Showing posts with label penamaan calon. Show all posts
Showing posts with label penamaan calon. Show all posts

Friday, 3 May 2013

#TukarKelantan : 7 tanda kebangkitan rakyat Kelantan menjelang PRU13. #PRU13 #GE13

1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.

Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar

2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.


Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan

3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.

Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa

4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.

PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera

5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal). 

Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti

6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.

TUKAR vs KEKAL

7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.

Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli

Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.

Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!


Monday, 22 April 2013

[VIDEO] : Ribuan Rakyat Kelantan Berarak Bersama Calon BN. #TukarKelantan


Penamaan calon di Kelantan pada PRU13 mungkin telah mencatat sejarah tersendiri di negeri Cik Siti Wan Kembang apabila jumlah penyokong-penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon di bahagian masing-masing mendominasi setiap pusat penamaan calon di seluruh Kelantan.

Jumlah yang begitu ramai boleh dianggap sebagai manifestasi sokongan rakyat untuk menukar kerajaan PAS Kelantan selepas 23 tahun diperintah oleh parti itu.

Nisbah penyokong-penyokong BN pada hari penamaan calon berbanding penyokong-penyokong PAS boleh dikatakan 3:1 dan 2:1 di kebanyakan kawasan, dan seimbang di beberapa kawasan.

Benar jumlah penyokong-penyokong yang berarak pada hari tersebut tidak melambangkan jumlah sokongan rakyat kepada sesebuah parti. Namun ia menunjukkan BN Kelantan mempunyai jentera yang begitu hebat dan bersemangat.

PRU kali ini sudah pasti memberi kelainan kepada BN Kelantan kerana BN Kelantan dilihat lebih bersedia pada tahun ini berbanding tahun 2008.

Jika pada PRU sebelum ini ceramah-ceramah BN tidak mendapat sambutan, kali ini ceramah-ceramah BN mendapat sambutan luar biasa dan seringkali mengalahkan ceramah-ceramah PAS.

Tidak hairan jika penyokong-penyokong BN mampu mendominasi pusat-pusat penamaan calon kerana selama ini mereka telah menanti selama 23 tahun untuk melihat perubahan kuasa berlaku di Kelantan.

Dengan semangat gelombang merah, InsyaAllah Kota Darulnaim akan kembali ke tangan BN pada 6 Mei 2013 nanti.

Saksikan video sekitar penamaan calon PRU13. Gambar-gambar boleh dilihat di entry ini.

Saturday, 20 April 2013

#PRU13 : Warna Hijau Pudar Di Kelantan #TukarKelantan #GelombangMerah #BoLaWei



Pasti Nik Aziz sakit mata bila tengok gambar ni. Almaklumlah, Pengkalan Chepa kan kubu 'kuat' Nik Aziz pada zaman dahulunya. Sekarang rakyat Kelantan sudah mahu TUKAR!!

 Lebih 7,000 orang bebaju biru berkumpul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pengkalan Chepa untuk memberi sokongan kepada Calon Barisan Nasional yang bertanding. Ini membuktikan rakyat Kelantan sudah mahu TUKAR Kerajaan PAS Kelantan yang hanya tahu menanam batu asas sahaja di bumi Kelantan.




Lain pula di Pasir Mas, anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh pasti mengikuti jejak ayahnda memegang dada dan menggosok mata sendiri apabila melihat lebih dari 6,000 orang berbaju merah berkumpul di Pusat Penamaan Calon Parlimen Pasir Mas. Rakyat Kelantan sudah tak mahu KEKAL dah.




Mari kita tengok tempat Penamaan Calon Parlimen Jeli pula. Lebih 10,000 orang berbaju merah menyambut Tok Pa. Ini membuktikan bahawa Gelombang Merah semakin menyala berbanding dengan Bulan yang semakin malap sinarannya di Kelantan. 


Kota Bharu pula lebih dari 10,000 orang berbaju merah berkumpul di perkarangan Stadium Muhammad ke IV untuk memberikan sokongan kepada Calon Barisan Nasional Parlimen Kota Bharu. 


Kesian tengok penyokong yang nak KEKAL. Orang ramai sudah hendak TUKAR, mereka ni sahaja yang nak KEKAL. Penyokong Barisan Nasional beribu-ribu malah penyokong PAS hanya beratus sahaja. Bukan nak cakap kosong, cuba tengok gambar di atas.


Hahaha. Cuba anda kira berapa kaki payung ada kat situ? Penulis kira agak-agak dalam 40 kaki payung ja yang ada. Kalau setakat ini sahaja yang nak KEKAL, baik masuk TUKAR sahaja la. Hehehe. Demamlah Nik Aziz lepas ni. Resign sahaja la. 


[FOTO] : Fenomena Luar Biasa Perarakan Penamaan Calon BN Kelantan. #TukarKelantan


Perarakan calon BN menerima sambutan luar biasa. Sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Kelantan pada musim pilihanraya sebelumnya. Penulis beranggapan ini satu fenomena luar jangka oleh rakyat bangkit menunjukkan keinginan untuk merubah dan menukar kerajaan PAS Kelantan kepada Barisan Nasional. INI KALI LAH!

Foto sekitar perarakan calon BN Kelantan :-

Perarakan Calon Di Kota Bharu

Suasana di Parlimen P.022 Pasir Mas. Hampir 3000 penyokong BN berkumpul di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Pasir Mas sebelum calon berarak ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas bagi proses penamaan calon berjalan.

Penyokong BN di Parlimen Pengkalan Chepa. Lebih 7,000 penyokong iringi Datuk Dali & Calon-Calon DUN BN yang lain.

10,000 rakyat Jeli iringi Tok Pa & calon-calon DUN BN yang lain dalam Parlimen Jeli. 

Suasana Kem BN di Gua Musang pagi ini, mengirigi YBM Ku Li dan calon-calon DUN mewakili BN.

Ketua Bahagian Kubang Kerian, Datuk Fauzi bersama lebih 5,000 penyokong BN mengiringi Calon BN Parlimen Kubang Kerian, Tn Hj Anuar Safian & Calon-Calon DUN di dalam Parlimen Kubang Kerian ke Pusat Penamaan Calon.

4000 rakyat Ketereh iringi Tan Sri Annuar Musa & calon-calon DUN BN yang lain dalam Parlimen Ketereh.
Gelombang Merah, BN Merentah Kelantan!
6 hb Mei Kerajaan Baru BN di Kelantan!

Wednesday, 3 April 2013

#PRU13 : Ucapan penuh PM Najib mengenai pembubaran parlimen & jangkaan tarikh mengundi. #GE13 #Vote4BN



YAB PM, Dato Seri Najib Tun Razak pada pagi tadi telah mengumumkan pembubaran Parlimen Ke - 12 untuk memberikan laluan kepada pilihanraya umum ke 13.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi siaran langsung diiringi YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikut adalah ucapan penuh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak mengenai pembubaran parlimen.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013. 
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini. 
Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi. 
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.
Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional. 
Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara. 
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir. 
Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka. 
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat. 
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad. 
Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. 
Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita. 
Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus. Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia. 
Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. 
Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat. 
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya. 
Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib. 
Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat. 
Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 
Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia. Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.
Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan. 
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya. 
Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas. 
Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh. 
Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua. 
Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi. 
Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. 
Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. 
Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.

Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita satukan hati dan rapatkan barisan. Bersedialah untuk kita menunaikan tanggungjawab dan marilah terus memberi mandat kepada Barisan Nasional.


Marilah bekerja keras untuk memenangkan parti Barisan Nasional demi agama, bangsa dan tanahair. Berusahalah untuk satu tempoh yang singkat ini demi kesejahteraan masa hadapan.

Jika dilihat kepada trend PRU sebelum ini, pilihanraya biasanya diadakan kurang sebulan selepas parlimen dibubarkan.

Blog Tukar Kelantan menjangkakan hari pengundian untuk PRU13 akan jatuh pada 27 April 2013. Apa pun, kita nantikan pengumuman dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?