Kerajaan PAS Kelantan seringkali mendabik dada kononnya masyarakat cina di Kelantan sangat berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan negeri. Namun, harus diingat masih ramai masyarakat cina di Kelantan yang mahukan masa hadapan mereka lebih terjamin di bawah pentadbiran kerajaan yang baru.
Buktinya, baru-baru ini kira-kira 2000 masyarakat cina membanjiri Jalan Kebun Sultan bagi menyambut kunjungan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, YB Dato Seri Mustapa Mohamed. Tok Pa sempat bersama mereka dalam program Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Hadirin dilihat begitu selesa dengan sifat rendah diri dan lemah lembut Tok Pa. Ada yang mengiringi Tok Pa sambil mengibarkan bendera BN. Tok Pa berjalan kaki kira-kira 300 meter dari Jalan Kebun Sultan ke Pasar Pohon Pinang untuk menemui setiap peniaga-peniaga di kawasan tersebut. Turut teruja dengan kehadiran Tok Pa adalah masyarakat cina yang sedang sibuk membeli belah untuk persiapan perayaan Tahun Baru Cina. Tok Pa turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa.
Lagi gambar :
GELOMBANG MERAH, BN MERENTAH, KELATE BERUBAH!
No comments:
Post a Comment