Showing posts with label saiful bukhari. Show all posts
Showing posts with label saiful bukhari. Show all posts
Wednesday, 1 May 2013
Bapa Saiful ubah kenyataan, nafi anaknya mangsa konspirasi. #PRU13 #GE13
CHERAS : Kurang dua bulan selepas membuat dakwaan mengejutkan, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan hari ini menarik balik tuduhan kononnya kes liwat membabitkan anaknya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah konspirasi Putrajaya.
"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan (beliau),” kata Azlan Mohd Lazim.
Azlan berkata beliau telah insaf dan menegaskan anaknya itu memang menjadi mangsa liwat Anwar.
Beliau menyifatkan penafian yang dibuatnya sebelum ini sebagai pengkhianatan terhadap Saiful.
"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini.
"Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya.
Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta.
"Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu.” katanya.
"Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR.
Pada awal Mac, Azlan mendakwa kes liwat itu didalangi oleh pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri untuk mengaibkan Anwar.
Dalam sidang media berasingan pada hari sama, Saiful berkata bapanya diperalatkan oleh Anwar untuk agenda politiknya menjelang PRU ke 13.
Saiful menggesa ayahnya balik ke pangkal jalan dan mengelak daripada dipermainkan oleh Anwar.
Pada tahun 2008, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersait tuduhan meliwat Saiful namun dibebaskan kerana hakim mendapati bukti DNA tidak kukuh untuk mensabitkan beliau.
Bagaimanapun Saiful dan bapa tetap bertegas jenayah itu berlaku dan menggesa Peguam Negara untuk menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. - AntaraPos
Wednesday, 20 March 2013
Anwar kalut bila ditanya biseksual atau tidak!
Dalam satu sesi wawancara bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu soalan yang begitu mudah untuk dijawab telah diajukan kepada beliau.
Soalan berbunyi 'Are you a bisexual or not' atau 'Adakah anda seorang biseksual' adalah soalan yang sangat ringkas yang hanya memerlukan jawapan ya atau tidak.
Namun Anwar dilihat begitu kalut dan sukar memberikan jawapan semudah itu, malah dilihat cuba menjawab secara tidak langsung dan mengalihkan topik.
Jika benar Anwar bukan seorang biseksual, sepatutnya tidak ada masalah untuk beliau menafikan sekeras-kerasnya.
Sudahlah enggan bersumpah, takut buat ujian poligrafi, nak jawab soalan semudah itu pun susah! Nasib baiklah tak digertaknya wartawan itu.
Dalam video tersebut, soalan itu ditanyakan sebanyak 4 kali dan Anwar tidak menjawab secara terus sama ada ya atau tidak. Agaknya jika ditanya buat kali kelima, mungkin beliau akan mengulangi kenyataan 'You ulang I saman!'
Saturday, 9 March 2013
Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim, Saiful Bukhari, #LahadDatu & Konspirasi - Siapa Yang Untung?
Tatkala masyarakat Malaysia memerhati segala kebarangkalian yang akan berlaku di dalam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh kumpulan bersenjata yang mendakwa siri mereka tentera Sultan Sulu, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim yang mendakwa kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan anaknya adalah sebuah konspirasi UMNO.
Dek kerana pengakuan daripada Azlan Mohd Lazim, perhatian masyarakat segera tertumpu kepada kenyataan tersebut, lalu isu berbangkit mengenai pencerobohan Lahad Datu yang mana wujudnya kebarangkalian penglibatan Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi keutamaan lebih-lebih lagi kepada pemerhati politik.
Kita harus menilai apa yang dikatakan oleh Azlan Mohd Lazim, kerana berdasarkan rekod sebelum ini dia dilihat menyokong kuat anaknya, malah mendesak agar Peguam Negara menyegerakan rayuan di atas kes anaknya, tetapi tiba-tiba semalam Azlan Mohd Lazim 'pusing 360 darjah' dengan menuduh UMNO berkonspirasi di dalam kes tersebut.
Kita rujuk rekod sebelum ini kenyataan daripada Azlan Mohd Lazim, iaitu bapa kepada Saiful Bukhari!
Lihat di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
CARI ARTIKEL LAMO
Hok Orang Ramai Baco!
-
Kata-kata Nasaruddin Daud berbaur hasutan berbunyi ; “Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok...
-
Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini ba...
-
Menurut kakitangan Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Setiausaha Agung PAS sering mengunjungi Hotel ***ANA untuk berbincang perkara penting. Se...
-
Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz...
-
Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia...
-
Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) amat berbesar hati dengan kesudian Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore menerima kunjunga...
-
Akibat pertengkaran berhubung isu politik yang berlarutan kepada pergaduhan kecil, seorang pemberita sambilan RTM Kelantan meninggal duni...
-
Kerajaan PAS Kelantan kali ini terdesak menggunakan Majlis Daerah Kuala Krai untuk mencabut dan menanggalkan poster politik dan bendera...
-
Selepas lebih 48 jam tenang tanpa sebarang pertempuran, bumi Lahad Datu yang menjadi lokasi pencerobohan kumpulan militan bersenjata Su...
-
Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Searc...
RAKAN BLOGGERS
BLOG GENG KEDAH
BLOG GENG W.PERSEKUTUAN
KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!
SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?


