Showing posts with label ulamak. Show all posts
Showing posts with label ulamak. Show all posts

Sunday, 28 April 2013

#TukarKelantan : Ustaz Zainal Abidin dakwa hudud PAS satu pembohongan


Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang kelmarin menempelak PAS kerana masih menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Beliau menyatakan PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

Tindakan PAS terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.



Beliau memberi komen mengenai hudud selepas menyampaikan ceramah di hadapan Markas BN PDM Pasir Tok Kambing yang dihadiri sekitar 1000 orang.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengkritik hebat kepimpinan Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan yang dilihat gagal membangunkan Kelantan.

Beliau mendedahkan satu persatu kenyataan Nik Aziz yang boleh disifatkan wahabi dan mengelirukan umat Islam serta boleh menjejaskan aqidah.

Beliau menayangkan bukti-bukti video melalui paparan skrin besar untuk menyokong segala kritikannya terhadap Nik Aziz.

Rakyat Kelantan diseru untuk menolak ulamak politik seperti Nik Aziz yang dilihat lebih berperanan memecahbelahkan dan mengelirukan umat Islam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan PAS bergabung bersama DAP yang dahulunya mereka label sebagai syaitan, dan dalam masa yang sama menolak perpaduan bersama UMNO.

Ceramah itu juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang juga merupakan calon P024 Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Hj. Safian.

Lihat gambar-gambar sekitar ceramah kelmarin.







Tuesday, 26 March 2013

Ulamak PAS tergolong dalam senarai ulamak paling berpengaruh dunia?


Kalau nak dikatakan ulamak-ulamak PAS berpengaruh di Malaysia, mungkin masih boleh diterima. Itu pun dibantu sentimen ketaksuban dalam kalangan penyokong-penyokong PAS.

Tetapi benarkah ulamak-ulamak PAS turut dikategorikan sebagai ulamak-ulamak berpengaruh dunia sebaris dengan ulamak-ulamak terkemuka dunia yang lain seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi?

Selama ini penyokong PAS seringkali berbangga dengan satu gambar yang menampilkan pelbagai wajah-wajah ulamak terkemuka dunia. Di gambar tersebut, turut terselit gambar ulamak-ulamak PAS seperti Nik Aziz, Haji Hadi Awang, Dato Dr. Harun Din dan Allahyarham Ustaz Dato Fadhil Noor.

Rupa-rupanya gambar itu telah diedit! Lihat perbandingan gambar asal dan gambar yang telah diedit di bawah.


Ini adalah bukti bahawa penyokong PAS terdesak untuk mengangkat pemimpin-pemimpin mereka sebegitu rupa. Tindakan menggantikan gambar ulamak-ulamak terkemuka dunia dengan gambar pemimpin-pemimpin PAS adalah sangat tidak wajar.

Berapa ramai sudah tertipu dengan gambar ini?

BO LA WEI!

#TukarKelantan : Alim ulama tidak sokong PAS? Kali pertama dalam sejarah PAS! #JomBertindak


Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

- Artis Ganti Ulamak

Monday, 25 March 2013

Al-Fatihah! Negara kehilangan seorang ulamak berwibawa


Al Fatihah. Dukacita dimaklumkan bahawa Dr Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Allahyarham adalah antara ulamak yang sangat dikagumi oleh rakyat Malaysia. Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah banyak menyertai forum-forum kebangsaan dan juga antarabangsa.

Allahyarham juga adalah antara ulamak yang menentang tuduhan bahawa Malaysia adalah negara sekular. Peribadi yang dibawa Allahyarham sewajarnya dipuji. Allahyarham sentiasa melontarkan hujah-hujah bernas, tenang ketika berhujah dan tidak pernah emosional dalam berhujah.

Berbeza dengan sesetengah ulamak yang hanya gah dengan gelaran dalam parti dan dibantu sentimen ketaksuban rakyat terhadap mereka.

Ulamak yang baik sepatutnya membimbing dan menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan dan mengelirukan rakyat. Ulamak yang baik juga tidak seharusnya menyemai sentimen kebencian dalam kalangan rakyat.

Video di bawah adalah salah satu video yang memaparkan kenyataan Allahyarham yang wajar difikirkan dengan teliti oleh rakyat Malaysia. Semoga Allah menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang beriman.

Allahyarham pernah berkata, “Demi Allah, Malaysia bukan negara sekular. Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme & nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asas istilah itu.”

Thursday, 14 February 2013

[VIDEO] #TukarKelantan : Undi UMNO/BN Adalah WAJIB - Haram Beri Undi Kepada DAP!


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.


"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baca lebih lanjut di sini.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?