Thursday, 14 February 2013

Bukti baru PSY tidak dibayar kerajaan Malaysia!!

Cemburu dengan kejayaan program sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang membawa artis K-Pop tersohor dunia, PSY, pakatan pembangkang mula menuding jari kepada kerajaan BN kononnya kerajaan membazir duit rakyat sebanyak RM 2.3 juta untuk membawa PSY ke Malaysia. Fitnah ini semakin hari semakin tersebar di alam maya.

YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dari awal lagi sudah menafikan bahawa PSY dibayar dengan duit rakyat, sebaliknya dibayar oleh sebuah syarikat 'Event Manager'. Memang benar PSY dibawa oleh sebuah syarikat 'Event Manager' bernama Mega Ultimate. Mega Ultimate sudah kerap menganjurkan program yang bertaraf antarabangsa dan sentiasa membawa artis dari Korea, Hong Kong dan lain-lain untuk membuat persembahan di konsert, majlis dan sebagainya. Biasanya mereka mendapat tajaan daripada syarikat seperti Magnum dan bukannya daripada kantung perbendaharaan. Namun, penjelasan ini tidak cukup untuk meyakinkan penyokong-penyokong pembangkang yang sudah dibutakan mata dan dipekakkan telinga.

Kini, pihak pengurusan PSY pula membuat kenyataan bahawa mereka tidak dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk membuat persembahan. Kenyataan itu dibuat oleh firma pengurusan PSY, Scooter Braun Projects. Syarikat yang menguruskan PSY itu berkata mereka tidak pernah berurusan dengan kerajaan Malaysia, apa lagi dibayar oleh kerajaan Malaysia. Kata wakil syarikat berkenaan, segala berita mengenai pembayaran oleh kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali. Jelas sekali bahawa hadirnya PSY ke Malaysia tidak merugikan walau satu sen pun wang rakyat!



Satu demi satu penjelasan telah pun dibuat, penyokong pembangkang sepatutnya membuka mata dan tidak mudah terperdaya dengan perkara-perkara yang dimanipulasi oleh parti pembangkang. Jika dilihat dari sudut positif, kehadiran PSY ke Malaysia telah banyak memberikan impak positif kepada sektor pelancongan negara. Kini, Malaysia khususnya negeri Pulau Pinang pasti lebih dikenali di mata dunia.

Tweet oleh PSY secara tidak langsung mempromosikan Malaysia dan gagasan Satu Malaysia

1 comment:

Ahmad Haziq Che Zulkipli said...

v la gapo2 ko sek taik pas tuh. kalu bukey hk nik aziz oyak, meme sek taik totok tu xcayo.haha.

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?