Heboh satu Malaysia apabila sebuah video tersebar kononnya seluruh hadirin di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang menjawab 'No' apabila YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak bertanya 'Are you ready for BN?'.
Percayalah ini cuma satu cubaan untuk mensabotaj majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 60000 orang. Beberapa hari sebelum program tersebut diadakan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menghasut rakyat supaya hadir ke program tersebut dengan berpakaian tshirt Bersih. Tindakan ini dilihat tidak cerdik, seolah-olah sengaja mahu menimbulkan provokasi di majlis tersebut. Mungkin atas hasutan itulah ada segelintir hadirin yang dianggap minoriti hadir ke program tersebut dengan berpakaian tshirt Bersih, dan mereka ini jugalah yang memulakan provokasi secara halus. Lihat gambar di bawah.
Video yang disebarkan oleh pembangkang sebenarnya tidak menunjukkan suasana sebenar di sana. Hanya kelompok di tempat rakaman video yang kedengaran menjawab 'No' kepada pertanyaan PM. Mana tidaknya, yang merakam pun turut melaung 'No'! Sudah pasti lebih jelas kedengaran suara yang berdekatan dengan kamera video.
Sekarang mari kita lihat video dari sudut berbeza. Jelas kedengaran majoriti hadirin menjawab 'Yes'!
Jangan terlalu mudah terpedaya dengan taktik yang dimainkan oleh pembangkang. Mereka sebenarnya sudah terdesak di saat pilihanraya umum semakin hampir.
We, the silent majority are always ready for BN!
No comments:
Post a Comment