Showing posts with label tentera. Show all posts
Showing posts with label tentera. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 : Pengundian awal bermula, anggota keselamatan pasti pilih BN. #GE13

Suasana pengundian awal di Kem Briged 8 Pengkalan Chepa, Kelantan pagi ini.

Pengundian awal bagi Pilihanraya Umum Ke-13 bermula hari ini (30 April 2013). Selepas berlalunya PRU12 5 tahun lalu, kini tiba masanya untuk anggota keselamatan negara memilih kembali parti yang dirasakan layak untuk diberikan mandat memerintah Malaysia.

Berdasarkan situasai semasa, penulis yakin undi anggota keselamatan masih lagi akan berpihak kepada BN seperti biasa.

Anggota keselamatan pastinya terharu dan berterima kasih kepada kerajaan atas pendekatan yang diambil kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Lahad Datu.

Peristiwa berdarah itu membuktikan kerajaan amat tegas dalam mempertahankan kedaulatan tanahair dan kebajikan anggota keselamatan sentiasa diambil berat.

Berbeza dengan pihak Pakatan Pembangkang, mereka sejak dahulu seringkali menghina anggota keselamatan termasuklah melabel anggota keselamatan sebagai anjing kerajaan.

Ada juga yang menganggap peristiwa berdarah di Lahad Datu sebagai satu sandiwara di saat anggota keselamatan bermandi darah memperjuangkan kedaulatan negara.

Pakatan Pembangkang jugalah yang menghina polis setiap kali mereka mengadakan demonstrasi jalanan. Mereka jugalah yang sering mencari jalan untuk bertempur dengan pihak polis di jalan raya.

Apa yang berlaku pastinya tidak dilupakan anggota keselamatan negara. Mereka cukup bijaksana untuk menilai mana intan dan mana kaca.

Untuk apa mereka menyokong pihak yang sering menghina kerjaya mereka sedangkan ada pihak yang sering menjaga kebajikan mereka. Penulis yakin anggota keselamatan bersama keluarga mereka akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional.

Mereka sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi. Tinggal tanggungjawab kita sebagai rakyat biasa untuk keluar mengundi pada 5 Mei nanti dan memastikan BN terus diberi mandat untuk memerintah negara.

Wednesday, 13 March 2013

Al-Fatihah! 2 orang anak Kelantan terkorban di Lahad Datu


Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Sulu kembali menumpahkan darah hari ini.

Operasi membanteras, menggeledah dan pembersihan militan yang memasuki hari kelapan hari ini menyaksikan seorang anggota keselamatan terkorban yang mengorbankan Prebet Ahmad Hurairah Ismail dari 7 RAMD Kem Tawau.

Ini adalah kematian pertama dialami pasukan tentera sejak Operasi Daulat dilancar Selasa lalu. Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah berasal dari Kg Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Hari kelapan Operasi Daulat juga menyaksikan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan yang terkorban dalam kemalangan itu mengiringi konvoi menghantar bekalan makanan kepada pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Lahad Datu juga merupakan anak Kelantan dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed sempat meluangkan masa melawat kedua-dua keluarga wira-wira yang terkorban tersebut di Pasir Mas dan Pasir Tumboh.

Di Pasir Mas, Tok Pa diiringi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Dato Hj. Hanafi Mamat. Tok Pa sempat meluangkan masa bersama ayah kepada Allahyarham Ahmad Hurairah, Pak Ismail. Tok Pa juga sempat mengepalai bacaan Yassin.

Tok Pa dan Dato Hanafi bersama bapa arwah Ahmad Hurairah, Pak Ismail
Tok Pa mengepalai bacaan Yassin
Pak Ismail menunjukkan gambar arwah Ahmad Hurairah di dalam album

Selepas itu, Tok Pa bergegas ke Pasir Tumboh untuk menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Farhan pula. Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Dato Fauzi dan ADUN Pasir Tumboh, YB Baihaqi Atiqullah juga turut berada di sana bagi memberi semangat kepada keluarga arwah.

Tok Pa berbual bersama keluarga arwah Ahmad Farhan
Tok Pa, Dato Fauzi dan YB Baihaqi di rumah arwah Ahmad Farhan

Al-Fatihah kepada kedua-dua anak Kelantan yang telah terkoban dalam misi mempertahankan negara. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka di dunia dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?