Showing posts with label manifesto. Show all posts
Showing posts with label manifesto. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

#TukarKelantan : 57 faedah buat rakyat Kelantan jika BN menang. #PRU13 #GE13


57 perkara yang akan memberi manfaat kepada rakyat Kelantan jika BN menang telah diumumkan oleh BN Kelantan.

Berikut adalah senarai 57 faedah yang bakal dinikmati rakyat Kelantan.


AKU JANJI DATO' SRI NAJIB

1. PEMBINAAN LEBUHRAYA KUALA KRAI - KOTA BHARU.
2. STADIUM BARU.
3. KAMPUS BANDAR (UiTM) YANG BOLEH MEMUATKAN 5,000 PELAJAR.
4. MEMBINA MASJID IKON BERNILAI RM50 JUTA.
5. MENYELESAIKAN MASALAH AIR DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
6. BERI TANAH KEPADA RAKYAT KELANTAN YANG LAYAK.
7. MEWUJUDKAN SISTEM PENGANKUTAN RAPID KOTA BHARU.
8. MEMBINA 1 JUTA RUMAH MAMPU MILIK.

IKRAR DATO' PA

9. TIDAK AKAN SESEKALI MEWUJUDKAN LESEN JUDI.
10. TIDAK SESEKALI MELULUSKAN LESEN ARAK SELAIN DARI YANG DILULUSKAN OLEH KERAJAAN PAS SEBELUM INI.
11. TIDAK AKAN SESEKALI MELULUSKAN LESEN-LESEN PUSAT HIBURAN.

SUMBANGAN KEPADA MASJID, SURAU, BALAISAH DAN PONDOK

12. GERAN PENYELENGGARAAN NAIK TARAF MASJID, SURAU DAN LALAISAH.
13. MENAIKAN GAJI / ELAUN IMAM, BILAL DAN SIAK.
14. PEMBERIAN ONE-OFF SEBANYAK RM1,000 KEPADA IMAM BALAISAH.
15. PEMBAYARAN ELAUN KEPADA GURU-GURU AL-QURAN DI KAMPUNG-KAMPUNG.
16. MENAIK TARAF SEKOLAH PONDOK.
17. ELAUN TETAP KEPADA GURU-GURU SEKOLAH PONDOK.
18. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT/PONDOK.

PELUANG KEPADA WARGA KELANTAN MENUNAIKAN IBADAT HAJI

19. IBADAT HAJI PERTAMA SECARA PERCUMA KEPADA SEMUA IMAM, BILAL, SIAK MASJID, SURAU DAN BALAISAH.
20. IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA WARGA TUA YANG BELUM BERKEMAMPUAN MENUNAIKAN HAJI.
21. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PARA HAFIZ.
22. BANTUAN IBADAT HAJI PERCUMA KEPADA PELAJAR-PELAJAR PONDOK TERPILIH.

PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

23. 1,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK / MESRA RAKYAT BAGI SETIAP PARLIMEN.
24. PROGRAM PERUMAHAN UNTUK RAKYAT TERMISKIN DAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH.
25. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA 10,000.

SUMBANGAN KEMATIAN / MALAPETAKA

26. SUMBANGAN KEMATIAN RM1,000.
27. BANTUAN BENCANA SEHINGGA RM5,000.
28. BANTUAN KEMALANGAN / KEMATIAN TRAGIS RM5,000.
29. TABUNG PENYAKIT KRONIK RM 30 JUTA.

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN BELIA

30. HADIAH WANG TUNAI BERNILAI RM2,000 KEPADA PERKAHWINAN PERTAMA KEPADA YANG BERPENDAPATAN KURANG RM1,500
31. SUMBANGAN SETIAP KELAHIRAN CAHAYA MATA SEBANYAK RM100.
32. PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 30,000 DALAM TEMPOH 5 TAHUN.
33.DANA KHAS BANTUAN MODAL UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

34. BANTUAN IBU TUNGGAL RM1,500.
35. BANTUAN ANAK YATIM RM300.
36. BANTUAN OKU RM1,500.
37. BANTUAN WARGA EMAS RM1,500.

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR MELANJUTKAN PELAJARAN DI IPT DAN PELAJAR CEMERLANG

38. IJAZAH PERTAMA RM1,500.
39. DIPLOMA RM1,000
40. MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI / TINGAKATAN 6 RM800.
41. SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG UPSR, SPM, SMU, STPM & STU.

KEMUDAHAN DAN BANTUAN KEPADA GOLONGAN PENIAGA

42. MENYEDIAKAN TAPAK PASAR MALAM YANG TETAP DI SETIAP DUN.
43. MEMBINA GRAND BAZAR DI KOTA BHARU.
44. MENGADAKAN KAWASAN PERNIAGAAN UPTOWN KOTA BHARU.
45. BANTUAN MOTOSIKAL RODA TIGA KEPADA PENJAJA.
46. MENYEDIAKAN KIOSK YANG LEBIH TERSUSUN UNTUK BELIA BERNIAGA.

HAPUSKIRA TUNGGAKAN CUKAI DAN SAMA

47. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI HASIL TANAH.
48. HAPUS KIRA TUNGGAKAN BIL AIR AKSB.
49. HAPUS KIRA TUNGGAKAN SAMAN PARKING PBT.
50. HAPUS KIRA TUNGGAKAN CUKAI PINTU.
51. TIADA BAYARAN LESEN SAMPAN BAGI NELAYAN PANTAI.

GERAN KEPADA NGO

52. GERAN TAHUNAN KEPADA NGO YANG DIIKTIRAF SEBANYAK RM20 JUTA SETAHUN.

KEMUDAHAN ASAS

53. MENINGKATKAN KEMUDAHAN PRASARANA PELABUHAN TOK BALI, HUB PEMPROSESAN HASIL LAUT & MEMBINA PUSAT MEMBINA DAN MEMBAIKI KAPAL.
54. MENAIK TARAF JALAN-JALAN DALAM BANDAR UTAMA.
55. MENAIK TARAF BANDAR-BANDAR UTAMA TERMASUK MEWUJUDKAN BANDAR SATELIT KOTA BHARU DI KOK LANAS.
56. MELAKSANAKAN PROJEK TEBATAN BANJIR SUNGAI GOLOK DAN SUNGAI KELANTAN.
57. LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA DINAIK TARAF MENJADI HUB PENERBANGAN PINTU MASUK KE WILAYAH SERANTAU.

Lihat video komen Pengerusi Gerakan TUKAR Negeri Kelantan, saudara Kamarudin Kasim (Jogho Kelate) mengenai 57 faedah yang menanti rakyat Kelantan jika BN memerintah.


Tuesday, 9 April 2013

#PRU13 #GE13 : Turun Harga Kereta, Siapa Tiru Siapa?



Ketika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.

Salah satu intipati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.

Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.

Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.

Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.

Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.

Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.

Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.

Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.

Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.

Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.

Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.

Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.

Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.

Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.

BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.

Petikan: MyKMU.Net

Lihat juga perbezaan pendekatan BN dan PR dalam usaha menurunkan harga kereta. Seterusnya, nilai sendiri pendekatan mana yang lebih relevan. Baca di blog Double Y.

#TukarKelantan : Rintihan Peniaga Pasar Besar Pasir Mas.


Selama ini macam-macam cerita dan rungutan didengari mengenai Pasar Besar Pasir Mas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan sebenar di pasar berkenaan, penulis pergi melihat sendiri keadaan di pasar tersebut.

Penulis amat terkejut melihatkan keadaan pasar yang begitu daif dan tidak diselenggara dengan baik. Begitu banyak perkara yang tidak sempurna dan perlu diperbaiki. Atap pasar juga bocor kekotoran di mana-mana.

Papan tanda diluar pasar yang begitu usang
Atap pasar juga usang dan ada yang bocor

Masalah ini bukan sahaja menyulitkan pihak peniaga, malah boleh menjejaskan pendapatan mereka kerana orang ramai pastinya tidak selesa apabila mengunjungi pasar berkenaan dengan keadaan sebegitu.

Keadaan pasar yang bersepah dan kotor
Ibarat pasar yang tidak pernah diselenggara

Berdasarkan soal jawab yang dilakukan, rata-rata peniaga ternyata tidak berpuas hati kerana mereka telah dijanjikan pasar yang baru ketika pilihanraya umum sebelum ini, namun sehingga sekarang masih pasar baru masih belum dibina. Rujuk Utusan Malaysia mengenai rancangan PAS untuk membina pasar baru.

Projek pasar baru termasuk dalam projek pembinaan Bandar Tasek Raja yang merupakan pusat komersial baru yang turut menampakkan pasar besar dengan 1,600 unit gerai.

Projek yang bernilai RM75 juta itu dijangka akan siap dan beroperasi pada tahun 2013. Kini, suku pertama tahun 2013 telah pun berlalu dan sebatang cerucuk pun belum ditanam.

Peniaga-peniaga di pasar berkenaan masih lagi ternanti-nanti janji yang telah ditabur kerajaan PAS Kelantan. Mereka seperti dianiaya kerana terpaksa meneruskan usaha mencari rezeki di pasar yang daif seperti itu.

Apabila ditanya adakah wakil rakyat tempatan ada datang menjenguk melihat keadaan pasar, peniaga menjawab apabila hampir musim mengundi barulah boleh nampak batang hidung wakil rakyat.

Menurut peniaga lagi, wakil rakyat hanya mementingkan ceramah setiap masa berbanding berusaha untuk mencari jalana menyelesaikan masalah di pasar tersebut.

Peniaga juga berkata bayaran sebanyak RM60 setahun dikenakan kepada peniaga untuk kerja pengurusan tetapi hasilnya seolah-olah tidak berbaloi dengan nilai yang dibayar.

Terdapat hampir 1000 orang peniaga di pasar besar besar berkenaan. Jika didarabkan RM60 yang dibayar untuk kerja pembersihan dengan jumlah 1000 orang peniaga, ke manakah RM60,000 menghilang? Takkan masuk kantung dana pilihanraya juga?

Inikah negara berkebajikan yang dilaungkan PAS? Bukan sahaja mereka gagal menunaikan janji, malah kebajikan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka pun gagal dijaga.

Belum lagi disebut janji-janji PAS yang lain. Kerajaan PAS layak digelar kerajaan batu asas dan kerajaan billboard. Perlaksanaan mereka tidak sehebat apa yang dipamerkan di billboard. Batu asas yang mereka lancarkan tidak menjamin projek akan diteruskan dan disiapkan.

Tonton video rintihan dan keluhan peniaga Pasar Besar Pasir Mas :-



Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah!

Wednesday, 27 February 2013

#ManifestoBukanJanji : Royalti Tiada Dalam Manifesto, NGO R Tidak Diiktiraf?


Royalti minyak adalah salah satu isu yang dimanipulasikan PAS bagi menarik sokongan rakyat terutamanya rakyat Kelantan.

Walaupun sudah jelas berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak, PAS tetap memainkan isu tersebut bagi menyemai sentimen kebencian pada rakyat.

Dengan memanipulasi isu royalti, PAS mampu menimbulkan satu persepsi bahawa kerajaan pusat menzalimi rakyat Kelantan kerana tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan.

Kesungguhan PAS memainkan isu royalti sememangnya tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan royalti adalah satu-satunya isu yang boleh membuat rakyat Kelantan membenci kerajaan Barisan Nasional.

Bagi memastikan isu royalti minyak ini terus hangat diperkatakan, satu pertubuhan bukan kerajaan yang digelar NGO R telah dibentuk. 

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh NGO R untuk menarik sokongan rakyat termasuk berhimpun di perkarangan mahkamah, berbasikal, berkonvoi dan sebagainya.

Memang banyak usaha yang telah dilakukan oleh NGO R dan PAS untuk memperjuangkan royalti minyak untuk Kelantan, kononnya, namun perjuangan itu dilihat sia-sia kerana rupanya pembayaran royalti minyak sebanyak 20% tiada dalam manifesto Pakatan Rakyat!

Bukan main lagi PAS menjaja isu royalti kepada rakyat dan memberi harapan kepada rakyat bahawa royalti minyak akan dibayar kepada Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pada PRU13. Hari ini rupanya perjuangan mereka tidak diiktiraf oleh kepimpinan Pakatan Rakyat kerana pembayaran royalti minyak kepada Kelantan langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Malah, aktivis-aktivis NGO R sendiri dilihat mula tidak senang duduk melihat manifesto Pakatan Rakyat. Mereka kini terpinga-pinga kerana isu yang mereka mainkan selama ini seolah-olah dipandang enteng oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.


Bukan sahaja aktivis-aktivis NGO R, malah penyokong-penyokong gerakan itu sendiri ada yang mula mempertikaikan keseriusan Pakatan Rakyat untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan.

klik untuk besarkan

Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru sahaja diadakan di Selangor cuma menyatakan pembayaran royalti minyak sebanyak 5% hingga 20% kepada Sabah dan Sarawak. 

Mungkin cuma Sabah dan Sarawak disebut bagi mendapatkan sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kerana dua negeri tersebut adalah kubu kuat Barisan Nasional sejak dahulu. 

Pakatan Rakyat semalam mengakui 'terlepas pandang' isu royalti dalam cetakan. Kata Dr. Dzulkefly Ahmad, berlaku kesilapan di pihak pencetak yang menyebabkan tuntutan royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat' versi cetak.


Adakah alasan 'terlepas pandang' boleh dianggap relevan sedangkan isu royalti bukanlah satu isu yang kecil, malah penolakan rakyat terhadap BN khususnya di Kelantan adalah disebabkan manipulasi terhadap isu tersebut. 

Jika PAS melihat isu royalti sebagai isu yang besar dan wajib diperjuangkan demi masa hadapan rakyat Kelantan yang lebih baik, isu itu tidak sepatutnya dipandang enteng dan tidak wajar tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Kini timbul persoalan adakah Pakatan Rakyat benar-benar memperjuangkan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan?  Adakah perjuangan NGO R selama ini cuma salah satu usaha untuk terus mengelirukan rakyat Kelantan? 

Setelah apa yang berlaku, Presiden NGO R Nazri Deraman menghadap Anwar Ibrahim untuk memperbetulkan manifesto. Sampai gini mo lalu nah! Mudahnya mereka memperbetulkan manifesto, di kedai kopi pun boleh buat. Kita nantikan adakah pembayaran royalti minyak kepada Kelantan akan dimasukkan ke dalam manifesto versi cetak atau tandatangan Anwar Ibrahim itu tidak memberi apa-apa makna.

Manifesto dengan mudahnya dIperbetulkan semasa makan.

Berdasarkan apa yang telah terjadi, rakyat sepatutnya dapat menilai bahawa isu royalti minyak cuma retorik yang dimainkan oleh PAS.

Isu royalti minyak Kelantan adalah umpama isu hudud yang seringkali dibangkitkan menjelang pilihanraya, tetapi hakikatnya agenda pelaksanaan hukum hudud langsung tidak dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

PAS dahulunya sering merujuk Al-Quran, kini mereka merujuk Buku Jingga. Walhal apa yang ada di dalam Buku Jingga cuma retorik dan sekadar gula-gula untuk menarik sokongan rakyat Malaysia.

Jika pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dimasukkan ke dalam manifesto Pakatan Rakyat dan Buku Jingga sekalipun, adakah segala janji-janji mereka boleh dipercayai? Banyak janji-janji mereka selepas PRU12 masih belum ditunaikan, malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto bukan janji.

Jika manifesto bukan janji, untuk apa bentangkan kepada rakyat?

Jom saksikan seloka mengenai Buku Jingga oleh Nabil Raja Lawak dan Salleh Yaakob!



Saksikan juga fakta sebenar mengenai royalti minyak Kelantan berdasarkan perundangan.



"TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK LAYAK?"

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?