Monday, 11 February 2013

[VIDEO] : Peluang Untuk Kita #TukarKelantan - Hanya Dengan 1 Undi



Peningkatan ketara pengamal media sosial yang menyokong Barisan Nasional (BN) ternyata banyak membantu gerak kerja BN Kelantan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, UMNO Kelantan mengakui betapa besarnya peranan golongan itu yang secara keseluruhannya dipelopori golongan muda untuk menangkis segala fitnah yang dilontarkan pembangkang terhadap BN.

"Saya ucap tahniah kepada badan bukan kerajaan (NG0) yang berkumpul pada malam ini, semuanya seramai 350 orang. Mereka bersemangat untuk bantu BN.

"Kita tahu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun anak muda di Kuala Lumpur, malah yang berada di seluruh dunia mengikuti perkembangan sosial media.

"Jadi malam ini saya dapat komitmen yang cukup tinggi daripada blogger-blogger ini untuk bersama UMNO," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, sejak setahun lepas, terdapat banyak peningkatan ketara dalam pelbagai aspek, terutama berkaitan isi kandungan dan strategi yang digunakan blogger tersebut untuk membantu BN.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sokongan rakyat terhadap BN semakin meningkat sejak pelancaran Gelombang Merah dua tahun lepas, selepas rakyat negeri ini mulai sedar kepincangan di dalam kerajaan negeri pimpinan PAS.
 
"Kita nampak ada perubahan besar berbanding 2008, perubahan ketara berlaku bermula di pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai (Kuala Krai) dan Galas (Gua Musang). Kehadiran dalam ceramah-ceramah parti pernah cecah sampai 40,000 orang iaitu di Sungai Petai, Pasir Puteh.

"Kalau program kerajaan mungkin boleh sampai, tapi ini program parti. Ini semua beri keyakinan, tapi kita tak takbur," katanya.

Justeru, Mustapa berkata, pemimpin UMNO perlu mengelakkan sebarang kesilapan dan merancang pelbagai perkara dengan lebih baik supaya kebangkitan itu dapat dipertahankan.

"Kita kena buat kerja dengan teliti dan baik, jangan lakukan sebarang kesilapan. Kalau kita dapat laksanakan ini semua, kita dapat pertahankan kebangkitan yang bermula sejak dua tahun lalu," katanya. - BERNAMA

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?