Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Friday, 3 May 2013

#TukarKelantan : 7 tanda kebangkitan rakyat Kelantan menjelang PRU13. #PRU13 #GE13

1. Menjelang PRU13, ceramah-ceramah berkelompok UMNO di seluruh negeri Kelantan mendapat sambutan yang sangat hebat. Sudah menjadi perkara biasa jika sesuatu ceramah dihadiri oleh lebih 3000 orang. PAS pula sering mendapat sambutan hambar untuk ceramah-ceramah berkelompok mereka. Sudah cukup ramai jika angka hadirin mencecah 300 orang. PAS kali ini cuma bergantung kepada ceramah-ceramah yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Pembangkang.

Ceramah BN dapat sambutan hebat
Ceramah PAS dapat sambutan hambar

2. Menjelang PRU13, begitu banyak himpunan rakyat diadakan di seluruh negeri Kelantan. Kebanyakan perhimpunan bertujuan menyampaikan protes rakyat terhadap masalah air dan kelemahan kepimpinan kerajaan negeri. Kemuncak himpunan rakyat di Kelantan adalah Himpunan TUKAR Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 rakyat. Himpunan Perdana Anak-anak Kelantan di Perantauan pula mencecah 16,000 hadirin.


Himpunan TUKAR Kelantan
Himpunan Anak-anak Kelantan di Perantauan

3. Menjelang PRU13, majlis-majlis pemimpin bersama rakyat sentiasa mendapat sambutan luar biasa. YAB TPM dan PM telah beberapa kali melawat Kelantan sebelum ini dan biasanya mereka disambut 10,000 hingga 20,000 rakyat di sesuatu majlis.

Majlis rakyat bersama pemimpin dapat sambutan luar biasa

4. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya bilangan bilik gerakan dan PDM BN mengimbangi bilangan bilik gerakan dan PDM PAS, malah di sesetengah kawasan, BN mendominasi dengan jumlah bilik gerakan dan PDM yang begitu banyak. Begitu juga dengan pemasangan bendera yang kali ini didominasi BN. Kawasan-kawasan lubuk PAS seperti Cherang dan Berek 12 sebelum ini jarang-jarang dipenuhi bendera BN, dan keadaannya berbeza kali ini.

PDM BN di Kelantan tidak kurang kreatif
BN dominasi perang bendera

5. Menjelang PRU13, buat pertama kalinya jalanraya didominasi pengguna-pengguna kenderaan yang menggunakan pelekat T (TUKAR) dan bendera BN sebagai tanda menyokong usaha untuk menukar kerajaan negeri. Walaupun gerakan T (TUKAR) baru sahaja diperkenalkan, ia berjaya menenggelamkan gerakan R (Royalti) sehingga PAS terpaksa memperkenalkan satu gerakan baru bernama K (Kekal). 

Pemuda tidak segan menunjukkan semangat untuk TUKAR
Ribuan motor berpelekat T
Kereta dihias bertemakan TUKAR mengikut kreativiti

6. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah juga, PAS Kelantan terpaksa berkempen untuk kekalkan kerajaan PAS Kelantan. Mereka menyedari mereka bakal kehilangan banyak kerusi dan juga sedar pentadbiran di Kota Darulnaim mungkin beralih tangan.

TUKAR vs KEKAL

7. Menjelang PRU13, pertama kali dalam sejarah jumlah penyokong BN yang berarak mengiringi calon-calon BN di seluruh negeri Kelantan pada hari penamaan calon melebihi jumlah penyokong PAS. Ada kawasan yang nisbahnya 3:1 dan 2:1 dan ada kawasan yang seimbang.

Penamaan calon di Machang
Penamaan calon di Jeli

Semoga semangat gelombang merah ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undian.

Gelombang merah, gelombang rakyat. BN merentah, Kelate berubah. TUKAR!


Tuesday, 30 April 2013

#TukarKelantan : Kempen Nik Aziz di KB Mall tidak dapat sambutan? #PRU13 #GE13


Pelancaran air mineral di KB Mall kelmarin tidak mendapat sambutan.

Khabarnya dijadualkan Nik Aziz yang merasmikan pelancaran tetapi kemudian digantikan oleh Timbalan MB Kelantan.

Gambar Nik Aziz di banner pun tidak menarik orang ramai untuk memenuhi kerusi-kerusi kosong. Mungkin wajah Nik Aziz kini tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang luar biasa.

Mungkin juga rakyat sudah bosan dengan Nik Aziz. Bukan sahaja majlis seperti ini, malah ceramah-ceramah berkelompok PAS di Kelantan juga hambar.

PAS cuma mengharapkan ceramah-ceramah utama yang menampilkan pemimpin-pemimpin utama mereka.

Jom tukar kerajaan Kelantan pada 5 Mei nanti!

Sunday, 10 March 2013

#TukarKelantan : 2000 hadiri ceramah Minda Pondok walaupun disabotaj PAS!


Ceramah-ceramah anti PAS di seluruh Kelantan semakin mendapat sambutan dari hari ke hari. Jika di sebelah petang semalam 20,000 berhimpun di Perhimpunan Rakyat Kelantan Naik Angin bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, di sebelah malam pula hampir 2000 orang menghadiri ceramah Minda Pondok dengan kerjasama UMNO Wakaf Bharu.

Ceramah yang diberi tajuk "DAP ikut PAS atau PAS ikut DAP" itu diadakan di perkarangan stesen minyak Shell Wakaf Bharu.

Ceramah turut dihadiri Ketua Cawangan UMNO Wakaf Bharu, Dato Sri Ahmad Sukimi Ibrahim sebagai tuan rumah dan juga Penyelaras DUN Wakaf Bharu, Datuk Hj. Mohd Rosdi.

Datuk Hj. Rosdi sebagai penceramah pertama menyentuh tentang ceramah PAS yang selalu menabur fitnah. Dalam ceramah terakhir PAS di Pasar Wakaf Bharu yang menampilkan 3 orang penceramah, boleh dikatakan lebih 90% isi ceramah adalah fitnah semata-mata. Pada ceramah tersebut, Dato Hj. Rosdi difitnah kononnya beliau kaya semasa menjadi wakil rakyat. Lihat jawapan kepada fitnah tersebut di bawah.


Penceramah kedua adalah Ustaz Azwadi dari Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau menyentuh mengenai kejadian di Lahad Datu. Beliau menegaskan bahawa kejadian di Lahad Datu bukannya satu sandiwara sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Batu (PKR), YB Tian Chua.

Penceramah utama, Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Samsul Mohd Yusuff iaitu Al-Hafiz dari Minda Pondok menyentuh soal aqidah umat Islam yang semakin terancam.


Hadirin langsung tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga ceramah berakhir. Mereka beristighfar selepas isu aqidah dikupas oleh Ustaz Hj. Mohd Samsul. 

Ada yang melaung supaya menolak Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Ada juga yang mengutuk Nik Aziz yang dilihat sudah jauh lari dari landasan perjuangan Islam sebenar, malah hari demi hari dilihat semakin memesongkan aqidah umat Islam.

Ceramah itu dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir separuh daripada keseluruhan hadirin adalah wanita.

Ceramah itu dilihat sangat berjaya kerana mampu menarik hampir 2000 orang walaupun ada cubaan untuk mensabotaj ceramah tersebut oleh PAS.


Bagi mengalihkan perhatian rakyat khususnya anak-anak muda, PAS mengatur program tayangan skrin besar perlawanan bola sepak Liga Super 2013 yang menemukan Kelantan dan Lions XII dan juga Selangor dan Darul Takzim FC.


Rakyat juga dijanjikan hadiah-hadiah cabutan bertuah berupa hamper, basikal dan lain-lain. Namun, apa yang mengecewakan adalah tayangan skrin besar tidak diadakan sepertimana yang dijanjikan.

Rakyat Kelantan seharusnya bijak menilai pihak mana yang lebih ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Untuk rekod, pada bulan Februari lepas, lebih 3000 orang hadir di ceramah PENDITA anjuran UMNO Wakaf Bharu di Kampung Kubang Palas, Wakaf Bharu. Ceramah ketika itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan. Lihat gambar-gambar ceramah tersebut di sini.

Monday, 4 March 2013

#TukarKelantan : 3000 banjiri ceramah PENDITA anjuran UMNO Kuala Krai

Ceramah-ceramah UMNO di seluruh Kelantan terus mendapat sambutan hebat rakyat Kelantan. Selepas berjaya menarik ribuan hadirin ke siri-siri ceramah yang lepas, kali ini 3000 orang membanjiri ceramah PENDITA anjuran UMNO Kuala Krai di Pahi, Kuala Krai.

Ceramah disampaikan oleh Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Ab. Rahman. Turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato Seri Mustapa Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Dato Ramzi Ab. Rahman.

Seperti biasa, Ustaz Rujhan mendedahkan kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan PAS negeri Kelantan. Rakyat yang hadir dilihat begitu bersemangat dan rata-ratanya meluat dengan kerajaan PAS Kelantan.

Skuad Kembara TUKAR yang baru selesai menjelajah Parlimen Kuala Krai turut hadir ke ceramah tersebut. Pamphlet dan belon TUKAR turut diedarkan.

Kejayaan UMNO Kelantan menarik ramai hadirin ke siri-siri ceramah di seluruh Kelantan menampakkan harapan yang tinggi untuk UMNO menuju ke Kota Darulnaim. Ditambah pula dengan kegagalan PAS menarik rakyat ke ceramah-ceramah berkelompok mereka.

Lihat gambar-gambar ceramah di Pahi sebentar tadi.







Sunday, 17 February 2013

#TukarKelantan : Warga pondok tolak PAS dan Adam Adli?



PAS telah mengadakan satu ceramah bertempat di hadapan kawasan perumahan USM, Taman Binaraya, Pasir Tumboh pada 16 Februari 2013. Antara penceramah yang hadir adalah ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Baihaqi dan aktivis GM13, Adam Adli.

Sungguh hairan! Kurang 250 orang hadir ke ceramah berkenaan. Lebih menghairankan adalah tapak ceramah cuma 200 meter jaraknya dari pondok Pasir Tumboh. Pondok Pasir Tumboh memang dikenali sebagai lubuk PAS. Kebiasaannya, mereka inilah yang akan memenuhi semua sesi ceramah PAS di sekitar Pasir Tumboh dan Kubang kerian.

Namun kali ini berbeza. Walaupun PAS membawa Adam Adli dari jauh, namun sambutan tetap hambar! Kadangkala harus kita berfikir, bagaimana seorang bekas mahasiswa yang telah digantung pengajian seperti Adam Adli boleh diangkat sebegitu rupa oleh pakatan pembangkang? Tidak cukup dengan statusnya sebagai bekas mahasiswa, dia juga dikenali dengan sifat biadap berikutan beberapa tindakannya termasuk tindakan biadap menurunkan bendera berwajah YAB PM di PWTC tahun lalu.

Mengapakah orang seperti Adam Adli diangkat sebagai ikon orang muda? Malah pengerusi majlis di ceramah berkenaan memuji Adam Adli, kononnya dia seorang pejuang yang berani kerana berani menurunkan bendera berwajah PM Najib di PWTC. Semudah itu untuk digelar si berani!

Persoalan lain adalah adakah warga pondok juga sudah meluat dengan politik PAS? Mengapakah PAS gagal menarik penduduk di DUN Pasir Tumboh untuk ke ceramah mereka? Kegagalan ceramah kali ini mengulangi kegagalan ceramah PAS tempoh hari yang juga diadakan di Pasir Tumboh. Malah bukan itu sahaja, banyak lagi siri kegagalan ceramah PAS yang boleh dilihat di sini.

Lagi gambar :





Saturday, 16 February 2013

5000 hadiri ceramah PAS Menuju Putrajaya di Pasir Tumboh!




Hebat! 5000 hadiri ceramah PAS Menuju Putrajaya di tapak pasar malam, Pasir Tumboh, Kelantan pada 14 Februari 2013. Tapi 5000 itu termasuk peniaga-peniaga tepi jalan yang tak laku jualannya malam itu, dan juga termasuk pengguna-pengguna jalanraya yang melalui jalanraya yang tak sesak pun di sebelah tapak ceramah.

Hakikatnya cuma sekitar 250 orang hadir ke ceramah tersebut. Itu pun cuma sekitar 150 orang yang duduk di tapak ceramah. Yang lain semuanya dengar dari jauh sahaja. Itu pun ceramah bermula sejam lewat kerana terlalu sedikit jumlah hadirin yang ke tapak ceramah. Dalam tempoh sejam itulah mereka menayangkan klip video yang sama secara berulangkali.

Penceramah yang hadir adalah ADUN Pasir Tumboh, Ustaz Baihaqi, Srikandi PKR, Siti Aisyah dan juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ustaz Fadhli. Isu-isu yang dibangkitkan penceramah-penceramah kebanyakannya adalah isu-isu lama yang sudah basi dan sengaja dihangatkan kembali termasuklah isu Altantuya. 

Ada ke patut Siti Aisyah kata PM Najib umum nak bina stadium di Kelantan sebab BN nak gali minyak yang ada di bawah stadium sedia ada? Ustaz Baihaqi pula kata rakyat tidak sabar menanti PRU13 kerana rakyat mahu melihat UMNO mampus. Katanya lagi, tidak ada seorang pun ustaz pondok yang menyokong UMNO. Kalau ada anak-anak didik mereka yang menyokong UMNO, maka itu adalah anak-anak didik yang derhaka. Ish ish ish sampai macam tu sekali!




Hakikatnya, rakyat kian hari kian meluat dengan politik PAS. PAS kini tidak lagi sehebat dahulu dalam siri ceramah berkelompoknya. Kebanyakan ceramah berkelompok PAS tidak lagi mendapat sambutan dan sentiasa hambar. Kalau dahulu satu ceramah berkelompok mampu menarik ribuan orang, kini kalau dapat menarik 300 orang pun sudah cukup bernasib baik. 

Mari kita imbas siri-siri kegagalan ceramah-ceramah PAS yang lepas.

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Pasir Pekan

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Krai

Ceramah PAS Menuju Purajaya di Kampung Chap, Bachok

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Padang Selising

PAS boleh lawan ceramah berkelompok UMNO di Pengkalan Chepa baru-baru ini?


Tahun 2013 adalah tahun untuk tukar kerajaan PAS Kelantan.

Gelombang merah, BN merentah, Kelate berubah!

Saturday, 9 February 2013

#TukarKelantan : Nik Aziz demam kubu kuat sendiri diserang gelombang merah!



Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz, Pengkalan Chepa. Ceramah isu semasa disampaikan oleh Ustaz Rujhan. Nampak gayanya rakyat Kelantan semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan. Jika dahulu ceramah-ceramah BN kurang mendapat sambutan, kini tidak lagi. Kalau dulu jemput 1000 orang, 300 orang yang datang. Kini jemput 1000 orang, 5000 yang datang! Diharap Nik Aziz tidak masuk wad lagi apabila melihat gambar ini.

Gelombang merah, BN merentah, Kelate berubah!

Lagi gambar :











Jom TUKAR! 


CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?