Wednesday 24 April 2013

#TukarKelantan #PRU13 : Sidang Media BN Kelantan (23 April 2013)

Satu sidang media telah diadakan di Pusat Media BN, Kota Bharu semalam. Sidang media diketuai Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, Datuk Hassan bin Harun. Beliau adalah mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, dua kali telah tercalon iaitu pada 70an dan awal 80an, dan pernah bertanding melawan dengan Datuk Haji Nik Aziz pada tahun 1982 tetapi nasibnya tidak baik pada masa itu dan tidak menang.

Beliau berharap BN akan menang kali ini dan selaku Pengarah Pilihanraya BN Kelantan, beliau akan membuat tinjauan seluruh Kelantan.

Beliau melahirkan rasa dukacita atas kematian jurukamera RTM, Allahyarham Yaacob di Gua Musang yang diserang sakit jantung selepas berlaku pertengkaran di hadapan rumahnya berhampiran Pejabat PAS Gua Musang.

Turut hadir di sidang media berkenaan adalah calon BN DUN Bunut Payong, Ustaz Mohd Fakhrurazi Abdul Rahim yang berkelulusan dalam bidang agama dan juga calon DUN Panchor, Che Rosli. Datuk Hassan yakin bahawa kedua-dua calon tersebut memang layak untuk mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Beliau berpendapat DUN Bunut Payong adalah istimewa kerana DUN tersebut dianggap kawasan berpontensi besar untuk dimenangi BN. Jika menang, ia akan menambah lagi kerusi untuk DUN bagi memenangi negeri Kelantan.

Beliau juga berkata wujud pergolakan ahli-ahli parti PKR di kawasan-kawasan tersebut.

"Saya difahamkan calon-calon bukan orang tempatan sedangkan pemimpin-pemimpin parti di tempat itu sudah ada calon yang rakyat minat, tiba-tiba bawa turun orang yang tidak dikenali. Bagi pendapat saya, ini merupakan satu class point untuk Barisan Nasional sekiranya calon-calon ini ditolak ke bawah sekaligus menimbulkan suasana resah dan kemungkinan kita ada peluang lebih baik untuk diterima oleh rakyat," kata beliau.

Menjawab soalan wartawan mengenai perjalanan kempen BN, beliau berkata jentera pilihanraya mulai panas.

"Saya pergi di Kubang Kerian semalam, ia menunjukkan bahawa pihak di bawah sudah menunggu sahaja untuk melakukan apa yang sepatutnya dalam pilihanraya ini. Saya rasa bukan Kubang Kerian sahaja, Kubang Kerian itu sudah terkenal dari dulu sebagai satu kawasan hitam, sekarang ini menjadi kawasan harapan. Malahan di Pasir Tumboh itu sendiri yang tidak pernah dimasuki oleh pihak BN. Kita boleh masuk di kawasan pondok dan apabila salah seorang penceramah bebas dari pihak kita membuat perjumpaan di sana, bukan seorang dua, malah ribuan manusia. Dua tiga malam lepas di Padang Enggang, sampai 4000 orang keluar, tidak pernah berlaku sebelum ini. Menunjukkan perubahan di bawah, ini menunjukkan imsplikasi apa yang akan berlaku seterusnya," kata beliau.

Ditanya mengenai pengumuman manifesto PAS, beliau berkata PAS tidak membuat apa-apa dan janji-janji mereka juga tidak tertunai.

Beliau berkata BN telah membuat banyak pembangunan di bandar Kota Bharu.

"Kamu semua boleh tengok bangunan, jalanraya itu semuanya yang didatangi dari Kerajaan Persekutuan. Bukan dari duit kerajaan negeri, kerajaan negeri tidak pernah pun, malahan hasil dalam negeri Kelantan sekadar cukup-cukup untuk membayar gaji. Kalau tidak ada “capitation ground”, Kelantan tidak akan dapat lihat apa yang ada sekarang ini. Kerajaan BN tidak mahu memperbesarkan perkara ini. Saya rasa sebab ini untuk rakyat, kita tidak menunjuk-nunjuk kita buat sesuatu, sebab ini sudah “natural” dari Kerajaan Persekutuan. Itu menandakan macam sekolah, hospital, bayangkan hospital di Kota Bharu sahaja, kita ada dua hospital hospital besar, Hospital Kubang Kerian dan Hospital Kerajaan Kota Bharu," tegas beliau.

Ditanya mengenai peluang BN untuk merampas Parlimen Pengkalan Chepa, beliau berkata "Sebenarnya perkataan kubu kuat PAS atau “metal box”, kita hanya rasa kubu kuat PAS, kubu kuat PAS lah tapi dengan kerja kuat yang kita telah buat, sudah tidak jadi kubu kuat PAS lagi. Kita tengok cara pemikiran rakyat hari ini,rakyat sudah sedar bahawa PAS hari ini menggunakan agama untuk kepentingan politik, bukan hendak menggunakan agama dengan cara yang betul. Hari ini kita tengok penyelewengan pemikiran PAS, yang sanggup berkorban dengan kalimah ALLAH, sanggup memberi ruang kepada yang lain, sanggup berkorban dengan berkaitan kesucian agama Islam. Sebab itu hari ini, orang tua sudah mula berubah."

No comments:

CARI ARTIKEL LAMO

Hok Orang Ramai Baco!

ARTIKEL HOK SEBELUM NIE

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

KOLEKSI KATA-KATA MENGARUT!

SAMPAI BILO NOK TUNGGU PAS TUNAI JANJI?