Saturday 23 February 2013

Video untuk Aktivis Jeming Hassan dan gerakan R - Royaktakreti


Aktivis Jeming Hassan yang juga merupakan penggerak NGO Royalti atau lebih sesuai dikenali sebagai Royaktakreti, semakin hari semakin biadap.

Terbaru, sebuah video yang menayangkan Jeming Hassan bercakap secara biadap dan merendah-rendahkan Dato Seri Mustapa Mohamed tersebar di Youtube.

Bukan main lagi Jeming mempersoalkan kredibiliti Tok Pa dan mempersoalkan bahawa Tok Pa belum wujud semasa perjanjian royalti. minyak dibuat. Namun, Jeming lupa bahawa dia sendiri juga belum wujud ketika itu.

Jadi mengapa Jeming perlu berlagak hebat seolah-olah dia lebih pakar berbanding Tok Pa dalam isu royalti? Jika Jeming bertanya siapa Tok Pa, sepatutnya rakyat Kelantan kembali bertanya "Siapa Jeming?".

Hakikatnya, gerakan R semakin hari semakin lemah dan tidak lagi mampu menarik perhatian rakyat. Oleh sebab itu, mereka melakukan aktiviti yang biadap untuk menimbulkan provokasi.

Mereka juga cuba menarik sokongan rakyat Kelantan dengan cara menyemai kebencian. Baru-baru ini, mereka menyebat patung Tok Pa dalam satu program yang tidak mendapat sambutan di Pasir Pekan.

Gerakan R biadap!

Sebuah video disediakan sebagai balasan kepada video biadap Jeming Hassan khusus untuk tontonan Jeming sendiri dan juga penyokong-penyokong gerakan Royaktakreti. Jom saksikan!


No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?