Friday 5 April 2013

#TukarKelantan : Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah dibanjiri ribuan rakyat Kelantan


Satu Majlis Solat Hajat Pertahankan Kalimah Allah telah diadakan malam semalam bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh.

Majlis tersebut bermula degan solat maghrib, solat hajat, bacaan yasin, solat Isyak dan seterusnya disambung dengan sesi ceramah.

Jumlah hadirin yang hadir ke majlis tersebut mencecah angka 3000 orang dan mereka tidak berganjak dari tapak ceramah sehingga tamat majlis.

Timbalan Penyelaras DUN Kok Lanas, Ustaz Kamarudin bertindak sebagai pengacara majlis pada sesi ceramah.

Antara penceramah-penceramah yang hadir adalah Ketua Pembangkang Kelantan yang juga merupakan ADUN Kok Lanas, YB Dato Hj. Md Alwi, Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat, Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama.

YB Dato Hj. Md. Alwi memulakan ceramah dan berbicara soal Lahad Datu. Beliau menekankan peranan yang telah dimainkan kerajaan dan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Seperti biasa, Ketua Pembangkang Kelantan ini lantang menyampaikan ceramah sehingga baju yang dipakainya dibasahi keringat.

Ceramah kemudian diteruskan oleh  Tan Sri Annuar Musa. Beliau menekankan soal hudud yang dipolitikkan Pakatan Pembangkang terutamanya PAS.

Beliau berkata PAS tidak melakukan apa-apa yang dapat memanfaatkan rakyat selama 23 tahun memerintah Kelantan, sebaliknya mereka hanya seronok berceramah dan bukannya  cakna kepada rakyat.

Beliau menyeru rakyat Kelantan supaya tidak memilih PAS kerana parti itu bersekutu dengan DAP. Tambah beliau, PAS kononnya mempertahankan Islam tetapi DAP pula mempertahankan pendirian mereka iaitu tidak mahukan negara Islam. Dahulunya PAS juga yang menentang usaha kerjasama dengan kafir, tetapi selepas itu PAS pula yang bersama DAP. Selepas bergabung dengan DAP, Islam sewenang-wenangnya dipermainkan. Hukum hudud ibarat alat politik yang digunakan untuk meraih undi.

Beliau juga mengkritik PAS apabila menyentuh projek Stadium Bukit Merbau yang diumumkan oleh kerajaan PAS Kelantan. Stadium itu dijanjikan mula dibina pada Mac 2012, tetapi seringkali ditangguh sehingga sekarang. Apabila menyedari PRU semakin hampir, barulah majlis pecah tanah diadakan.

Hal yang sama berlaku kepada projek Lebuhraya Rakyat. Derma dikutip, batu asas dilancarkan tetapi projek entah ke mana, wang kutipan derma juga entah ke mana. Projek-projek terbaru yang diumum PAS cuma sekadar idea ikut terlintas.

Selain itu, beliau juga berkata orang melayu Islam sememangnya bijaksana sejak dahulu lagi. Contohnya ketika era Melaka, orang melayu mampu berdiplomasi dengan negara China walaupun Melaka cuma sebuah negeri kecil. Negara kita merdeka tanpa peperangan hasil kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu berunding dengan British. Apakah mungkin segalanya yang kita kecapi akan lesap sekelip mata jika kita tersalah membuat pilihan pada PRU yang akan datang? Ingat, membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata.

Tambah beliau lagi, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil kepada negeri Kelantan. Walaupun BN tidak diberi mandat untuk memerintah Kelantan, namun rakyat Kelantan tetap dapat hidup selesa, bekerja dan mengerjakan umrah hasil kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan pusat.

Tan Sri Annuar Musa turut menyentuh isu Lahad Datu . Kata beliau, jeneral yang bersara sebelum ini kini lantang mengkritik langkah kerajaan dan anggota keselamatan di Lahad Datu dan berada di pentas politik parti pembangkang kerana kecewa. Mereka tidak mengkritik apa-apa semasa memegang jawatan tetapi hanya bising selepas bersara.

Sebelum menutup ceramahnya, beliau menyeru rakyat Kelantan supaya bijaksana dan memilih BN. Katanya, selamatkanlah negara ini dari pemerintah yang mensyirikkan Allah, pemimpin yang menyokong LGBT dan juga pemimpin yang menolak hak keistimewaan melayu.

Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu para hadirin adalah ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Rujhan Abdul Rahman. Beliau mendapat sambutan hebat di siri-siri ceramah PENDITA di seluruh Kelantan. Beliau kini menjadi ancaman besar kepada PAS sehingga PAS terpaksa menyerang peribadi beliau bagi menjatuhkan integriti beliau.

Seperti biasa, Ustaz Rujhan mengkritik PAS berlandaskan fakta-faka dan dalil-dalil Al-Quran. Turut ditekankan adalah isu kalimah Allah yang digadai oleh Pakatan Pembangkang demi mencapai agenda ke Putrajaya.

Kata beliau, kalimah Allah telah diputar belit oleh PAS termasuk Nik Aziz. Kalimah Allah dijadikan seperti bola, boleh ditendang ke sana sini, sekejap boleh digunakan oleh orang bukan Islam, sekejap tidak boleh. Ini menunjukkan PAS tidak konsisten dalam mempertahankan agama Islam.

Beliau turut memberi komen mengenai tindakan Nik Aziz mempersoalkan pahala orang UMNO mengerjakan solat. Katanya, Nik Aziz tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Lihat gambar-gambar sekitar majlis tersebut di bawah.

3000 hadir mendengar ceramah yang disampaikan
Solat hajat pertahankan kalimah Allah
Doa demi kesejahteraan umat Islam dan rakyat Kelantan
Ustaz Rujhan Abdul Rahman sebagai penceramah utama

Gelombang Merah, BN Merentah, Kelate Berubah. TUKAR!

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?