelum ini.

Manakala Februari lalu, pakatan pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim telah mengumumkan manifesto pilihan raya mereka.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan. BN memberi ruang untuk setiap negeri meletakkan beberapa dasar baru di dalam manifesto mereka sendiri namun masih mengekalkan manifesto pusat sebagai manifesto utama.

Maka semua masyarakat tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama hadir di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu 6 April 2013, jam 8.30 – 10.00 malam untuk sama-sama mendengar amanat yang akan disampaikan.

Selain itu, manifesto BN kali ini dikatakan akan bersesuaian dengan slogan yang diangkat selama ini oleh parti itu.

"Kita hendak manifesto kita dihayati, difahami dan dihayati oleh rakyat sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN, sebab kita sudah buktikan dalam empat tahun ini apabila kita janji, kita sudah tunjukkan komitmen kita.

"Saya percaya manifesto kita itu nanti adalah lambang janji baru kita kepada rakyat," katanya.

Undilah Barisan Nasional pada PRU13 untuk kita memastikan negara Malaysia menuju ke Wawasan 2020!


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?